4
NASI AYAM IPOH



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Aduhhh!! Penatnya.....badan sakit-sakit.....gara-gara travel jauh semalam.

Suami kena pergi Kota Bharu ada kerja 3 hari sana. Dia nak saya ikut sekali temankan maklumlah perjalanan jauh kan.....katanya ada lah peneman berbual hilangkan rasa ngantuk masa drive. Kami pergi berdua, anak-anak tak ikut.....sekolah. Tak seronok pulak rasanya anak-anak tak ada sekali.....nak shopping pun tak ada mood.....rasa macam nak cepat-cepat balik jer.

Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan.....selamat pergi dan selamat tiba semula di Ampang malam tadi selepas 8 jam mengharungi perjalanan.




Nasi Ayam Ipoh mali.....
Nasi ayam ni saya masak hari minggu lepas. Baru hari ni dapat masukkan entri. Tak pasti pula kenapa dan mengapa nasi ayam ni ada tambahan nama Ipoh di hujungnya. Adakah kerana resepi sememangnya berasal dari Ipoh atau nasi ayam jati Ipoh rasanya sebegini atau hanya sekadar nama. Walau apapun hanya jauhari yang kenal manikam.




Sebelum-sebelum ni pernah juga masak nasi ayam. Tapi selama berblog, inilah first time. Lagipun nasi ayam satu daripada favourite kami sekeluarga kerana hidangannya yang boleh dikatakan ringkas dan balance. Menyediakannya tidak lah rumit, bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak dan mudah sangat di dapati.

Nasi Ayam Ipoh ni pada saya memang terbaik.....mabelicious!!
Nasinya sedap, lembut.....Ayamnya wallaaah.....Tra sekali wojik nok lagi.....



NASI AYAM IPOH
by       : Iza Akma SSK
source : quinnie @ MyR



BAHAN NASI:
4  cawan  beras
4 1/2  cawan  air rebusan ayam
2  inci  halia*
3  ulas  bawang putih*
3  helai  batang daun bawang (ambil bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1  sudu besar  minyak bijan
2  sudu besar  sos tiram
2  helai  daun pandan
4  sudu besar  majerin
1  sudu kecil  garam


Cara :
Mula-mula buat air rebusan ayam...(bahan sup).
Masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Tutup periuk dan masak hingga didih. Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 20 minit. Selepas 20 minit, angkat ayam dan toskan.

Cara untuk masak nasi.
Mula-mula masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan * yang telah ditumbuk lumat. Biar hingga naik bau. Kemudian masukkan batang daun bawang (ambil bahagian bawah yang putih) dan daun pandan. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. Kacau-kacau sekejap, kemudian masukkan beras, garam dan air rebusan ayam. Biarkan hingga nasi masak.



BAHAN AYAM :
1  ekor  ayam
3  ulas  bawang putih*
1  inci  halia*
3  sudu besar  kicap lemak manis
2  sudu besar  sos tiram
1  sudu besar  cuka
1  sudu besar  madu


Cara :
Ayam yang telah ditoskan tadi dimasukkan kedalam satu bekas besar. Masukkan bahan * yang telah ditumbuk lumat diikuti semua bahan-bahan lain...kacau-kacau rata dan biarkan 1/2 jam. Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau dibakar dalam oven. Kalau nak goreng jangan goreng terlalu lama...agak-agak warnanya dah bertukar kehitaman boleh diangkat.



BAHAN SUP :
4  ulas  bawang putih diketuk
3  inci  halia dihiris
3  helai  daun bawang
1  biji  sengkuang dipotong dadu
1  sudu besar  serbuk lada sulah
air secukupnya
garam


Cara :
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah dicampur dengan air biasa. Masak hingga didih. Perasakan sup.
(Saya tumiskan dulu rempah penumis 4 sekawan....lepas tu terus masukkan ke dalam sup. Sebagai tambahan saya masukkan juga 1 kiub pati ayam, sayuran lobak merah & ubi kentang menggantikan sengkuang).
Bila disajikan, taburkan dengan daun sup dan daun bawang yang dipotong halus.



BAHAN SOS CILI :
10-15  biji  cili api
6  biji  cili merah
5-6  ulas  bawang putih
1  biji  limau kasturi / nipis
sedikit halia (ambil dari air rebusan)
sedikit air rebusan ayam
garam & gula secukupnya


Masukkan semua bahan dalam blender dan blend hingga hancur.



BAHAN KICAP :
5  biji cili  api
4-5  ulas  bawang putih
sedikit halia daripada air rebusan
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung + sedikit air (utk pekatkan)


Blend semua bahan kecuali tepung jagung. Selepas blend tuang dalam periuk dan panaskan atas dapur. Agak-agak dah panas..boleh lah dimasukkan tepung jagung yang telah dicampur air secukupnya untuk memekatkan kuah.



*BAHAN TAMBAHAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun, bawang goreng


(pesan quinnie: kalau ikut resepi asal...nasi tu letak sikit lemak ayam kat dalam dia masa nak tumis tu..kadang2 kalau rajin buat..kalau malas tak letak pun...sup tu kalau takde sengkuang elok tambahkan rempah tumis 4 sekawan untuk naikkan rasa dia....)

4 sweet comments:

tun_telani said...

Salam kak iza.. mmg nasi ayam ni semua org suka.. tun suka resepi ni, ada minyak bijan tu, lg wangi bau dia..
ps: dlm bahan2 sup xde letak air rebusan ayam :)

IZA AKMA said...

@tun_telani
Salam.
Betul tu tun, minyak bijan tu yg menaikkan lagi kewangian nasi yg dah sememang2nya sedap nih...

Ada...sup ni ada guna air rebusan ayam...kalau tak tak kick la nasi ayam ni tun kalau tak guna air rebus ayam. Dlm bahan2 tak mention air rebusan ayam tp dlm cara2nya ada... :)

Anonymous said...

salam,nk tnye..klu xde gune sengkuang gne lain blh x?sbb bru first time nk wat mcm confius ckit

IZA AKMA said...

@Anonymous
Salam. Jika tak nak guna sengkuang pun bleh...just ganti sayuran lain yg sesuai. Dlm cara memasak sup di atas, ada dinyatakan sy guna carrot, ubi kentang sebagai ganti sengkuang.