6
PUDING MOUSSE SOS KASTARD


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Alhamdulillah hari kedua Ramadhan.

Memetik kata-kata Tuan Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari : " Melakukan satu amalan sunat di bulan Ramadhan sama dengan melakukan satu kewajipan (amalan fardhu) di bulan-bulan yang lain, dan melakukan satu kewajipan (amalan fardhu) di bulan Ramadhan sama dengan 70 kebaikan atau kewajipan di bulan-bulan yang lain."

Ramadhan, Bulan Ibadah..... Bulan Kebahagiaan, hanya ditawarkan Allah SWT sekali setahun buat hambaNya yang dikasihi.

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang." (surah Maryam 19:96)




Hari pertama puasa semalam, info yang saya terima daripada rakan-rakan ada sesetengah tempat cuaca panas dan ada pula yang hujan sedari pagi hingga ke petang. Di Ampang cuaca pada belah pagi agak nyaman tidak panas sehinggalah jam 3 petang langit mula kelihatan gelap menunjukkan tanda-tanda kemungkinan akan hujan. Memang betul dalam jam 4, hujan pun turun mencurah-curah. Nak jalan-jalan cuci mata ke bazar ramadhan maklumlah puasa hari pertama dah kemalasan dek hujan.

Walaupun berpuasa dalam frozen, dessert menyejukkan tekak wajib juga ada.




Resipi ini saya jumpa lepas menyelongkar koleksi majalah lama yang kelihatannya agak menarik untuk dicuba. Asalnya cuma puding mousse tapi saya telah menambahkan lapisan sos kastard sebagai lapisan atasnya. Resipi puding mousse oleh Puan Norzailina Nordin @ RASA Okt 2005 manakala sos kastard daripada DjDayang Jack @ DapurKu Sayang.

Kalau anda perasan lapisan kastad tu ada celoreng warna purple kan. Haa yang purple tu saya bubuh blueberry paste..... saja suka-suka..... dan sebagai penyudah, saya taburkan saja apa yang ada di dapur untuk menceriakan rupa paras puding. Tak ada hiasan pun takpe sebab rasanya memang dah cukup mantap mengancam dah.

Dah tak sabar nak cuba..... Jomm semak resipi.


PUDING MOUSSE SOS KASTARD
by IzaAkma SSK


Bahan Mousse:
450 ml susu segar
120 gm gula pasir
2 biji putih telur
2 sudu teh serbuk agar-agar
1/2 sudu teh esen vanila
Sedikit garam

Bahan A :
1 1/2 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan tepung jagung
120 ml air panas

Bahan B :
1 sudu makan serbuk gelatin
120 ml air panas


Caranya :
Larutkan semua bahan A.
Tapiskan ke dalam periuk, tambah serbuk agar-agar, susu, vanila dan gula pasir. Kacau di atas api sederhana hingga mendidih. Angkat.
Dalam mangkuk kecil tahan panas, larutkan bahan B.
Letak mangkuk dalam periuk air mendidih perlahan, kacau hingga gelatin larut. Campurkan pada puding tadi. Kacau dan ketepikan.
Putar putih telur bersama garam hingga separuh kental. Kaupbalikkan ke dalam campuran puding.
Sudukan ke dalam gelas atau bekas disukai. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau hingga keras.
Bahan Untuk Sos Kastard :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair (saya campurkan kedua sekali, 1 1/2 cwn susu segar + 1 cwn susu cair)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Caranya:
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut.
Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api.
Asingkan sedikit kastad, tambahkan bluberry emulco dengan pewarna ungu secukup rasa. Dan kastad selebihnya tambahkan esen vanila.
Tuangkan ke dalam bekas puding tadi berselang-seli membentuk marble.
Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.


0
DALCA ISTIMEWA ALA MAGHRIBI


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Syaaban akan berangkat pergi dan jirannya, Ramadhan Kareem akan datang berkunjung membawa Rezeki, Rahmat, Keampunan dan Barakah.
Hargai kunjungannya, semoga kita semua beroleh kemenangan, keberkatan dan bersyukur....
In shaa Allah, Aminn.....




Dalca ni ada sedikit kelainan daripada dalca yang selalu saya masak.
Kelainannya pada kacang dhal. Biasanya kalau buat dalca, kacang dhal tu saya rebus hingga lembut dan masukkan macam tu aje dalam. Tapi yang ini menggunakan campuran dhal rebus dengan dhal kisar. Itu yang buatkan hati teruja untuk mencuba.




Menurut Azlina, lebih sedap jika guna daging kambing tapi sebab allergic kambing saya guna daging lembu. Tak perlu kata apa-apa lagi, jomm semak resipi.....


DALCA ISTIMEWA ALA MAGHRIBI
by IzaAkma SSK
source rcp ~ Azlina @ Terminal Hijrah



Bahan-Bahan :
1.5 kg daging kambing/lembu
2 cawan kacang dhal | direbus hingga lembut
3 tangkai daun kari
1 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
5 biji buah tomato | dibelah 2
2 bji terung bulat | dibelah 8
1 batang lobak merah | potong memanjang
3 biji ubi kentang | dibelah 4
10 batang kacang panjang | dipotong 1 inci
1 biji capsicum hijau | dipotong kecil
4 biji cili hijau | dibelah tengah
2 keping asam gelugor
1-2 cawan santan sederhana pekat
Rempah tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih)
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Bahan Hiris :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Kisar :
2 labu bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia (sy guna 1 inci)


Caranya :
Ambil 1/2 bahagian kacang dhal yang telah direbus, kisar hingga hancur.
Panaskan minyak. Tumiskan rempah 4 sekawan, bahan hiris & daun kari sehingga kekuningan
Sementara itu, satukan bahan kisar, serbuk cili, ketumbar, rempah kari, jintan manis & jintan putih. Campurkan sedikit air, gaulkan sehingga jadi pes.
Masukkan pes tersebut ke dalam tumisan, kacau-kacaukan biar sebati dan tunggu hingga agak garing sedikit
Masukkan kacang dhal rebus dan yang dikisar diikuti dengan daging, kacau hingga sebati dengan rempahnya
Masukkan buah tomato dan 1 cawan air. Tutup periuk dan biarkan mereneh sehingga daging empuk.
Masukkan santan, cili hijau & capsicum, kacau lagi, biarkan ia mendidih
Setelah itu, masukkan sayur-sayuran, yang keras dahulu baru dimasukkan sayuran yang lembut pula
Masukkan asam gelugur, garam & gula. Apabila semua bahan sudah sebati masaknya tutup api & sedia untuk dihidangkan.

4
AGAR-AGAR LAPIS KELADI


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Hari ini 14 Syaaban. Alhamdulillah Allah masih memanjangkan usia kita sehingga dapat berada di pertengahan bulan Syaaban ini. Bagi yang ingin mengambil manfaat dari hadis tentang kelebihan amalan pada malam nisfu syaaban, lakukanlah dan tingkatkanlah lebih daripada biasa. Manakala yang merasakan tiada kelebihan dari nisfu syaaban, usahlah mengatakan dengan kalimah yang tidak sewajarnya kepada teman-teman yang berbuat kebaikan. Jadilah kita hamba yang sentiasa berlumba untuk meraih kebaikan disisi-Nya agar hidup ini diberkati dan dirahmati oleh-Nya. (Petikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani)




Semenjak dua menjak ni makin menjadi-jadi komen spam masuk inbox. Penuh inbox dengan komen yang datangnya dari negara mana-mana entah dengan nama anonymous. Ada yang dalam bahasa inggeris, ada yang dalam bahasa yang tak boleh dibaca dan difahami langsung. Lepas tu siap tulis lagi link web dorang soh visit. Nak delete terus sekaligus pun masalah jugak sebab ada antaranya komen daripada pengunjung blog yang termasuk sekali dalam rantaian komen berhantu tu. Jadi satu kerja pulak nak check and delete one by one. Tak tau lah kenapa, sebelum ni tak pulak jadi macam tu. Haiishh, sabo jer lah.




Ada beli keladi haritu tapi tak adalah besar mana. Daripada sebiji keladi tu, dapatlah buat pengat setengah, yang setengah lagi tu dah siap-siap rebus untuk buat something. Antaranya agar-agar ini. Teringin sangat nak merasa agar-agar yang ada bubuh keladi kat dalam. Dah lama duk intai resipi ni akhirnya dapat jugak buat. Tapi yang saya buat ni tak lah secantik Kak Wan buat yang lagi banyak lapisan. Ini jer yang termampu..... hehehe. Takpe lah janji dapat merasa. Sedap Kak Wan agar-agar keladi ni. Buat untuk berbuka bulan puasa pun okay jugak ni..... penyejuk anak tekak.


AGAR-AGAR LAPIS KELADI
by IzaAkma SSK
source rcp ~ Citarasawan



Bahan A (Santan):
15gm serbuk agar-agar
1000ml air
200gm gula pasir
50gm serbuk santan

Bahan B (Keladi):
15gm serbuk agar-agar
800ml air
200gm gula pasir
250gm keladi didadu dan direbus (kisar dgn 200ml air)
Pewarna ungu

Loyang 9" (basahkan dahulu)


Caranya :
Masak bahan A hingga mendidih.
Satukan bahan B, masukkan keladi kisar dan pewarna ungu, masak hingga mendidih.
Tuang agar-agar keladi ke dalam loyang, biar hingga hampir beku. Tuang agar-agar santan ke atasnya, biar hingga hampir beku. Ulangi melapis berselang-seli warna hingga habis.
Untuk mengelakkan agar-agar dalam periuk cepat beku, didihkan air panas di dalam sebuah bekas/periuk, letak agar-agar di atasnya (seperti kaedah bain-marie) atau panaskan dengan api yang paling kecil.


1
CONFETTI RICE PILAF


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Hari ini sudah masuk 12 Syaaban 1435H, bulan kedua penuh keberkatan selepas Rejab. Alhamdulillah.....

Mengikut taqwim Islam 1435H (2014) tak sampai tiga minggu lagi kita semua umat Islam akan menyambut tibanya bulan Ramadan Al-Kareem, bulan rahmat dan barakah yang ditunggu-tunggu oleh kita semua selepas setahun menghilang. In shaa Allah.....

Dalam keterujaan menyambut kedatangan Ramadan tak lama lagi, jangan pula kita lupa akan kelebihan yang terkandung dalam bulan Syaaban ini iaitu pada malam keagungannya, malam Nisfu Syaaban; selepas malam keagungannya Rejab, malam Israk Mikraj yang telah dilewati.


Fadhilat Malam Nisfu Syaaban

Dari Saiyidina Ali r.a, dari Nabi saw bersabda:
Apabila Malam Nisfu Sya'ban maka beribadahlah
kamu pada malamnya dan puasalah pada harinya,
sesungguhnya Allah Taala (MalaikatNya) turun
padanya waktu Maghrib hingga kelangit dunia dan bertanya:
Tiadakah ada yang mahu meminta ampun agar
Aku ampunkannya, Tidakkah ada yang mahu
meminta rezeki agar Aku rezekikan dia,
Tiadakah ada yang terkena Bala bermohon,
agar Aku selamatkan dia. Tiadakah..... Tiadakah.....
sehinggalah terbit fajar.

(Hadith Riwayat Ibnu Majah)


Bersamalah kita gunakan peluang yang ada ini dengan perbanyakkan amalan selain amalan-amalan sunat sementara hela nafas masih Allah pinjamkan. Rebutlah..... kerana kita tidak tahu masih adakah hari esok akan menyapa kita.




Seperti yang dijanjikan, harini saya masukkan satu lagi resipi yang termuat dalam Aroma lalu. Kali ini resipi nasi berperisa yang mana boleh dipadankan dengan lauk-pauk sesuai selera anda. Jomm intai resipi...


CONFETTI RICE PILAF
by Iza Akma SSK
source rcp ~ JC



Bahan-Bahan :
4 cawan beras basmathi
2 kiub pati ayam
2 sudu teh Garlic Salt
2 sudu kecil Lemon Pepper Seasoning
1 labu bawang besar | cincang
6 ulas bawang putih | cincang
4 cawan air
1 batang lobak merah | potong dadu
1/2 cawan lada benggala merah yang didadu
1/2 cawan lada benggala hijau yang didadu
1 cawan lada benggala kuning yang didadu
1 pokok daun bawang | hiris
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak


Caranya :
Rendam beras anggaran 20 minit, basuh dan toskan.
Panaskan mentega & minyak. Tumis bawang besar dan putih.
Dah agak layu dan naik baunya, masukkan bahan sayuran yang didadu, kacau rata. Kemudian masukkan pati ayam dan lemon pepper seasoning, kacau rata.
Masukkan beras dan kacau hingga serata sekejap kemudian terus masukkan air dengan garam. Tanaklah seperti biasa.
Bila dah masak bolehlah taburkan hirisan daun bawang dan peroikan dengan garfu.
Sajikan bersama lauk kesukaan.


Note:
- Boleh juga guna rice cooker. Lepas tumis semua curahkan saja ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
- Lemon Pepper Seasoning boleh didapati di pasaraya. Atau boleh dibuat sendiri dengan campuran 1/2 tsp lemon zest + 1/4 tsp ground black pepper + 1/4 tsp onion powder.
- Garlic Salt juga boleh dibuat sendiri dengan campuran 1/2 tsp garlic powder + 1/2 tsp salt.



2
GULAI BEREMPAH KUNYIT LENGKUAS IKAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Allah datangkan mereka yang pernah mengaibkan kita, memfitnah kita, mengumpat kita, mencemuh kita dengan kata-kata yang kesat, menyakitkan hati, menyamar baik, membuang kita dan akhirnya muncul mahu menyambung kembali tali silaturrahim.

Kita jadi musykil adakah datangnya mereka itu benar-benar ikhlas atau ada udang di sebalik batu. Lalu fikiran diterjah dengan kata hati bahawa inilah saatnya. Saat yang memberi kita peluang untuk membalas atas semua perbuatan mereka menyakiti kita. Di kira itulah masa yang sesuai untuk memulangkan semula paku buah keras yang telah dilontarkan pada kita sebelum ini. Namun tidak mampu dilakukan bila mendengar perkataan maaf berkali-kali diucapkan. Oleh kerana kita ikhlas dan menganggap kemunculan mereka juga adalah ikhlas maka dilupakan segala sengketa lama. Maka bertautlah kembali hati-hati yang pernah renggang sebelum itu dalam ukhwah persaudaraan nan indah.

Itu tandanya Allah masih pedulikan kita, sayangkan kita dan Allah sedang menguji tahap keimanan kita. Perkara yang terbaik harus kita lakukan adalah dengan bersabar, redha, sedia memaafkan dan berdoa pada Allah. Hanya Dia Yang Tahu apa jua yang terbaik dalam aturan-Nya untuk kita. Janganlah mengeluh sebaliknya terima dengan hati penuh syukur.



"Sometimes crying is the only way your eyes speak...
when your mouth can't explain how broken your heart is.
Crying does not mean that the person is weak...
It's because they've been strong for too long. 
When people hurt you over and over,
think of them as sandpaper. 
They scratch and hurt you.
But later, you'll be shining and polished,
while they end up useless. 
Maka diam lebih baik.
Diam menahan sabar sambil mengumpul kekuatan. 
Biar kawan lupa kita, jangan kita lupakan kawan....."





Maaf semua ya..... agak emo sedikit pagi ini. Tapi itulah yang dinamakan lumrah kehidupan yang mana setiap insan di muka bumi ini pasti akan mengalaminya. Pengalaman itu mematangkan kita dalam membuat penilaian.

Sekarang jom beralih ke cerita resipi pula yer. Biasalah blog ni kan ke blog masak-masak so inti patinya lebih menjurus kepada masakan.  Ini semalam punya cerita. Ingat nak masak menu ikan tenggiri so keluarkan lah dari fridge. Tapi no idea nak masak apa. Tunggu punya tunggu idea tak jugak datang..... masa berjalan. Asyik masak yang sama aje jemulah. So blogwalking dari satu blog ke satu blog kot-kot jumpa resipi yang boleh disesuaikan dengan bahan yang ada di dapur.

Akhirnya singgah blog Kak Liza yang gerenti memang semua kenal lah. Baca bahannya..... okay semua ada, hanya satu dua bahan takde..... kecik punya hal sebab boleh adjust later..... tengok pula caranya, emmm..... simple and easy. Nampak macam lauk nasi dagang pun ada. Okay set..... try resipi ni lah..... mana tau sesuai dengan citarasa ku.




Cara saya masak :
- Ikan tenggiri ada 3 keping besar, so saya buh semua (tak taulah beratnya berapa, tak timbang pun)
- Saya pun macam kliza guna rempah gulai cap bunga rose. Saya masukkan anggaran 3 sudu makan penuh  (tak rajin nak timbang)
- Saya guna santan fresh, beli kat pasar sebungkus RM2 (terlupa pulak nak sukat berapa cawan)
- Belimbing buluh takde, buah belimbing@starfruit pun takde. So saya gantikan dengan sebiji buah tomato, nak bagi extra masam selain masam asam gelugor
- Ingatkan ada cili api. Cari punya cari tak jumpa..... baru teringat lupa nak beli weekend haritu. Sudahnya saya gantikan dengan 3 sudu makan cili kisar. (Tapi kalau suka lebih pedas better guna cili api)
- Agak pekat, saya tambahkan sedikit air tapi jangan banyak sangat air nanti cair tak sedap. Gulai ni lebih sedap jika pekat dan terasa asamnya.
- Saya renehkan agak lama iaitu masak dengan api kecil pada step last supaya semua rasa di dalamnya mesra dan masakan akan jadi lebih cantik berkilat. Sebab itu saya tambahkan air ikut keperluan.

❀♡❀♡ Hasilnya yess..... memang secocok dengan selera dan citarasa saya sekeluarga.
Thanks KLiza.


GULAI BEREMPAH KUNYIT LENGKUAS IKAN
by Iza Akma SSK
source rcp ~ Hanieliza@Kak Liza



Bahan A :
500 gram ikan tenggiri
1 paket (35g) rempah gulai cap bunga rose
2 cawan santan
1 batang timun (dibuangkan tengah dan potong kecil)
3 keping asam gelugor
10-15 biji belimbing buluh
5 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):
5 biji cili merah
10 biji cili api
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Caranya :
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar dan rempah gulai sehingga naik/pecah minyak.
2. Masukkan santan dan masakkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, asam gelugor, timun dan garam. Biarkan mendidih lagi dan agak pekat.
4. Masukkan belimbing buluh dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan.

TIP
Boleh tambahkan kacang panjang jika suka.