5
GULAI SIAM IKAN TENGGIRI



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Petang semalam berkesempatan melihat demo masakan oleh Chef Sabri, bergandingan dengan Irma Hasmie di Bukit Indah Ampang dalam Karnival Cinta Muhammad sempena MaulidurRasul. Selain demo, Chef juga turut menjual buku masakan beliau yang terbaharu, Menu Sihat Inspirasi Rasulullah. Saya tak lepaskan peluang membeli. So far dah dua buku masakan Chef Sabri dalam koleksi. Bagus isi kandungannya..... meneroka keajaiban makanan sunnah. Saya tertarik dengan dua tips kesihatan daripada buku ini.

Tipnya, selepas waktu solat subuh, disunatkan untuk duduk bertafakur dan sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa. Cara ini dapat mengelakkan daripada sakit kepala atau migrain. Ini dibuktikan oleh para saintis yang membuat kajian mengapa dalam sehari kita perlu sujud. Para saintis juga menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak mampu dipenuhi darah. Namun, dengan bersujud, darah akan mengalir ke dalam ruang berkenaan.




Lagi satu kebaikan makan menggunakan tangan. Rasulullah mengajar kita makan dengan tangan dan apabila habis makan hendaklah menjilat jari. Nampak seperti kurang manis tapi ada hikmah tersembunyi. Hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan. Malah, kajian saintifik mengesahkan banyak enzim terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda dari yang terdapat dalam air liur. Enzim ialah sejenis alat percerna makanan. Tanpanya, makanan tidak dapat dihadam.

Sekadar ingin berkongsi walaupun mungkin ramai yang dah tahu. Selain tip kesihatan dan kecantikan, buku ini juga turut memuatkan perihal khasiat makanan Rasulullah menurut Al-Quran dan hadith, etika makan dan minum, etika dan petua semasa di dapur, juga beraneka resepi menarik yang boleh dicuba.




Menu hari ini gulai siam. Resepi yang mudah seakan masak lemak cili api. Biasa kalau masak lemak kuning macam ini saya terus lebur jer dalam periuk..... takdenya nak tumis tumis bagai..... memang dah diajar macam itu oleh bonda..... style orang perak. Masak lemak nogori pun sama kan, tak tumis. Tapi versi ini versi tumis. Kemudian ada pulak daun limau yang biasanya hanya saya masukkan jika masak lemak ayam atau daging. Tapi kali ini buh daun limau dalam gulai ikan. Apapun kami sekeluarga suka gulai siam ini. Sesekali ubah selera sedap jugak..... aroma kuahnya harum sekali. Lagipun ikan tenggiri ni memang versatile..... masak apa pun pasti sedap.

Resipi GULAI SIAM IKAN TENGGIRI
by Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
500 gm ikan tenggiri
3 cawan santan
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau dibelah dua
Terung pipit
Belimbing buluh
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Dikisar Halus :
10 tangkai cili kering (sy bubuh 2 sdm cili kisar)
10 biji cili api (sy ganti 8 biji cili merah)
1 tsp lada hitam
5 batang serai
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan bakar
2 cm kunyit hidup


Caranya :
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sambil dikacau selalu.
Masuk ikan, terung pipit, daun limau, biarkan mendidih.
Selepas itu masukkan belimbing dengan cili hijau yang dibelah dua. Rasakan garamnya. Biarkan gulai sehingga pekat atau ikut kepekatan yang diingini dan naik minyak.
Angkat dan sajikan bersama nasi putih.

 
Chef murah hati bagi harga diskaun, dah tu dapat signature lagi.
Dulu beli buku Chef Wan dapat signature Chef Wan kali ini Chef Sabri.....
Tu yang mahal tuuu.....



5 sweet comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum iza kuahnyer pekat memikat gitew..sedap kalau dapat digaulkan dgn nasik putih aduh...

Gee® said...

Lapar kite....

adda syuhada said...

terliur....

ummiaisyah said...

kawwwnya nmpk gulai tu....misti best ni ada aroma daun limau....sy pon pminat syef sabri!

Anonymous said...

saya yati bru ikuti blog ni..sedap2 terutama gulai siam ni