1
AYAM MASAK MALAYA



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Pernah dengar nama Ayam Masak Malaya? Saya pun ini pertama kali dengar. Unik kan bunyinya. Sebabkan unik itulah yang menggamit saya untuk mencuba. Mana tau sedap..... boleh jadi juadah harian. Resipi ni saya ambil daripada Fb Mamak Haji. Menurut cerita Mamak Haji, Ayam Masak Malaya ini juga dikenali dengan nama Malaya Chicken di Chennai, India Selatan. Resipi ini sebenarnya seperti ayam masak serai cuma bezanya ditambah dengan serbuk ketumbar dan jintan manis. Ramai yang tidak mengenali masakan ini kerana generasi baru kini dah lupa dah resipi ni. Amat sesuai dipadankan dengan kerabu nenas-timun dan nasi putih atau nasi lemak.



Memandangkan ahli rumah tak ramai, saya masak 1/2 resipi aje dalam 10 ketul ayam. Saya buat penambahan sikit..... tambah dua genggam kismis kuning. Separuh dimasukkan dalam masakan dan separuh lagi dikisar dengan 1/2 cawan air. Kalau rasa-rasa pekat sangat tambah lah sedikit air. Samada nak pekat atau tidak bergantung ikut citarasa. Pada saya, rasa Ayam Malaya ini ada ala-ala ayam masak merah.

Masa shoot tu macam mana boleh terlupa pulak nak tabur gajus padahal gajus dah goreng dah awal-awal..... cuma tabur bawang goreng aje untuk hiasan sebab daun ketumbar pun takde stok..... jadilah daripada kosong tak berhias.



Resipi AYAM MASAK MALAYA
by Iza Akma SSK
adapted from Mamak Haji



Bahan-bahan: (10-12 orang) :
1 ekor ayam ~ potong 16
2 keping asam keping
2 batang serai ~ dititik
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil garam masala
1 cawan santan pekat atau susu sejat
Garam dan Gula pasir secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar @ Pes :
4 batang serai
2 labu bawang merah sederhana besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering (cari yang kerinting) ~ rebus dulu
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan Tumis :
1 batang kulit kayu manis
7 biji cengkih
3-4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 labu bawang merah ~ hiris

Caranya :
Lumur ayam dengan garam dan kunyit dan goreng separuh masak.
Panaskan minyak. Masukkan hirisan bawang diikuti dengan rempah 4 sekawan.
Setelah rempah keluarkan aromanya, masukkan bahan pes. Biarkan sedikit garing, masukkan ayam, serai dan asam keping.
Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan garam masala. Biarkan goreng sehingga kering dan naik minyak.
Kecilkan api, masukkan santan pekat. Kacau rata. Bila sambal anda mula mendidih, masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
Masakan anda telah siap, hidangkan dengan daun pudina atau daun ketumbar dan bawang goreng dan buah gajus. Sesuai makan dengan nasi putih dan terbaik dengan nasi lemak (sebab itu mamak haji potong ayam seekor 16)

6
TERIMA KASIH AROMA FEBRUARI 2014....



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Yang dinanti dah tiba. Genap 3 tahun Aroma di pasaran kini Majalah Aroma tampil berwajah baru. Inilah dia Majalah Aroma Edisi Februari 2014 yang baru keluar dan telah pun berada di pasaran.




Hari ni saya sekadar berkongsi berita gembira bila hasil masakan yang telah saya cuba selama ini telah terpilih untuk dikongsikan dalam Majalah Aroma bagi keluaran Feb'14 ini. Rasa sangat terharu dan bersyukur di atas peluang yang diberikan oleh Aroma. Peluang yang amat saya hargai terutamanya Singgahsana Kitchen. Macam-macam perasaan dirasa bila pertama kalinya saya dihubungi oleh wakil media Majalah Aroma, En Faris Elazhar melalui email pada pertengahan December lalu. En Faris meminta saya untuk berkongsi beberapa menu masakan berserta gambar untuk dimasukkan ke dalam Majalah Aroma.

Ingatkan mudah masuk majalah rupanya ada homework yang perlu dibuat. Ambil masa jugaklah untuk kumpulkan resipi-resipi, selongkar balik gambar-gambar dalam folder..... tak cukup dengan itu kena buat karangan lagi. Saya anggapkan ianya rezeki 2014 yang sekaligus juga merupakan hadiah for my birthday next month. Kata orang rezeki jangan ditolak sebab kita tak tahu mungkin peluang yang datang itu cuma sekali. Jadi saya lakukan semua itu dengan senang hati dan syukur dapat dibereskan.



Alhamdulillah.....
Inilah 13 resepi yang tersiar dalam Majalah Aroma bagi edisi Feb'14 ini khas untuk tatapan semua pembaca Aroma. Kesemua resepi dah pernah saya kongsikan di dapur maya ini kecuali 5 resepi yang masih belum saya publish lagi.










Jutaan terima kasih sekali lagi buat Majalah Aroma kerana sudi melamar Blog SSK. Terima kasih juga pada semua team work Majalah Aroma yang terlibat dalam pembikinan terutama sekali kepada Editor majalah Aroma Puan Siti Dimiati dan juga En. Faris Elazhar yang sudi memberikan peluang, ruang dan kepercayaan kepada saya untuk menyumbangkan resepi buat tatapan pembaca majalah Aroma. Harapan saya walaupun masih baru di pasaran, Majalah Aroma akan terus bersaing berkembang maju seiring dengan lambakan majalah-majalah lain yang terlebih dulu dikenali. Akan terus mendapat tempat di hati pembaca dan membuka dimensi baru dalam perkongsian pelbagai menu yang mampu menambat selera dan citarasa pembaca.

Jangan lupa dapatkan AROMA FEBRUARI di pasaran sekarang dengan wajah baru!




6
BLUEBERRY YOGHURT MUFFINS



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Dah sekian lama pendam resipi akhirnya dapat juga buat muffin ni. Sekurangnya taklah kempunan..... merasa la jugak. Punya lah lama tertunda pasalnya blueberi fresh tak ada. Bukan tak ada jual..... ada..... cuma yang membantutkan tu regenya. Sepeket kecil aje kat tesco hampir rm20..... aiyoyo mahal giler. Baik rm20 tu buat beli ayam dapat jugak seekor besar tak pun empat lima keping ikan salmon..... puas makan.




Nak dijadikan cerita ahad lepas jalan-jalan Genting Highlands. Mak aiiih teramat sejuknya kat puncak tu walaupun tika itu dah 1 petang. Sebelum tu ada terbaca status kawan-kawan kat fb kata mereka di Cameron suhunya mencecah 14 celcius. Ishhh biar betul..... takkanlah kat cameron sesejuk itu. Lepas alaminya sendiri di genting..... mungkin betul lah cameron 14C sebab genting suhu 16C pun dah rasa macam nak beku.....naik kebas jari jemari menahan sejuk, pandangan sekitar pulak penuh kabus..... tak nampak view apa pun..... mana taknya jarak penglihatan anggaran 50 meter..... nak nampak macam mananya.




Habis santai-santai, dalam perjalanan turun tu singgah Mini Cameron yang banyak menjual sayuran antaranya sayuran segar hidroponik, strawberi dan terjumpa la kat situ buah blueberi..... tengok rege rm10 sepeket..... beli..... ok lah, tak semahal tesco. Selain blueberi beli juga salad hidroponik yang warna hijau dengan salad warna merah-merah purple sebab geram tengokkan kesegarannya..... rege satu rm3.50, tiga rm10..... boleh pluck sendiri mana suka. Paling suka dapat beli cendawan tiram jenis Pearl Oyster (putih) dengan Grey Oyster (kelabu) yang baru dipetik masih fresh lagi. Saya dan anak-anak memang peminat cendawan. Dari apa yang penjual tu bagitahu rasa antara dua cendawan ni tak sama..... jenis pearl tu rasanya agak manis dan grey tu rangup dan jenis grey tu lah yang sesuai untuk dibuat goreng tepung. Harganya ok, tak mahal..... kiranya harga mampu milik. Lagipun sekarang ni semua harga barangan makanan naik. Kitalah yang kena bijak membuat pilihan..... tak guna beli harga mahal tapi kualiti zero.




Disebabkan buah blueberi dapat satu cawan jadi saya doublekan resipi di bawah. Kebetulan dalam petisejuk ada dua tub kecil yogurt, satu plain dan satu lagi perisa blueberi. Bila saya timbang, satu tub tu 130gm, dua dah jadi 260gm sedangkan resepi memerlukan 120gm untuk satu resipi..... ada lagi baki 20gm. Dah alang-alang tinggal saya habiskan dua tub tu sekaligus. Masa sedang dibakar harum semerbak baunya. Saya suka follow resepi muffin di blog Florence sebab gerenti jadi dan hasilnya tidak pernah mengecewakan..... sedap. Sebelum ada blog dah banyak saya cuba resepi muffin dia tapi sebab masa tu tak terlintas pun nak berblog tak ada lah nak snap foto bagai..... buat untuk makan jer. Untuk dua resepi ni dapat 26pcs menggunakan muffin cup size(S).

Resipi BLUEBERRY YOGHURT MUFFINS
by Iza Akma SSK
source : Florence @ Do What I Like



Bahan A :
145 gm tepung naik sendiri
1/2 cawan buah blueberi segar ~ basuh dan keringkan dengan paper towel

Bahan B :
1 biji telur (dipukul ringan)
55 gm gula kastor
60 gm butter cair
2 tbsp susu segar
120 gm yogurt plain
1/2 tsp esen vanilla

Caranya :
Satukan bahan A bersama. Ketepikan.
Satukan semua bahan B dalam sebuah mangkuk adunan
Masukkan campuran A ke dalam B dan kaupbalik adunan cukup sekadar sebati.
Sudukan adunan ke dalam acuan muffin sehingga 85% penuh.
Bakar pada suhu 190C selama 20-30 minit atau sehingga masak.
(Untuk oven saya, sebelum mula mengadun saya panaskan oven suhu 170C selama 30 minit dan saya bakar muffin dalam 25 minit dengan suhu 160C-165C menggunakan api atas dan bawah with fan).




5
GULAI SIAM IKAN TENGGIRI



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Petang semalam berkesempatan melihat demo masakan oleh Chef Sabri, bergandingan dengan Irma Hasmie di Bukit Indah Ampang dalam Karnival Cinta Muhammad sempena MaulidurRasul. Selain demo, Chef juga turut menjual buku masakan beliau yang terbaharu, Menu Sihat Inspirasi Rasulullah. Saya tak lepaskan peluang membeli. So far dah dua buku masakan Chef Sabri dalam koleksi. Bagus isi kandungannya..... meneroka keajaiban makanan sunnah. Saya tertarik dengan dua tips kesihatan daripada buku ini.

Tipnya, selepas waktu solat subuh, disunatkan untuk duduk bertafakur dan sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa. Cara ini dapat mengelakkan daripada sakit kepala atau migrain. Ini dibuktikan oleh para saintis yang membuat kajian mengapa dalam sehari kita perlu sujud. Para saintis juga menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak mampu dipenuhi darah. Namun, dengan bersujud, darah akan mengalir ke dalam ruang berkenaan.




Lagi satu kebaikan makan menggunakan tangan. Rasulullah mengajar kita makan dengan tangan dan apabila habis makan hendaklah menjilat jari. Nampak seperti kurang manis tapi ada hikmah tersembunyi. Hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan. Malah, kajian saintifik mengesahkan banyak enzim terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda dari yang terdapat dalam air liur. Enzim ialah sejenis alat percerna makanan. Tanpanya, makanan tidak dapat dihadam.

Sekadar ingin berkongsi walaupun mungkin ramai yang dah tahu. Selain tip kesihatan dan kecantikan, buku ini juga turut memuatkan perihal khasiat makanan Rasulullah menurut Al-Quran dan hadith, etika makan dan minum, etika dan petua semasa di dapur, juga beraneka resepi menarik yang boleh dicuba.




Menu hari ini gulai siam. Resepi yang mudah seakan masak lemak cili api. Biasa kalau masak lemak kuning macam ini saya terus lebur jer dalam periuk..... takdenya nak tumis tumis bagai..... memang dah diajar macam itu oleh bonda..... style orang perak. Masak lemak nogori pun sama kan, tak tumis. Tapi versi ini versi tumis. Kemudian ada pulak daun limau yang biasanya hanya saya masukkan jika masak lemak ayam atau daging. Tapi kali ini buh daun limau dalam gulai ikan. Apapun kami sekeluarga suka gulai siam ini. Sesekali ubah selera sedap jugak..... aroma kuahnya harum sekali. Lagipun ikan tenggiri ni memang versatile..... masak apa pun pasti sedap.

Resipi GULAI SIAM IKAN TENGGIRI
by Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
500 gm ikan tenggiri
3 cawan santan
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau dibelah dua
Terung pipit
Belimbing buluh
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Dikisar Halus :
10 tangkai cili kering (sy bubuh 2 sdm cili kisar)
10 biji cili api (sy ganti 8 biji cili merah)
1 tsp lada hitam
5 batang serai
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan bakar
2 cm kunyit hidup


Caranya :
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sambil dikacau selalu.
Masuk ikan, terung pipit, daun limau, biarkan mendidih.
Selepas itu masukkan belimbing dengan cili hijau yang dibelah dua. Rasakan garamnya. Biarkan gulai sehingga pekat atau ikut kepekatan yang diingini dan naik minyak.
Angkat dan sajikan bersama nasi putih.

 
Chef murah hati bagi harga diskaun, dah tu dapat signature lagi.
Dulu beli buku Chef Wan dapat signature Chef Wan kali ini Chef Sabri.....
Tu yang mahal tuuu.....



2
APAM BELANDA



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Baru bulan lepas kita dikejutkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Sabah. Kejadian yang hampir serupa juga berlaku di selatan New Zealand apabila tv3 melaporkan dalam beritanya semalam lebih 40 ikan paus ditemui terdampar di sepanjang pantai di Golden Bay. 12 ekor daripadanya dipercayai mati secara semula jadi manakala selebihnya terpaksa disuntik mati selepas sulit untuk dihantar pulang semula ke laut kerana pelbagai halangan seperti keadaan ombak dan cuaca. Kejadian ikan naik ke darat dalam kumpulan yang besar ini bukanlah sesuatu yang pelik untuk difikirkan. Apa pun semuanya ini merupakan sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah yang memberi peringatan kepada kita bahawa dunia ini semakin menuju ke pengakhirannya. Tiada yang mustahil bagi-Nya kerana bukankah Tuhan itu apabila menghendaki maka segala sesuatunya akan terwujud? Bukankah apabila Tuhan berkata kun (jadilah) fayakun (maka jadilah)? Dunia sudah semakin singkat.....




Okay berbalik pada menu. Sekali tengok ada iras kuih bahulu kan..... tapi sebenarnya bukan.
Ini lah dia Apam Belanda. Pernah buat dua kali sebelum ini. Dek terbayang-bayang akan rasanya yang sedap lemak-lemak gitu maka terjadilah kuih ini untuk kali ketiga petang semalam. Kuih ni agak tawar jadi memerlukan inti manis sebagai pelengkap rasa dan terpulang nak bubuh inti apa pun sesuai selera. Saya guna acuan bahulu, masak atas dapur..... selepas isiannya ditutup dengan adunan.... ambil tudung periuk yang sesuai dan tutup acuan tersebut supaya kuih cepat masak. Memasaknya perlu sabar..... api tidak boleh besar sebab kuih mudah hangus.

Tak nak bebel panjang-panjang. Sekarang ni tak boleh dah lelama depan lappy..... tahu tahu ajer lah kan..... letrik naik semuanya naik. Seperti jenaka UAI, kat malaysia ni semuanya naik, tak ada yang turun-turun..... yang turun, hujan..... hikhikhik.



Resipi APAM BELANDA
by Iza Akma SSK
source : Hana's Family



Bahan-Bahan :
250 ml susu cair
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
40 gm gula halus
1 sudu kecil yis
2 biji telur
60 gm mentega ~ cairkan
secubit garam

INTI - coklat chip.


Caranya :
Satukan semua bahan kecuali susu dan telur dan gaul rata.
Pukul telur guna garfu sekejap. Masukkan ke dalam tepung beserta susu cair. Kacau sebati.
Rehatkan adunan selama sejam. Tutup dengan kain atau plastik wrap.
Kemudian masukkan butter yang dcairkan tadi dan gaul semula sebati.
Panaskan acuan ( kuih cara atau bahulu ) dengan butter atau minyak.
Sudukan adunan dan masukkan isi inti kegemaran. Tuang lagi adunan agar menutupi isiannya.
Bila sudah masak, angkat.


2
APPLE PANCAKES with CUSTARD SAUCE



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Jumaat tiba lagi.... Jumaat pertama tahun 2014.
Saya tertarik dengan petikan artikel dalam akhbar Sinar hari ini. Izinkan saya selitkan sedikit untuk pengetahuan kita bersama.

Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama adalah Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu disampaikan kepadaku." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami disampaikan kepadamu padahal engkau telah hancur menjadi tanah?" Baginda menjawab, "Sesungguhnya ALLAH mengharamkan atas bumi menghancurkan jasad golongan Nabi." (Sahih, Abu Daud)
Rasulullah SAW tidak mendengar ucapan salam kepadanya. Baginda tidak mengetahui secara langsung apa yang berlaku dalam dunia selepas Baginda wafat. Akan tetapi Baginda menjelaskan selawat dan salam 'disampaikan' kepada Baginda melalui golongan malaikat yang berkeliling di bumi.

Jika inginkan pahala selawat yang paling sempurna, maka bacalah seperti yang kita baca dalam tahiyat akhir ketika solat. Inilah lafaz selawat yang paling sempurna dan tidak ada yang lebih sempurna daripada itu.




Pankek ni saya buat masa cuti tahun baru aritu. Kesian tengokkan buah epal yang dah macam perhiasan kat dalam petisejuk tu. Jadi saya usaha buatkan sesuatu yang gerenti habis punya. Saya memilih untuk buat pankek. Tapi saya tak naklah potong-potong masuk macam tu ajer dalam bancuhan pankek. Saya nak buat sesuatu yang lain. Akhirnya dapat ilham dengan memasakkan epal tersebut seperti buat jem yang kemudiannya diadun sekali dalam adunan.

Inilah hasilnya. Pankek Epal disajikan bersama siraman sos kastad.
Saya sejukkan dulu sekejap sos kastad dalam petisejuk kemudian baru makan bersama pankek. Wallaaah....





Resipi APPLE PANCAKES
by Iza Akma SSK
inspired from Fluffy Pancakes, Allrecipes.com



Bahan-Bahan :
300 gm susu segar*
4 tbsp cuka makan*
* Kedua bahan ini disatukan. Kacau dan biarkan untuk 5 minit. Ini adalah untuk menghasilkan buttermilk. Jika tiada cuka, gantikan dengan jus lemon.

250 gm tepung gandum
2 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp garam
4 tbsp gula pasir
2 biji telur (A)
4 tbsp butter ~ dicairkan
260 gm applesauce (resepi di bawah)


Caranya :
Tepung gandum, baking powder, soda bikarbonate, garam disatukan dan diayak.
Masukkan gula dan applesauce, kacau hingga rata.
Pukul ringan telur dengan garfu, masukkan butter cair dan kacau. Satukan campuran telur ini ke dalam buttermilk yang telah disediakan tadi. Kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair ke dalam bekas berisi bahan tepung. Kacau hingga adunan sebati. Perapkan adunan 10 - 15 minit untuk mendapatkan hasil pancake yang cantik dan gebu.
Panaskan kuali nonstick dengan api yang sederhana panas. Tuangkan sesenduk adunan, biarkan dalam keadaan membulat dan masak hingga keluar buih-buih pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat.
Hidangkan pancake bersama sos kastad.
HOMEMADE APPLESAUCE (my-style)

4 biji epal merah/hijau ~ buang empulur, kulit dan dipotong dadu
400 gm air
1/8 tsp cinnamon powder
2 tbsp gula perang

Masukkan semua bahan dalam kuali. Masakkan hingga mendidih dan epal jadi lembut.
Bila epal dah lembut, lenyekkan hingga halus dalam kuali itu juga tanpa memadamkan api. Setelah epal dilenyek halus, kecilkan api, teruskan memasak sehingga pekat dan airnya kering....seperti memasak inti nenas untuk biskut tat. Dah betul-betul pekat, angkat dan biarkan sejuk.
* Selepas sejuk, timbang anggaran 260gm *



SOS KASTAD

200 gm susu sejat@cair
200 gm air
2 tbsp gula pasir
1/4 tsp esen vanila
2 tbsp tepung kastad
secubit garam

Satukan dan masak semua bahan kecuali tepung kastad dalam periuk. Bila susu dah panas, ambil susu dalam beberapa sudu dan bancuhkan bersama tepung kastad. Tuangkan bancuhan tepung kastad ke dalam periuk berisi susu. Teruskan memasak sehingga kastad memekat.



18
CEKODOK PISANG.... Rangup di luar, Gebu di dalam.


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Apa khabar semua?
Empat bulan lebih atau tepatnya 137 hari dapur maya saya ni tak berupdate. Sepanjang tempoh tersebut banyaklah perkara suka duka pahit manis yang berlaku. Antaranya adalah dua tiga perkara yang menggembirakan saya. Perkara apa tu ehh? Nantilah bila tiba masanya akan saya kongsikan pada semua okay... but not now.

Ini dia cekodok pisang rangup kembali sebagai entri pembukaan 2014 ini. Cekodok pisang ni bukan sebarang cekodok tau. Nampak aja sama macam cekodok pisang lain. Walau serupa tapi tak sama. Biasa cekodok pisang diadun menggunakan tepung gandum. Tapi yang ini special.... ada tepung beras.... jangan tak tahu. Tepung beras itulah yang memberi kelainan pada cekodok ini.... rangup di luar tapi gebu di dalam. Idea menggunakan tepung beras adalah daripada Kak Ita Rohaya. Saya olahkan sedikit sebab nak sesuaikan dengan pisang yang ada sebab pisang tu pun dah nazak sangat dah. Alang-alang buat baik habiskan aje pisang tu.... tak payah nak sebukan kepala pikir-memikir.




Memang ternyata sedap cekodok ni. Ada yang berkenan tak? Rasa-rasa berkenan jangan pandang-pandang jeling-jeling jer.... apakata buat dan sajikan pula pada keluarga anda.
Di bawah ni saya sertakan versi yang telah saya olah dengan yang asal.
Resipi CEKODOK PISANG
by Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
800 gm pisang ~ dilenyek
125 gm tepung beras
125 gm tepung gandum
1/2 tsp soda bikarbonat
3 sudu makan gula pasir (+/- ikut kemanisan pisang)
secubit garam


Caranya :
Panaskan minyak. Sebatikan pisang, tepung gandum, tepung beras, soda dan garam dalam mangkuk adunan. Bila minyak telah panas baru tambahkan gula dan gaul sebati. Adunan dah siap untuk digoreng. Minyak jangan terlalu panas nanti cepat hangus. Sebaiknya goreng dalam kuali non-stick.
Resipi Asal Ita Rohaya :

500 gm pisang ~ dilenyek
80 gm tepung beras
80 gm tepung gandum
1/2 tsp soda bikarbonat
2 tbsp gula (nak tambah pun boleh)


Tips :
- Jangan memasukkan gula pada saat awal mengadun tapi dimasukkan akhir bertujuan merangupkan tekstur cekodok anda.
- Untuk mendapatkan bentuk cekodok yang comel bulat-bulat... lepas masukkan ke dalam kuali, guna sudip gelek-gelek secara perlahan di permukaan cekodok.