3
KUIH BAKAR MERANTI



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Saya buat kuih ni untuk minum petang semalam. Alang-alang nak menghabiskan lebihan biskut marie yang ada tak seberapa keping sangat, apa salahnya jika saya mencuba resepi ni. Mana tau mungkin ada kelainan rasa pada kuih bakar ni.....tak cuba tak tau kann.




Proses menyediakan kuih bakar/bingka tidaklah susah. Namun saya agak jarang membuatnya kerana kurang gemar kuih seumpama ini berbanding dengan talam atau lapis. Anak-anak dan suami pula jangan cakap lah lagilah kurang. Saya hanya akan buat bila tekak ni teringin sesangat itu pun dalam kadar yang sedikit.

Kuih ni saya bakar atas dapur dalam acuan cara tu jer. Style begini senang tak perlu nak susah payah memotong. Lagipun kuih berbentuk cara camni dapat mengumpan mata anak-anak. Mereka kalau kuih cara.....memang suka. Jadi bila bingka berubah wajah menjadi cara macam ni secara tak langsung mahu lah mereka makan. Kalau yang berpotong tu alamat pandang-pandang jeling-jeling aje ler.....kita pandang kuih, kuih pandang kita balik.....hehhehe.

Aittt, dalam suka tak suka tu banyak juga anak-anak ku habiskan.....sedaplah tuu...



KUIH BAKAR MERANTI
recipe  : Kak Fida @ MyResepi
source :  Iza Akma SSK



Bahan-Bahan :
4bijitelur
225gmgula pasir
570gmsantan
115gmtepung gandum
85gmtepung biskut Marie
1/2sudu tehrempah kuih
sedikit pewarna hijau/kuning


nota:
- jika mahukan lebih biskut marie, guna 100gm dan patah-patahkan
- jika santan kotak, gunakan 200ml dan tambahkan air
- bubuh rempah kuih secubit dua saja (saya gantikan serbuk kayu manis)
- tambah 1-2 sdt pandan pes untuk kuih bakar perisa pandan



Caranya :
Telur dan gula dikacau rata dan masukkan kesemua bahan-bahan lain. Kacau sebati. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dalam blender, kisar halus dan tapis jika perlu.
Tuang adunan ke dalam loyang 9x9 inci yang disapu minyak/majerin/butter/minyak sapi.
Bakar pada suhu 160C selama 30-40 minit atau sehingga masak.
Biar kuih benar-benar sejuk baru dipotong dan sajikan. Enak juga dimakan ketika kuih masih suam...





3 sweet comments:

KakAsma said...

akak tak tau kuih bakar leh bakar camgini..bagus juga idea gini leh cuba nantikan...

Rohah said...

Ayunya kuih ni

tun_telani said...

Salam kak iza.. 1st time jumpa resepi kuih bakar yg guna biskut meri. ingatkn kek lapis je guna biskut meri. hihi