7
TALAM JAGUNG



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Esok umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul, hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini bukan sekadar untuk mengingati keputeraan baginda semata-mata sebaliknya apa yang lebih penting ialah mengingatkan kembali umat Islam kepada ajaran Rasulullah dan perjuangannya. Pada masa sama berusaha mengikuti segala akhlak dan ajaran Nabi Muhammad SAW.

Sebelum terlupa, di kesempatan ini SSK mengucapkan 'SALAM MAULIDUR RASUL' buat semua Muslimin dan Muslimat di seluruh pelusuk dunia, khususnya kepada para pengunjung yang sudi meluangkan masa emas mereka mengunjungi dapur maya ini. Sama-samalah kita menghayati sambutan kali ini yang jatuh pada Khamis tanggal 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434.




Okay, hari ni nak kongsi resepi kuih....Kuih Talam Jagung nama diberi. Tuan dapur ni memang suka sangat makanan yang berasas jagung....jagung rebus, bubur jagung, kuih jagung, puding jagung. Apa lagi ekk? Ermmm....haa, urap jagung. Urap jagung ialah jagung rebus yang digaul bersama kelapa parut muda dan gula. Teringat dulu-dulu bonda selalu buat urap nih....kalau takde jagung, biskut....dua dua sama sedap....walau ringkas tapi kami adik-beradik berebut-rebut makan....haaiihhh nostalgia betul. Tapi anak-anak muda remaja sekarang mana lah reti nak makan benda-benda macam nih lagi....cuma remaja purba macam kita ni haaa yang reti ngadap makannya kan kan....hehheh.

Kuih talam ni ada lain sikit....tak macam talam biasa tu. Idea ni datang daripada kelas-kelas talam yang pernah iza ikuti. Maklum lah kelas-kelas kuih talam sekarang ni menawarkan pelbagai rupa dan rasa....silap haribulan boleh tangkap cintan dengan paras talam yang cantik menawan enak dipandang. Itu baru bab rupa belum lagi bab rasa....boleh berpusing biji mata....rupa dan rasa dua-dua sama hebat belaka.




Untuk lapisan jagung talam ni, iza olah daripada Talam Kastad Jagung Yatie manakala lapisan atasnya tak lain tak bukan dari dalam khazanah peti besi sendiri laa. Bila idea di sini dengan idea di sinun di gabungkan maka terhasillah rupa talam seperti ni yang mana lapisan atasnya dibuat ala ala kuih lapis. Memang sedap talam ni....lembut dan lemak lemak berkrim.

KUIH TALAM JAGUNG
by Iza Akma SSK


Bahan Lapisan Jagung :
75 gm tepung beras
25 gm tepung jagung
25 gm tepung kastad
85 gm gula pasir
1/2 cawan jagung manis cream styles
100 gm santan pekat kotak
250 gm air
pewarna kuning
garam


Satukan semua jenis tepung, garam dan gula. Ketepikan.
Satukan santan pekat dengan air, sebatikan.
Tuangkan ke dalam bekas campuran tepung. Gaul sebati dengan hand-whisk hingga adunan tidak bergentel. Selalunya jika dikacau dengan whisk, adunan akan jadi licin, tidak bergentel dan tak perlu ditapis.
Masuk dalam periuk dan masak dengan api kecil sehingga naik wap.
Masuk jagung krim, kacau lagi hingga sebati dan rata.
Alas loyang 6 inci persegi dengan plastik tahan panas dan sapukan sedikit minyak. Jika nak kuih yang sedikit rendah guna loyang 7 inci.
Tuang adunan dalam loyang. Kukus dalam pengukus yang telah mendidih selama 20 minit.


Bahan Lapisan Atas :
75 gm tepung beras
25 gm tepung gandum
10 gm tepung tepung ubi
100 gm santan kotak
300 gm air
125 gm gula
1/4 tsp garam


Satukan santan, air, gula dan garam dalam periuk. Masak hingga gula hancur saja tak perlu sampai mendidih. Sejukkan seketika.
Sementara itu, campurkan semua tepung dalam bekas lain. Masukkan sirap tadi dan kacau juga dengan whisk hingga dapat satu adunan yang licin.
Bahagikan pada dua bahagian, plain dan hijau dengan perisa pandan. Lapisan warna bergantung warna-warna yang disukai. Perisa terpulang samada nak bubuh atau tidak.

Setelah lapisan jagung tadi masak, cakar-cakar lapisan tersebut. Tuang selapis adunan lapisan atas dan kukus 5 minit dengan api besar. Lakukan sehingga semua lapisan warna habis digunakan seperti membuat kuih lapis. Untuk lapisan terakhir kukuskan 10 minit.




3
LUSCIOUS CHOCOLATE PUDDING



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Waktu zaman kanak-kanak kita sering dikhabarkan coklat sebagai makanan ringan yang tidak punya kualiti pemakanan, menyumbang pada kegemukan dan kerosakkan gigi. Bila dah selalu disogokkan dengan tanggapan sebegitu cara tak langsung ianya terus sebati kukuh di ingatan....sedaya mungkin mengelak diri dari memakan coklat sehinggalah usia menginjak dewasa. Kemudian bila dah punya anak, kita pula memanjangkan tanggapan sedemikian pada mereka. Ooohhh, tidak! Semua persepsi tu negatif semata.

One gud news to all chocolate lovers! Coklat dikatakan berkhasiat dan menyumbang diet yang seimbang kepada penggemarnya kerana mengandungi protein, karbohidrat, lemak, tenaga dan beberapa vitamin serta mineral yang diperlukan.

Coklat dan serbuk koko kaya dengan antioksidan seperti phenols yang membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Malah antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas, ia turut menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan arteri jantung tersumbat.

Lemak koko dalam coklat mengandungi asid oleik, sejenis asid lemak tidak tepu yang berfungsi merendahkan paras kolesterol dalam darah. Sementara asid sterik, asid lemak tepunya pula berkesan dalam meneutralkan paras kolesterol.




Selain baik untuk tubuh, ia juga baik untuk gigi. Coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria inilah puncanya kerosakan gigi dan plak merupakan sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria itu.

Bila mengunyah coklat, pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut. Ini kerana lemak koko dalam coklat mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia mudah cair dalam mulut. Kasein bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid di samping membantu dalam pertumbuhan gigi. Asid oksalik pula merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan serta mengurangkan risiko jangkitan selsema dan ia mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi penahan sakit serta meningkat tahap rasa kesihatan kerana coklat mengeluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Justeru, coklat amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti rekreasi yang lain. Selain itu, coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.




Ada yang kata perempuan ni sukakan coklat. Betul ker? Rasanya tak kot....tak semua macam tu. Sebabnya penulis dapur maya ni pun tak suka coklat. Belilah dan makanlah apa coklat sekalipun....sikit pun tak terguder u....sorry, langsung tak minat coklat. Even kek coklat pun kureng....sebab tu u olz tengok kan kek kek coklat boleh di kira entrinya di sini....hehehe. Kalau buat pun untuk anak anak and suami....kita ni dapat sepotong dua pun dah cukup....yang lain tu biar diorang kasi habis.

Puding ni buat atas permintaan Puteri. Dia nakkan puding yang cekelat cekelat....biasalah budak-budak. Dah beberapa kali jugaklah buat puding ni....baru ni nak masukkan. Puding ni ada segala perisa coklat di dalam sebab tu rasanya kaya betul dan penuh rasa coklat.

O....Oooo.! Leka jari jemari berlari di keyboard tak sedar dah panjang berjela coretan untuk hari ini. Moh ler kita nengok apa bahan-bahan untuk puding ni....moh.



LUSCIOUS CHOCOLATE PUDDING
by Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
20 gm agar-agar tali
900 gm air
100 gm gula kastor
25 gm serbuk koko
300 gm susu sejat
300 gm non-dairy chocolate whipping cream
125 gm dark cooking chocolate ~ dipotong kecil supaya mudah larut
sedikit saja garam ~ untuk menambah rasa lemak


Caranya :
Rebus agar-agar bersama air sehingga larut (air bergantung pada brand agar-agar yg diguna).
Masukkan gula dan biarkan sehingga gula larut.
Masukkan serbuk koko. Kacau menggunakan whisk supaya koko tersebut mudah sebati dengan agar-agar.
Bila dah rata masukkan pula susu sejat, garam, whip cream dan coklat masakan. Masak dan kacau sentiasa sehingga semua bahan tersebut serata dan sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yang digemari.
Buat dua versi.....satu biasa dan satu lagi layerkan biskut




1
CRANBERRY & COCONUT CAKE



.... السلام عليكم


Dua tiga hari ni, tekak bagaikan terasa-rasa nak makan kek. Memang patut pun rasa camtu....dah lama tak membaking kisahnya. Pagi tadi masak awal. Lepas siap habis masak semua....tengok bahan kek pun cukup tanpa lengah-lengah terus buat. Buat kek tak susah....asalkan resepinya betul dan timbangan bahan-bahannya tepat kek pasti jadi.

Dulu zaman anak dara, kalau bonda suruh buat kek resepinya guna cawan. Mana taknya resepi orang-orang lama dulu baik kuih, kek, biskut, lauk-pauk hampir semuanya guna cawan....payahlah nak jumpa resepi dalam metrik. Jika ditanya nenek-nenek atau mak-mak kita, rata-rata cawan jadi pilihan berbanding timbang-timbang nih. Mungkin sebab dah terbiasa maka tiada masalah pada mereka....tapi akan jadi masalah pada yang tak biasa....betul kan.




Zaman kian berubah. Banyak buku-buku dan majalah masakan hari ini memuatkan resepi yang menggunapakai sukatan metrik....samada resepi tu resepi baru ataupun resepi lama yang diolah semula sukatannya. Lagipun sekarang penimbang digital dah banyak di pasaran menjadikan kerja memasak, membaking lebih senang. Pada iza dua-dua ok jer tapi lebih selesa lagi guna penimbang digital sebab lebih mudah, lebih tepat dan paling penting biar beribu kali pun kita buat hasilnya maintain sama tak kurang tak lebih.




Resepi ni ambil dah lama dah....daripada fb Puteri Manja. Gara-gara tergoda baca komen Puteri lah ni buatkan iza laju jer copy. Selain cranberry, iza tambahkan juga dengan sedikit kulit limau yang terdapat dalam mixfruit.

Masa kek tengah bakar lagi harum wangian kek dah memenuhi ruang dapur sebab kelapa tu yang menambah naikkan aromanya. Kalau dah macam tu punya harum confirmlah sedap. Tak sabar pulak nak potong rasa. Kek gaya camni memang sedap makan panas-panas. Tapi kena tunggu sejuk sikit dulu....kalau panas-panas potong takut kek berderai tak cantik pulak kan.

Lepas sejam gitu, bermulalah operasi bedah siasat. Weeee....cantik sempurna kejadian kek ni....rasanya no komen...sedap sangat. Selalunya kek yang ada kelapa, teksturnya sedikit kasar dan kering. Tapi tidak kek ni. Resepi ni menghasilkan kek yang moist dan lembut. Rasa masam masam manis cranberry dengan kulit limau tu mengimbangi rasa lemak kek menjadikan ia tak muak dimakan. Tq Puteri....izinkan resepi ni berada di SSK pula ya :)


  

CRANBERRY & COCONUT CAKE
source : Iza Akma SSK


Bahan A :
130 gm butter
200 gm gula kastor
1/2 sdt esen vanila / esen kelapa

Bahan B :
2 biji telur (A)

Bahan C :
40 gm kelapa kering
40 gm cranberry

Bahan D :
230 gm tepung naik-sendiri
300 gm sour cream / yogurt
80 gm susu segar


Caranya :
Pukul Bahan A hingga kembang.
Masukkan Bahan B satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang dan sebati.
Masukkan Bahan C dan digaul rata.
Masukkan pula Bahan D, selang selikan tepung dengan bahan basah sebanyak dua kali.
Bakar dalam acuan 8 inci atau 8.5 inci selama 170C-180C selama 40-45 minit.




5
IKAN KEMBUNG BERSOS THAI....yang enak



.... السلام عليكم


Hari ni iza nak share dengan anda semua satu resepi yang berapi-api sedapnya. Sekali imbas pada nama dan rupa, pasti semua kata sama macam juadah ikan bersiram sos yang biasa kita buat selalu tu. Tapi tidak sama sama sekali. Rasa juadah ni memang lain daripada kebiasaan. Dia punya sos tu yang special tau....sedap.




Terima kasih lah pada Chef Azli, selaku penyumbang resepi....yang juga empunyer blog Dari Dapur Azli Razali....dan juga seorang lecturer dalam bidang Seni Kulinari di UiTM Pulau Pinang....seorang yang tak lokek berkongsikan ilmu, tips dan resepi serta apa saja idea masakan yang terlintas di fikirannya.




Betul apa yang diwar-warkan chef, ikan bersos thai ni memang benar-benar sedap. Gue tak tipu punya....marvellous sungguh....gerenti.  Pada penggemar masakan ala thai yang ingin menguji sejauh mana keenakannya, jangan segan jangan malu....sila lah cuba ok.

Menurut chef lagi, kalau nak lagi pedas....sewaktu menumis tambahkan sedikit cili mesin atau tambahkan saja dengan hirisan cili api....mesti kaw kaw nyer pedas....



IKAN KEMBUNG BERSOS THAI
source : Iza Akma SSK



Bahan-Bahan :
4 ekor ikan kembung (saiz besar)
1 biji bawang besar ~ hiris
2 biji cili hijau ~ hiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
1/2 cawan sos thai
2 sudu makan sos ikan
4 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit kunyit untuk melumur ikan
sedikit garam untuk melumur ikan dan kuah sos
3 sudu makan tepung jagung + 1/4 cawan air ~ larutkan


Ditumbuk Kasar :
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah



Caranya :

Lumur ikan dengan sedikit garam dan kunyit, kemudian goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.

Tumis bawang besar yang dihiris. Masukkan bahan-bahan tumbuk beserta serai dan goreng seketika sehingga garing dan wangi.

Kemudian masukkan sos Thai, sos ikan, sos tomato, cili hijau dan daun limau, masak sebentar.

Perisakan dengan garam dan pekatkan dengan tepung jagung jika suka.

Sedia untuk hidangan.




1
APAM KELEDEK



.... السلام عليكم


Untuk minum petang semalam iza buat Apam Keledek. Walaupun kelapa tak ada projek apam terus jugak jalan...tak leh tangguh-tangguh dah. Lagipun dah lama tak makan apam ....bila sesekali dapat makan sedapnya. Terdahulu iza dah pernah post resepi Apam Kentang dalam sukatan metrik ( klik lah sapa nak tengok detail ya...). Tapi yang ini dalam sukatan cawan....kalau tak silap daripada Yatie.




Jika diamati, resepi apam keledek ni dengan apam kentang tu sama aje kerana menurut Yatie, dia telah olah gantikan kentang dengan keledek. Dari segi rasa kedua-dua apam ni memang kelass....sedap, gebu, apamnya yang lembut dan punya rasa yang tersendiri. Makan macam tu tak payah kelapa pun tetap sedap...



APAM KELEDEK
source : Iza Akma SSK



Bahan A:
3/4 cawan gula pasir
200 gm air
1 helai daun pandan

- Masak semua bahan A sehingga gula hancur. Sejukkan.


Bahan B :
1 cawan keledek oren rebus
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
250 gm santan
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna oren (jika perlu)



Caranya :

Kisar keledek rebus bersama santan hingga halus. Ketepikan.

Satukan tepung beras, tepung gandum, yis, baking powder dan garam. Kacau rata.

Setelah sirap di bahan A sejuk, satukan dengan santan. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga adunan sebati dan tidak lagi bergentel. Perap selama 1 jam.

Sapu minyak pada acuan-acuan kecil yang disukai.

Sudukan adunan ke dalam acuan yang disediakan dan kukuskan selama 15 minit. Jika gunakan loyang besar, kukus selama 40 minit.

Sajikan apam bersama kelapa parut.


Yang ni pulak asingkan sedikit adunan dan tambahkan coklat emulco....
Kemudian sudukan dalam acuan secara berselang-seli dengan adunan asal. 
Nak warnakan dengan warna lain pun boleh....suka suka hati lah nak letak warna apa suka. :)



9
KARIPAP APAM DURIAN



.... السلام عليكم


Bila sebut saja durian, semestinya fikiran segera ingatkan Durian Crepe (DC) yang tengah hot meletop sekarang. Seakan satu fenomena pulak....sana sini orang sibuk tak henti-henti mengcrepe. Kalau buka mana-mana blog masakan,  mesti ada DC ni. Rasanya jangan cakaplah....sudah tentu-tentu sedap. Kalau tak masakan mereka yang ambil tempahan DC ni tak putus-putus terima order....sampai boleh buat duit tau. 3 keping crepe jer dah rm5....belum lagi 10, 20 keping....ye lah takat beli 3 keping mana nak cukup lebih-lebih jika penggemar durian.

Bahang DC ni tak terhenti setakat itu jer. Jika lihat di fb, untuk crepenya saja macam-macam versi ada....ada yang guna sejenis tepung, 5 jenis tepung, 7 jenis tepung....tepuk dada tanyalah hati....versi mana yang jadi pilihan....ya tak. Itu baru crepe belum lagi filling. Selain durian, timbul pulak filling-filling yang lain....ada jagung, mangga, oreo, peach, blueberry dan macam-macam lagilah dengan warna crepe pun berbagai-bagai ikut tema filling. Haiiih....dah macam-macam selera orang sekarang kan. Zaman-zaman akan datang tak tau ler macam mana....entah apa lagi pulak.




Lepas buat Serimuka Durian hari tu, ada lebihan durian lagi. Iza frozenkan supaya jangkahayat durian tu boleh bertahan lama. Kekadang tu mana pisang yang tak habis pun iza frozenkan....at least terselamat daripada membazir. Bila nak guna, just keluarkan dan biarkan sekejap pada suhu bilik.

Setakat ni virus mengcrepe belum lagi lah terjangkit kat iza. Tapi tak tau lah esok-esok....ntah-ntah lagi lebih-lebih kot....hihihi. Jika teman lain sibuk dengan crepe....iza buat kuih yang simple ni aje petang semalam....Karipap Apam dengan inti kastad durian.  Karipap apam ni asalnya resepi Apam Perlis ambil daripada WendyinKK. Untuk kastad duriannya pula daripada KWan.

Bila apam ni berpadu dengan durian dalam mulut....wauuu!! tak boleh nak kata apa lagi....memang best....sedap sesangat. Tq to both of you.



KARIPAP APAM DURIAN
source : Iza Akma SSK



Bahan Untuk Bater :
150 gm tepung gandum
250 gm air / jus pandan
1 peket kecil (4.3gm) Eno fruit salt
sedikit pewarna hijau


Campurkan tepung dengan air/jus pandan. Kacau hingga menjadi adunan bater yang halus. Tambahkan pewarna hijau. Masukkan Eno (ketika ini adunan akan kelihatan berbuih), kacau sebati hingga buih-buih menghilang. Ketepikan untuk selama 15-25 minit.

Panaskan kuali leper dengan api yang perlahan. Ratakan sesenduk kecil adunan, layangkan atas pan agar adunan itu membulat. Bila saja permukaannya masak dan kelihatan gelembung-gelembung kecil, angkat. Ambil masa anggaran 2-3 minit...jangan masak terlalu lama dan tak perlu diterbalikkan.

Selepas diangkat, terus letakkan pada acuan karipap dan masukkan inti durian. Jika perlu sapukan sedikit minyak pada gigi acuan agar mudah dikeluarkan.

Ulangi sehingga habis.
 

INTI KASTAD DURIAN

120 gm susu sejat
130 gm susu segar
1 sudu besar (10gm) tepung kastad
1 sudu besar (10gm) tepung jagung
2 sudu besar gula pasir
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
150 gm isi durian


Larutkan tepung jagung, tepung kastad, susu sejat dan susu segar hingga rata.
Satukan dengan bahan-bahan lain di dalam periuk. Masak hingga inti menjadi kental. Sejukkan dahulu sebelum diisi ke dalam dadar apam tadi.
intinya yang creamy....cair di mulut




3
AYAM MAHARANI / MAHARANI CHICKEN



.... السلام عليكم



Marvellous...!!


AYAM MAHARANI
recipe by Asmah Laili
source  : Treat & Trick
tested  : Iza Akma SSK



Bahan-Bahan :
1 ekor ayam – potong kecil, cuci dan toskan hingga kering
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam

Bahan Kisar A :
5 biji bawang besar
10 biji cili hijau
5 biji cili merah
1 biji tomato ~ buah tomato ni iza cincang jer
2 sudu makan tomato puree
1 inci halia
8 ulas bawang putih
2 sudu makan rata rempah kari daging
1 sudu kecil garam masala ~ iza buh 2 sudu kecil

Bahan Kisar B :
1/4 cawan yogurt
1/4 cawan santan kotak
1 cawan air
10 biji kacang gajus

Bahan C :
2 helai daun bay
1 inci kayu manis
5 biji buah pelaga
½ cawan daun pudina
½ cawan daun ketumbar
garam
secukupnya minyak untuk menumis
** iza tambah 2 sudu kecil gula perang dan gula pasir secukup rasa

Bahan Hiasan @ Tabur :
segenggam bawang goreng
sedikit daun ketumbar


Caranya :
Ayam digaul dengan kunyit, lada hitam dan garam dan digoreng. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis daun bay, kayu manis dan pelaga hingga wangi.
Masukkan bahan kisar A dan tumis hingga hampir garing dan naik bau.
Tuangkan campuran bahan kisar B, daun pudina, daun ketumbar dan garam. Kacau rata dan biarkan mendidih. Tambah air jika terlalu kering.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api yang perlahan hingga ayam empok dan naik minyak.
Padam api dan tabur daun ketumbar dengan bawang goreng (ramas sebelum ditabur). Jangan digaul. Kacau rata sebelum dihidang.




2
BUTTERSCOTCH BLUEBERRY FINGER BUNS



.... السلام عليكم





BUTTERSCOTCH BLUEBERRY FINGER BUNS
source  : Rosmarlina @ jintanmanis.com
tested  : Iza Akma SSK



Bahan-bahan :
370 gm tepung roti (high protein flour)
80 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung / skim milk
1 sudu kecil butterscotch / esen vanila
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40 gm @ 2 sudu besar shortening / butter / marjerin
1/2 sudu kecil garam
6 gm atau 2 sudu kecil yis
160 ml susu suam / air suam
4 sudu besar water roux / 1 sudu kecil bread softner / bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula

Topping :
sedikit blueberry filling yang dimasukkan dalam plastik bersih dan gunting hujungnya supaya senang untuk dijalurkan atas bun nanti

Egg Wash @ Gliss :
baki telur + 1 sudu besar air + beberapa titik esen vanila



Caranya ( Doh Roti) :

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan memanjang, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan jalurkan dengan blueberry filling, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.

Selamat Mencuba.