11
ROTI JALA SPECIAL....



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Belum pernah sekali pun beli beetroot. Bila pergi tesco selalu nampak ubi ni tapi setakat tengok aje tak beli sebab kita orang melayu ni jarang masak guna ubi jenis ni. Lagipun belum bertemu resepi-resepi yang menggunakan beetroot. Beetroot atau ubi bit ni tak silap saya juga dari famili sengkuang cuma warnanya merah sementara sengkuang warnanya putih.

Terkebetulan dalam rancangan masterchef tahun lepas ada nampak Chef Norman Musa buat roti jala campur dengan beetroot. Nampak macam sedap dengan warna merah yang menarik. Suatu yang agak istimewa kerana kebiasaannya bahan asas roti jala hanyalah tepung, telur dan air/susu/santan.




Saya simpan dulu resepinya dengan harapan akan direalisasikan suatu hari yang sesuai. Nah, baru kini berpeluang mencuba. Tak apalah lewat-lewat pun buat jugak kan..... lain lah kalau dapat resepi simpan langsung tak buat-buat.....itu lain cerita. Nak merasa ni kena lah rajinkan diri tak boleh dimalas-malaskan. Bak kata peribahasa melayu, ' Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.'

Saya buat dua versi satu biasa dan satu lagi campur beetroot. Kedua-dua sedap. Yang kuning biasa tu lemak kerana dibancuh dengan santan manakala yang ada campuran ubi ada rasa sedikit manis-manis..... manis dari ubi. Bila hidangkan dua-dua, tak sangka roti jala beetroot dapat sambutan paling hangat..... itu yang habis dulu. Mungkin kerana rasanya yang sedikit kelainan.




Itulah jika sekadar melihat di tv atau lihat resepi saja kita tak tau sedap ke tidak.....melainkan dah cuba buat baru kita boleh nilaikan sendiri.

Resepi ROTI JALA
by Iza Akma SSK
recipe ~ Chef Norman Musa



Bahan-Bahan :
200gmtepung gandum
100gmsantan pekat
350gmair
1bijitelur
1tspserbuk kunyit
1tspgaram


Caranya :
Bancuh semua bahan hingga sebati. Tapis jika perlu.
Masakkan seperti biasa.

Roti jala merah ini pula ditambah dengan beetroot


Untuk Roti Jala Beetroot
Ikut resepi asal, Chef Norman menggunakan jeruk beetroot. Caranya selepas bahan-bahan siap dibancuh, asingkan kepada dua bahagian. Masukkan serbuk kunyit dalam satu bahagian dan satu bahagian lagi masuk dalam  mesin pengisar, kisar bersama 100gm jeruk beetroot hingga halus. Tapiskan adunan supaya tidak berketul.


Nak cari yang jeruk entah di mana ada jual. Jadi saya gantikan dengan ubi bit biasa, rebus hingga lembut dan toskan. Pada pengamatan saya roti jala yang ada beetroot rebus ni ambil masa lama sedikit untuk masak berbanding adunan biasa. Mungkin sebab ubi bit tu telah menyerap banyak air waktu merebus.



Ni baru roti jala.
Untuk kuah karinya kemudian ya.
Jadi jangan lupa tungguuuu......




11 sweet comments:

mama sara nur said...

assalam
sedapnye
sgt special ni

ady said...

salam kak
1st time npk roti jala beetroot..mmg cantik warnanye

Gee® said...

Sedapnya roti jala.... nyum2x!

tun_telani said...

Salam kak iza.. wahh.. 1st time tgk roti jala letak beet root.. tun nk try rvc letak beet root, tp blom buat2 lagi smp skrg..

kak ina kl said...

first time tenguk roti jala camni..nampak cam sedap ajer

IZA AKMA said...

@mama sara nur
Salam.
Semestinya special, sara...

IZA AKMA said...

@ady
Salam.
K.iza pun first time tahu roti jala buh beetroot ni ady. Sebelum ni x pernah terfikir pun. Sejak tengok kat masterchef lg dh pasang angan2 nk buat. Bila dh buat, makan baru tau sedap rupanya..

IZA AKMA said...

@Gee®
Tentu ramai yg suka roti jala kan gee...sedap tp tulah nak buatnya adehh...punyalah menuntut masa tp bila mkn sekelip mata dh abis licin..

IZA AKMA said...

@tun_telani
Salam tun.
RVC beetroot? K.iza pernah terjumpa rvc ni masa tengah google resepi2 beetroot...duk dlm senarai menunggu jugak tu. Sama lah kita tun, entah bila nk buat ntah...

IZA AKMA said...

@kak ina kl
Boleh cuba kak ina...

bukit jalil homestay said...

assalamualikum. kat mana nak dapatkan ubi bit di kl