2
SPAGHETTI BEBOLA DAGING



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Saya bukan lah penulis yang hebat dengan sekelip mata saja boleh dapat idea dan mampu mengarang dengan baik. Saya juga bukan seorang blogger popular yang boleh menjemput berduyun-duyun visitor ke blog ini. Mungkin blogger yang sudah popular dan ada nama, mereka tidak kisah letaklah apa post.....walau hanya sekadar ikan masin goreng, telur mata kerbau ataupun sambal belacan pun visitor akan silih berganti datang menyerbu membaca posting mereka.

Walau apa pun saya berterima kasih sangat-sangat kepada semua pengunjung budiman yang bertali arus singgah ke SSK. Tidak kiralah siapa anda dari mana pun anda.....TQ So Much.....!




Hari ni Ahad.....biasalah.....diisi dengan agenda memenuhkan semula stok dapur yang dah kehabisan. Dish ni bukan hari ni ya tapi semalam. Terlewat lagi masukkan entri....kiranya entri tertunda lah ni.

Ceritanya begini, biasanya malam-malam minggu saya sekeluarga makan di luar. Hanya masak untuk breakfast and lunch. Untuk breakfast masak nasi goreng. Lepas breakfast tu sambil-sambil basuh pinggan fikiran melayang memikirkan apa nak masak pulak untuk lunch. Stok dalam fridge dah kekeringan.....yang tinggal cuma carrot, tomato, batang celeri.....buka pula freezer ada meatball. Terus terfikir buat spaghetti aje lah. Lagipun memang hajat hati beli meatball ni nak buat spaghetti lah pun. Buka pula kabinet.....nasib baiklah bahan-bahan lain cukup.

Maka inilah hasilnya, Spaghetti Bebola Daging. Resepi sosnya mengikut citarasa saya sendiri.
Senangnya hati seronok bila sekejap aje dah habis licin.....



SPAGHETTI BEBOLA DAGING
recipe by Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
1 paket pasta @ spaghetti
minyak secukupnya
secubit garam


Caranya :
Didihkan air dalam periuk. Masukkan sekali sedikit minyak dan garam. Masukkan pasta dalam air yang telah mendidih. Bila telah masak angkat dan toskan.....gaulkan pasta dengan sedikit minyak. Hidangkan dalam pinggan. Setelah itu buatkan sos pasta pula.


Sos Pasta :
1 tin sos spaghetti traditional Prego
1 tin (290gm) Sos Spaghetti Cheese & Herbs Prego
1 biji buah tomato, potong dadu
2 biji buah tomato, pecahkan
1 tin (420gm) whole mushroom, hiris
1 labu bawang besar kuning, kisar halus
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 batang celery, cincang kasar
1 batang lobak merah, cincang kasar
3 helai dried bay leaf
Meatball secukupnya
Italian Herbs
Oregano
Lada Hitam
Garam
Air secukupnya


Caranya :
Panaskan minyak dalam kuali yang sesuai. Goreng meatball supaya bahagian luarnya sedikit kekuningan.....jangan terlalu lama, sekejap saja dah cukup.
Dengan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan celeri dan lobak merah. Biarkan sekejap sambil dikacau.
Masuk sos pasta traditional. Selepas seminit dua masuk cendawan dengan tomato yang dipecahkan. Biarkan seketika.
Masukka air secukupnya diikuti dengan daun bay, oregano, italian herbs, lada hitam, garam secukup rasa.
Setelah mendidih masukkan meatball dengan sos spageti cheese & herbs. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan buah tomato yang didadu. Perasakan. Bila sudah cukup rasanya, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidang.




2 sweet comments:

tun_telani said...

salam kak iza.. dh lamaa xmkn spagetti tomato sauce nih.. tun xmkn daging, jd selalu letak ayam je.

Gee® said...

Sedapnyaaaaa... terlior sangat... harus cuba ni