5
IKAN KEMBUNG BERSOS THAI....yang enak



.... السلام عليكم


Hari ni iza nak share dengan anda semua satu resepi yang berapi-api sedapnya. Sekali imbas pada nama dan rupa, pasti semua kata sama macam juadah ikan bersiram sos yang biasa kita buat selalu tu. Tapi tidak sama sama sekali. Rasa juadah ni memang lain daripada kebiasaan. Dia punya sos tu yang special tau....sedap.




Terima kasih lah pada Chef Azli, selaku penyumbang resepi....yang juga empunyer blog Dari Dapur Azli Razali....dan juga seorang lecturer dalam bidang Seni Kulinari di UiTM Pulau Pinang....seorang yang tak lokek berkongsikan ilmu, tips dan resepi serta apa saja idea masakan yang terlintas di fikirannya.




Betul apa yang diwar-warkan chef, ikan bersos thai ni memang benar-benar sedap. Gue tak tipu punya....marvellous sungguh....gerenti.  Pada penggemar masakan ala thai yang ingin menguji sejauh mana keenakannya, jangan segan jangan malu....sila lah cuba ok.

Menurut chef lagi, kalau nak lagi pedas....sewaktu menumis tambahkan sedikit cili mesin atau tambahkan saja dengan hirisan cili api....mesti kaw kaw nyer pedas....



IKAN KEMBUNG BERSOS THAI
source : Iza Akma SSK



Bahan-Bahan :
4 ekor ikan kembung (saiz besar)
1 biji bawang besar ~ hiris
2 biji cili hijau ~ hiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
1/2 cawan sos thai
2 sudu makan sos ikan
4 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit kunyit untuk melumur ikan
sedikit garam untuk melumur ikan dan kuah sos
3 sudu makan tepung jagung + 1/4 cawan air ~ larutkan


Ditumbuk Kasar :
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah



Caranya :

Lumur ikan dengan sedikit garam dan kunyit, kemudian goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.

Tumis bawang besar yang dihiris. Masukkan bahan-bahan tumbuk beserta serai dan goreng seketika sehingga garing dan wangi.

Kemudian masukkan sos Thai, sos ikan, sos tomato, cili hijau dan daun limau, masak sebentar.

Perisakan dengan garam dan pekatkan dengan tepung jagung jika suka.

Sedia untuk hidangan.




5 sweet comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nampak sedap...berselera nak makan.

tun_telani said...

Salam kak iza.. mmg nmpk sedap betol tu. dh lama xjumpa ikan kembong, kalu kt ganu tiap2 hari ada jual ikan kembung kt pasar, sini ikan spesis lain pulak byk.

Gee® said...

Aduh!! terlior dibuatnya...

Yatz said...

Salam kak, sos thai mana satu akak pakai ye? Nk try lah

IZA AKMA said...

@Yatz
Salam, kak iza guna sos cili thai tu jer...tak ingat lak jenama apa sbb yg kat umah ni dh abis...biasa beli di tesco..sos ni mmg sedap...warna merah sosnya agak cerah tak gelap mcm brand yg lain & masih boleh nampk biji2 cilinya tu