9
RAHSIA SURAH AL-INSYIRAAH



.... السلام عليكم


Sekiranya anda mengalami kesusahan, selalu merasa keluh kesah, bimbang, resah, tak sedap hati, tak tenang hati, boleh lah diamalkan Surah Al-Insyiraah / Alam Nasyrah. InsyaAllah, dengan mengamalkan surah ini, akan dilapangkan dada oleh Allah SWT dan kesusahan yang anda alami akan digantikan oleh-Nya dengan kesenangan.

Al-Insyiraah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah. Dinamakan surah 'Al-lnsyiraah' (Perihal Melapangkan Dada Nabi), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan salah satu nikmat yang dikurniakan-Nya kepada Nabi Muhammad SAW ialah melapangkan dadanya (serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk).

Surah al- Insyiraah ni merupakan salah satu surah yang wajar diamalkan dalam kehidupan harian kita kerana banyak manfaatnya. InsyaAllah akan murah rezeki, hidup pun akan tenang dan bahagia...Aminnn




Terjemahan Surah Al-Insyiraah :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).




Kelebihan Surah Al-Insyiraah :-

  →   Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

  →   Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

  →   Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

  →   Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.




FADILATNYA :-

  →   Mempermudah segala urusan, terlepas daripada kesusahan, dimurahkan rezeki, hilang dukacita, luas fikiran, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas. Amalkan membacanya 7x selepas solat fardhu.

  →   Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103x atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.

  →   Amalkan membaca surah ini, insyaAllah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

  →   Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.

  →   Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.
Caranya: Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

  →   Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.

  →   Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyiraah sebanyak 7x kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam. InsyaAllah akan mudah lembut hatinya dan mudah mendengar kata.

  →   Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111x, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.

  →   Jika diamalkan surah ini sebanyak 200x pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu Dhuha), insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

  →   Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut-turut, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.




Amalan Ketika Anak Menduduki Peperiksaan :-

Entry ni juga khas untuk para ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar nanti. Sesuai dengan musim peperiksaan yang bakal menjelang....yang dimulai dengan UPSR esok, ingin dikongsikan di sini satu petua/amalan yang boleh dipraktikkan oleh ibu ayah. Dah lumrah semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan idamkan kejayaan yang cemerlang buat mereka kan. Kita boleh berikhtiar dan selebihnya kita serahkan dan bertawakal kepada-Nya.

Amalan ini boleh dilakukan di rumah, ofis atau mana-mana jer...Ketika anak-anak sedang berada dalam dewan peperiksaan, pada masa yang sama parent pula boleh lakukan amalan berikut :

  • Ambil Wudhuk.
  • Mengadap kiblat.
  • Baca Syahadah - 3x
  • Al- Fatihah - 1x
  • 3 Qul- 1x
  • Surah Insyirah - 1x
  • Selawat Atas Nabi - 10x
  • Baca Surah Yassin - 1x
  • Baca Surah Insyirah - 100x.
  • Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh: Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi....mak ayah di rumah boleh mula melakukan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. InsyaAllah....

Sesungguhnya DOA IBU untuk anaknya adalah antara doa yang PALING MUSTAJAB, di mana kalau seorang ibu itu berdoa untuk anaknya, tiada hijab langsung. Doa itu akan sampai terus kepada Allah dan Allah pasti akan kabulkan doa tersebut.



sumber : http://perkongsianilmu.com/



2
CHEESE FRUITS CAKE BATIK ARORA

.... السلام عليكم




Alhamdulillah berkat izin-Nya, SSK kembali bersua menemui anda semua. Hari ni merupakan hari ke-19 kita berada di bulan Syawal yang mulia. Bila Syawal dah makin menginjak minggu ketiga, mungkin kehangatan raya tu dah tak sehangat satu, dua, tiga atau seminggu raya. Walaupun mood raya dah hampir suam-suam kuku....namun agenda memenuhi jemputan rumah-rumah terbuka sekurang-kurangnya menjadikan suasana raya masih lagi terasa.




Jika dilihat sekali imbas rupa kek ni sama saja seperti kek buah biasa ataupun kek marble. Resepi kek ni iza jumpa masa jenjalan di blog Ady Greatsword  yang duduk nun di Kota Singa sana. Dek kerana terpesona dengan keknya yang meriah dengan pelbagai color gitew, iza pun apa lagi teringin jugak nak buat....terus ringan-ringankan otot empat kerat ni membaking. Nak ikutkan iza ni malas sikit nak buat kek-kek buah macam nih sebab tak berapa nak laku....lastnya nanti iza juga yang nak kena perabiskan sorang-sorang. Tapi sebabkan mengidam punya pasal....buat juga lerr.




Inilah hasilnya....kek kurang kaler....heh he he.
Apa pun tq Ady for the recipe. Jom semak bahan-bahan untuk kek nih....jomm

Resepi CHEESE FRUITS CAKE BATIK ARORA
source of rcp : Ady Greatsword
tested by       : Iza Akma SSK



Bahan-Bahan :

(A)
150 gm cheesedale
150 gm butter
150 gm caster sugar

(B)
3 biji telur
1 teaspoon vanila essence

(C) - Gaul hingga rata
200 gm tepong gandum (ayak bersama baking powder)
1 teaspoon baking powder
200 gm mixed fruits (dried)

(D)
5 jenis pewarna dan perisa



Caranya :

❀   Pukul A hingga putih .
❀   Kemudian masukkan vanila essence dan telur sebji-biji, pukul lagi hingga kembang.
❀   Baru tuang (C). Kaup balik hingga rata.
❀   Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.Warnakan dan perisakan ikut kesukaan masing-masing.
❀   Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang (macam buat kek arora)
❀   Bakar pada suhu 160-180 darjah celsius selama 40 minit - 1 jam.


Catatan untuk peringatan :
Akan datang kalau rasa-rasa nak buat lagi, iza akan tambah lagi cheese sebab anak-anak kata cheesenya ada kurang....tak terasa. Lagi satu, akan tambahkan gliserin atau sedikit susu supaya teksturnya jadi lebih lembap-lembap gitu.