3
KEK CHOCO MOIST LAPIS CHEESE


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Dengan tersiarnya entri ini maka cukuplah sudah 13 episod resepi yang telah SSK kongsikan dalam majalah Aroma edisi Februari lalu.


Kek ni dah banyak kali buat. Pada saya kek ini memang terasa kecoklatannya, lembut dan moist. Pada siapa yang tak berapa gemar cheese macam saya ni.....tak payah buat pun tak apa. Lapisan cheese tu sebagai penambah seri dan rasa saja.




Lagi pun trend sekarang ni tak kira sajian kek atau dessert semua nak jugak tambah cheese. Sampaikan inti karipap pun dah advance sekarang ni.....ada campuran cheese kat dalam.....haaa jangan tak tahu. Begitulah hebatnya penangan cheese dalam citarasa kita sekarang.

Sampai di sini dulu entri kali ni. Tak larat sebenarnya ni.....tak berapa sihat dari semalam lagi. Tapi pasal tangan ni tak reti duk diam, demam-demam pun digagahi jugak mengupdate. Siapa nak cuba resipi di bawah. Okay, permisi dulu.....nak beradu sat.....



CHOCO MOIST LAPIS CHEESE
by IzaAkma SSK @ Aroma Feb'14


Bahan Untuk Kek Coklat :
80gmserbuk koko
140gmgula kastor
250gmmentega
200gmsusu segar
120gmsusu pekat
125gmtepung gandum
40gmhorlicks
1sudu tehsoda bikarbonat
3bijitelur (gred A)


Bahan Untuk Lapisan Cheese :
250gmcream cheese
100gmcoklat masakan putih
2bijitelur (gred A)
30gmtepung gandum/superfine


Caranya :

Terlebih dahulu panaskan kukusan.

Cara untuk kek :
Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu segar, mentega dan gula ke dalam mangkuk dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar.
Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Campurkan horlick, kacau serata dan ketepikan.
Pukul telur sehingga berbuih (tidak perlu sampai kembang). Masukkan kedalam sebatian coklat tadi dan dikacau rata.
Tuangkan sedikit demi sedikit dalam tepung sambil dikaupbalik dengan spatula hingga adunan rata dan sebati. Ketepikan.

Cara untuk cheese :
Mula-mula cairkan coklat putih secara double boil, ketepikan.
Pukul cheese hingga lembut dan kembang.
Masuk telur dan pukul lagi sehingga sebati dan kembang.
Masuk pula tepung, dipukul rata.
Dan akhirnya, masukkan coklat putih tadi, pukul sehinga gebu.
Bahaikan kepada 2 bahagian.

Cara Melapis :
Bahagikan adunan coklat kepada 3 bahagian. Tuangkan satu bahagian ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
Kemudian lapiskan pula satu bahagian lapisan cheese dan kukus lagi selama 15 minit. Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan digunakan.

Setelah masak biarkan sejuk. Keluarkan daripada loyang dan hiaslah dengan coklat ganache. Penggunaan coklat ganache hanya sebagai pilihan kerana kek ini juga sedap dinikmati begitu saja.

CHOCOLATE GANACHE


Bahan-Bahan :
300gmcoklat masakan (dipotong kecil)
1sudu besarsusu pekat
1/2cawansusu segar/susu cair
2sudu besarmentega
1/4cawanair panas


Caranya :

Panaskan susu segar/susu cair bersama susu pekat dengan kaedah double boil.
Masukkan coklat masakan. Kacau hingga coklat mencair dan sebati bersama susu.
Masukkan air panas dan kacaukan sebentar.
Padamkan api dan masukkan mentega. Kacau lagi hingga mentega cair.
Tuangkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Diamkan pada suhu bilik dan kemudian simpan sekejap dalam peti sejuk.


Nota :
Selepas masak, coklat ganache ini kelihatan cair tapi setelah disejukkan dalam peti sejuk anggaran 1-2 jam ia akan jadi sedikit likat.






3 sweet comments:

adda syuhada said...

mmg sedap..anak2 suka makan..laju ajer

Firzanah Azhar said...

wahh..tengok rupa pun dh tau sedapp..hehe :)

Mayang ABDUL RAZAK said...

APA2 BERKAITAN DGN CHEESE MMG HEAVEN..