9
REMPAH CAP BUNGA ROSE



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Sekarang minggu terakhir cuti sekolah. Ramai masih dalam rangka jalan-jalan makan angin. Tak kira lah bercuti jauh atau dekat, panjang ataupun singkat, asalkan percutian kita bersama keluarga tersayang diisi dengan saat-saat berkualiti penuh makna.

Hari ini bukan nak cerita tentang cuti-cuti, bukan juga resepi tetapi sesuatu yang masih tidak lari dengan masakan. Saya kira ramai yang sedia maklum dengan rempah jenama cap bunga rose. Ramai yang telah mewar-warkan dan mengakui kesedapan rempah ini. Jika ada yang mencari rempah ini di pasaran sekitar Lembah Klang atau di negeri lain memang payah lah nak jumpa. Kerana pasarannya agak terhad di sekitar Terengganu sahaja.

Bila ramai mengatakan rempah ni sedap, rasa teruja juga nak mencuba. Tapi yang jadi masalahnya di mana nak dapatkan rempah ini?? Tiga empat tahun lalu ada terbaca di satu forum, khabarnya rempah ini ada jual kat sebuah kedai di belakang pasar borong Selayang. Pergi juga cari sana tapi hampa tak ada pun. Cari tak jumpa cari tak jumpa lama-lama keinginan itu hilang macam tu aje.

Sehinggalah hujung tahun lepas. Kebetulan masa tu saya sefamili bercuti di Cherating. Cherating tak ada apa pun melainkan pantai. Nak ke pantai waktu pula tak sesuai.....panas. Jadi bagi mengisi masa yang ada sementara menunggu petang kami jalan-jalan ke Mesra Mall Kerteh. Balik tu singgah pula di Kemaman town ronda-ronda sekejap. Dah banyak kali dah sampai situ tahu juga lah sikit-sikit area mana nak tuju.

Entah macam mana dalam banyak-banyak kedai dan pasaraya di situ, kami tersinggah di pasaraya Pantai Selamat. Mereka yang tinggal di kawasan sana mesti tahu pasaraya ni kan. Pusing punya pusing tak semena-mena terpandang pada satu rak yang penuh dengan berbagai jemana rempah. Saya terus ke situ.....manalah tahu kot-kot pencarian kali ini akan ketemu titik noktah. Mata berlari melihat meneliti satu persatu nama rempah sehinggalah mata terhenti berlari, tertumpu di satu sudut di penghujung rak seraya bibir tersenyum gembira. Akhirnya kini pasti.....

Rezeki saya untuk bertemu dengan rempah yang duk tercari-cari selama ni terjawab di pasaraya ini. Alhamdulillah, sampai juga hajat. Saya beli tak banyak cuma sepeket rempah gulai dengan dua peket kecil rempah masak (gambar bawah) sebab fikir lain kali jika percutian saya melalui laluan ini boleh singgah lagi sini beli.


Rempah Cap Bunga Rose terdiri dari 2 jenis - Rempah Gulai & Rempah Masak



Baru-baru ni saya singgah lagi ke pasaraya itu semata-mata mencari rempah idaman. Kali ni saya beli lebih buat stok. Banyak gunanya rempah ni.....boleh masak lauk dagang, gulai@kari ayam, kuah laksa terengganu. Nak-nak puasa dengan raya dah tak lama lagi apa salahnya beli lebih. Setidak-tidaknya masa buka puasa atau raya nanti boleh buat kari ayam / daging cicah dengan roti jala.....confirm kari ku kali ini meletops.....hehhehe.

Bukan rempah cap rose saja saya borong, bila ke utara saya dapatkan rempah utara.....kirim kat mak sedara yang duduk Penang. Bila ke Kelantan, saya beli rempah kawah, rempah dalca, rempah kuzi.....atau pun kirim kat adik aje bila dia balik kelate. Pada saya rempah-rempah tersebut ada keistimewaannya dan punya rasa yang tersendiri.

Sejak dapur saya tersimpan dengan stok rempah yang pelbagai ini, rempah-rempah lain hok biasa jual kat giant, tesco tu saya tak beli dah. Citarasa kini dah beralih arah.....



Di atas packaging lama manakala bawah packaging baru. 
Rempah baru ini didatangkan dalam dua saiz - 35gm & 205gm


Ramuan : 
Ketumbar, Jintan Manis, Jintan Putih, Buah Pelaga, Beras, Bunga Lawang,
Kayu Manis, Cengkih, Cili Kering dan Kunyit


Keluaran milik melayu di Terengganu :

Syarikat Hassan Majid Sdn. Bhd.
158-A Kampung Kepong
20050 Kuala Terengganu
Terengganu




9 sweet comments:

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..saya pun bila balik kg harus beli rempah di sepeket dua utk stok

tun_telani said...

Salam kak iza.. pantai selamat tu tempat tun beli groceries.. hihi.. mmg kat ganu je ada jual rempah cap bunga ros nih.. kt kemaman, semua kedai runcit jual nih, kedai kecik2 pun mmg ada jual rempah nih. aritu blk kg borong jugak utk bawa blk bintulu n bagi kawan2 kt sini. dh smp bintulu xjumpa pula, sure tercicir kt mana2.. xde rezeki nk kasi org. wat kuah nasi dagang guna rempah ni lah.

IZA AKMA said...

@Sue @ Nenie
W'kumussalam.
Untungnya sue tak perlu susah2 nk mencari merata...balik kg dah boleh dapat. Mcm iza ni, terpaksa meredah beratus2 batu utk dptkan semata2 rempah ni...apa nk buat...kat kl takde. Betul, harus dibeli...tak beli kerugian sbb rempah ni mmg sedap.

IZA AKMA said...

@tun_telani
Salam tun.
Owh yer ke tun...keciknya dunia...nmpknya ada rezeki jumpa rempah tp takde rezeki lak k.iza jumpa tun kat pantai selamat ni...hihhi. Kalau dh tun kata dr pasaraya sampai kedai kecik2 pun ada jual rempah ni kiranya kat kemaman lah paling senang dpt ya tun. Tu lah tak tau sebelum ni, sedangkan kemaman tuh dah selalu sangat jadi laluan k.iza kalau cuti2. Ni dh tau lain kali dtg kemaman jer la cari stok...tkasih tun, bgtau.

Betul tun, rempah ni leh jadi trademark t'ganu nih sbb tempat lain tak jual. Kebanggaan for t'ganu juga tau tun kerana org luar ganu mcm k.iza ni turut sama meminati rempah rose. Dek kerana penangan rempah rose ni jugaklah sampaikan 5@6 peket rempah babas kat dapur k.iza tu terpaksa buang sbb expired...

Ayu said...

Assalam iza, rempah cap bunga ros memang lah sedap giler..heheh..akak suka sangat ..lagi satu rempah dayang suri tu pun sedap..akak buat kerutuk ayam ya allah sedapnya..
rempah cap ros pula akak masak gulai daging pun sedappp...uishh..
itupun ada teman yang baik hati poskan kat akak..dapatlah merasa..kalau tidak memanglah tak tahu kesedapan rempah ni..

beannydbunny said...

salam kak.. kalau kat pasar borong selangor (Seri kembangan) tu pun ada jual.. kedai siam yg jual rempah2 tu..

Anonymous said...

https://m.facebook.com/RempahCapBungaRos

kehidupan sihat said...

betul sgt..mmg kene buat stok..sbb rasa serbuk kari biasa kt kedai ni tak berapa best dah bila dah rasa rempah kari ros ni..hehe

Noor Hasmah said...

Assalammualaikum ...saya ada hasilkan rempah masakan . resepi dari India kerana aruah atuk orang India . saya keluarkan rempah jenama Mama Kadir ....ada REmpah Ikan , Daging / Ayam , Sup dan Kurma. Kalau berminat bolehla whatup no saya 019-6111659.

Terima Kasih

Resipi Warisan