3
APAM LABU



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Pagi tadi rasa macam nak buat kuih apam. Tapi apam apa entah. Kat dapur, pisang ada..... labu pun ada..... baru beli semalam. Last pilih apam labu lah. Haiishh, buat apam tapi kelapa putihnya pulak takdak. Aahh kelapa takde pun tak kisahlah. Lagi pun dah terbiasa makan apam tak berkelapa..... kadang tu kuih kasui pun makan macam tu jer without kelapa..... small matter lah. Tapi kalau berkelapa lagi bertambah-tambah sedap.




Agaknya kan, kalau hidang lah kat Chef Wan kuih apam takde kelapa ni mau mengamuk dia gamaknya. Macam kes nasi lemak yang disajikan padanya ketika dalam penerbangan ke Bangkok, Chef Wan menggelarnya 'Nasi Lemak Telanjang' sebab hanya ada nasi, telur rebus dan sambal. Manakala timun, kacang serta ikan bilis tidak disertakan. Hehehe..... macam-macam laahaii komplen kalau dah namanya tukang masak. So, jangan buat ala kadar atau cincai kalau nak serve makanan pada mana-mana tukang masak hebat alamat kena kritik kaw-kaw laa jawabnya.

Okay lah jom layan Apam Labu ni. Manisnya..... yang sedang-sedang saja, gebu dan lembut. Cuma ralat sikit sebab tak berapa nak pecah. Takpe lain kali boleh try lagi sampai dapat apam yang molek mekarnya. Sebab saya tak makan dengan kelapa jadi saya tambahkan secubit saja garam dalam bancuhan.



Resipi APAM LABU
by Iza Akma SSK


Bahan A :
1 tbsp yis segera
1 tbsp gula kastor
1 tbsp tepung gandum
60 ml air

Bahan B :
150 gm gula kastor
180 ml air
200 gm labu yang telah direbus ~ lenyek

Bahan C :
200 gm tepung beras
100 gm tepung gandum
1 tsp baking powder


Caranya :
Satukan Bahan (A) dan kacau rata. Biarkan ia sehingga berbuih dan mengembang anggaran 5 minit.
Dalam mangkuk adunan, menggunakan hand-mixer pukul gula dan air (Bahan B) sehingga gula larut. Masukkan sedikit demi sedikit Bahan (C) sambil dipukul sehingga sebati. Kemudian masukkan Bahan (A) yang telah kembang dan pukul lagi hingga adunan menjadi bater yang halus. Seterusnya masukkan puri labu. Perap selama 1 jam atau sehingga naik 2x ganda.
Sapu minyak pada acuan-acuan kecil yang disukai.
Sudukan adunan ke dalam acuan yang disediakan dan kukuskan dengan api besar selama 20 minit. Angkat dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuan.
Sajikan apam bersama kelapa parut.


3 sweet comments:

ummiaisyah said...

rajinnya mengapam...terpikir je terus buat ye....mmg osem!

IZA AKMA said...

@ummiaisyah
itupun sbb heronya, si labu dah siap menunggu ummiaisyah... jika tak berkira2 jugak nak buat.

Gee® said...

Wah! gebus gebas apamnya... comeL lagi...