5
PULUT ROLL



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Jarang sangat buat pulut panggang. Kalau nak beli aje. Tapi nak dapatkan yang sedap dan betul-betul memenuhi citarasa amat payah. Jika selalu tu beli kali ni buat sendiri pulak lah. Cuma kejadiannya tak lah macam biasa berbalut daun pisang. Ini semua gara-gara tekak dah teringin bebeno..... daun pisang takde..... maka ikhtiar lain kita roll kan saja sama dia. Haa jadi pun..... pulut panggang versi ala-ala gulungan sushi gitew..... gasak..... hahha.....




Kalau original yang balut daun pisang lagi best sebab bila dibakar aroma daun pisang tu akan menyerap ke dalam pulut..... itu yang buat lagi power. Cara ni pun ok jugak..... sedap. Selain gulung saya juga lapiskan pulut bersama inti dalam acuan. Saya sertakan resipi pulutnya dibawah manakala untuk serunding kelapanya saya ulang buat inti cucur badak yang pernah buat dulu.



Resipi PULUT ROLL
by Iza Akma SSK


Bahan Pulut :
source ~ Pn. Norzailina Nordin @ Selera Rasa M&S

600 gm pulut – rendam 8 jam
Daun pandan
200 ml Santan M&S
50 ml air
1 sudu teh gula
Garam

Caranya :
Kukus pulut dan daun pandan selama 15 min.
Satukan santan, air, garam dan gula.
Gaul dengan pulut.
Kukus semula selama 15 min.
Sementara pulut masak sediakan aluminium foil dengan saiz yang bersesuaian.
Setelah pulut masak, ratakan di atas foil. Sesudah itu ratakan inti kelapa di atas pulut dan gulungkan dan mampatkan dengan kemas. Biarkan seketika sebelum boleh dipotong. Proses menggulung hendaklah dilakukan semasa pulut masih panas supaya gulungannya melekat baik.

Untuk penyediaan inti@serunding kelapanya boleh lihat di SINI.


3
PUDING CENDOL GULA MELAKA



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Panas berdeting betul cuaca sekarang ni. Panas-panas begini pekena dengan sesuatu yang sejuk amatlah menyegarkan. Kalau dah sebut sejuk-sejuk tu apalagi jika tidak puding. Kali ni saya sajikan kepada semua pengunjung SSK dengan Puding Cendol Gula Melaka yang lemak manis ni.




Dulu pernah juga buat puding cendol di SINI. Biasa saya akan stick dengan resipi tu tapi kali ni nak berubah angin try resipi lain. Puding cendol macam ni memang famous dan sentiasa dicari-cari oleh ramai orang terutamanya pada bulan puasa.




Buat puding cendol ni tak boleh kedekut santan. Santannya kena betul betul pekat..... baru sedap bila lemak santan berpadu dengan manis gula melaka. Lebih sedap kalau dapat santan fresh. Tapi jika keadaan memaksa pakai saja santan segera yang ada di dapur. Bukan masalah besar pun sebab yang pentingnya cendol..... takde cendol maka tak jadilah puding cendol.



Resipi PUDING CENDOL GULA MELAKA
by Iza Akma SSK
source ~ Puan Norlela Haji Nus @ Gula Hangus



Bahan A :
3 cawan (600ml) air
10 gm serbuk agar-agar
2 cawan (400 ml) santan pekat
150-200 gm cendol
1 tsp garam/secukup rasa
3/4 cawan gula pasir


Campurkan air, serbuk agar-agar dan gula. Masak sehingga mendidih.
Masukkan santan, cendol dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan dalam acuan yang sesuai. Sejukkan sehingga beku.
Setelah beku, cakar-cakarkan permukaannya dengan garfu.


Bahan B :
5 cawan (1 liter) air
10 gm serbuk agar-agar
200 gm gula melaka


Potong kecil-kecil gula melaka agar mudah larut. Masak gula melaka, air dan serbuk agar-agar sehingga mendidih dan gula melaka larut. Tuangkan ke atas lapisan cendol tadi. Sejukkan dalam petisejuk.
Boleh dipotong dan sajikan.


9
APOM LENGGANG



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Tak pernah buat apatah lagi makan and of coz rasa apom lenggang yang sebenar pun tak tahu. Sebelum ni ada baca di blog kawan-kawan tapi habis takat itu aje tak terlintas pun nak buat. Tapi selepas nampak Zalieda Zaliedana post di fb baru-baru ni, baru lah timbul rasa hati nak buat.




Resipi soh guna 3 biji telur tapi saya buat 2 biji jer, kemudian saja suka-suka tambah pandan paste. Saya buatkan apom tu nipis-nipis. Sebabkan selama hidup belum pernah sekali pun makan..... sebaik saja siap masak, ambil sekeping dan rasa. Oooo, begini rasanya apom lenggang. Okay, sedap! Baru-baru masak masih panas, terasa kerangupan di bahagian tepi tapi lembut di bahagian tengah. Walau rupanya tak secantik mana namun rasanya dijamin sedap. Tak sia-sia mencuba.



Resipi APOM LENGGANG
by Iza Akma SSK
source ~ Zalieda Zaliedana



Bahan-Bahan :
2 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi sejuk
3/4 cawan air
1 cawan santan sederhana pekat
1/2 cawan gula
3 biji telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam


Caranya :
Blend nasi bersama air sehingga halus. Masukkan tepung beras, gula, santan, yis, telur, blend lagi hingga sebati. Peram sekurang-kurangnya 1 jam hingga nampak adunan naik.
Bila adunan dah naik, masukkan garam dan kacau sebati. Boleh lah mula di lenggang.

* Kalau apom india ori tak letak yis & telur, tak letak pun takpe. Tapi jika ditambah telur lebih sedap dan bila tambahkan yis, adunan tak perlu ambil masa lama untuk diperam.



3
APAM LABU



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Pagi tadi rasa macam nak buat kuih apam. Tapi apam apa entah. Kat dapur, pisang ada..... labu pun ada..... baru beli semalam. Last pilih apam labu lah. Haiishh, buat apam tapi kelapa putihnya pulak takdak. Aahh kelapa takde pun tak kisahlah. Lagi pun dah terbiasa makan apam tak berkelapa..... kadang tu kuih kasui pun makan macam tu jer without kelapa..... small matter lah. Tapi kalau berkelapa lagi bertambah-tambah sedap.




Agaknya kan, kalau hidang lah kat Chef Wan kuih apam takde kelapa ni mau mengamuk dia gamaknya. Macam kes nasi lemak yang disajikan padanya ketika dalam penerbangan ke Bangkok, Chef Wan menggelarnya 'Nasi Lemak Telanjang' sebab hanya ada nasi, telur rebus dan sambal. Manakala timun, kacang serta ikan bilis tidak disertakan. Hehehe..... macam-macam laahaii komplen kalau dah namanya tukang masak. So, jangan buat ala kadar atau cincai kalau nak serve makanan pada mana-mana tukang masak hebat alamat kena kritik kaw-kaw laa jawabnya.

Okay lah jom layan Apam Labu ni. Manisnya..... yang sedang-sedang saja, gebu dan lembut. Cuma ralat sikit sebab tak berapa nak pecah. Takpe lain kali boleh try lagi sampai dapat apam yang molek mekarnya. Sebab saya tak makan dengan kelapa jadi saya tambahkan secubit saja garam dalam bancuhan.



Resipi APAM LABU
by Iza Akma SSK


Bahan A :
1 tbsp yis segera
1 tbsp gula kastor
1 tbsp tepung gandum
60 ml air

Bahan B :
150 gm gula kastor
180 ml air
200 gm labu yang telah direbus ~ lenyek

Bahan C :
200 gm tepung beras
100 gm tepung gandum
1 tsp baking powder


Caranya :
Satukan Bahan (A) dan kacau rata. Biarkan ia sehingga berbuih dan mengembang anggaran 5 minit.
Dalam mangkuk adunan, menggunakan hand-mixer pukul gula dan air (Bahan B) sehingga gula larut. Masukkan sedikit demi sedikit Bahan (C) sambil dipukul sehingga sebati. Kemudian masukkan Bahan (A) yang telah kembang dan pukul lagi hingga adunan menjadi bater yang halus. Seterusnya masukkan puri labu. Perap selama 1 jam atau sehingga naik 2x ganda.
Sapu minyak pada acuan-acuan kecil yang disukai.
Sudukan adunan ke dalam acuan yang disediakan dan kukuskan dengan api besar selama 20 minit. Angkat dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuan.
Sajikan apam bersama kelapa parut.