1
APAM KELEDEK



.... السلام عليكم


Untuk minum petang semalam iza buat Apam Keledek. Walaupun kelapa tak ada projek apam terus jugak jalan...tak leh tangguh-tangguh dah. Lagipun dah lama tak makan apam ....bila sesekali dapat makan sedapnya. Terdahulu iza dah pernah post resepi Apam Kentang dalam sukatan metrik ( klik lah sapa nak tengok detail ya...). Tapi yang ini dalam sukatan cawan....kalau tak silap daripada Yatie.




Jika diamati, resepi apam keledek ni dengan apam kentang tu sama aje kerana menurut Yatie, dia telah olah gantikan kentang dengan keledek. Dari segi rasa kedua-dua apam ni memang kelass....sedap, gebu, apamnya yang lembut dan punya rasa yang tersendiri. Makan macam tu tak payah kelapa pun tetap sedap...



APAM KELEDEK
source : Iza Akma SSK



Bahan A:
3/4 cawan gula pasir
200 gm air
1 helai daun pandan

- Masak semua bahan A sehingga gula hancur. Sejukkan.


Bahan B :
1 cawan keledek oren rebus
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
250 gm santan
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna oren (jika perlu)



Caranya :

Kisar keledek rebus bersama santan hingga halus. Ketepikan.

Satukan tepung beras, tepung gandum, yis, baking powder dan garam. Kacau rata.

Setelah sirap di bahan A sejuk, satukan dengan santan. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga adunan sebati dan tidak lagi bergentel. Perap selama 1 jam.

Sapu minyak pada acuan-acuan kecil yang disukai.

Sudukan adunan ke dalam acuan yang disediakan dan kukuskan selama 15 minit. Jika gunakan loyang besar, kukus selama 40 minit.

Sajikan apam bersama kelapa parut.


Yang ni pulak asingkan sedikit adunan dan tambahkan coklat emulco....
Kemudian sudukan dalam acuan secara berselang-seli dengan adunan asal. 
Nak warnakan dengan warna lain pun boleh....suka suka hati lah nak letak warna apa suka. :)



1 sweet comments:

Ayu said...

wah yang bercoklat tu menjadi tumpuan ku..hehe..tapi apam keledek ke apam labu ke..memang sedap kan iza..lembuttt aje..