1
GERANG ASAM DAGING


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Semalam tengok Aroma Tradisi di tv3. Salah satu menu yang ditunjukkan ialah Gerang Asam Daging negeri Melaka. Hanya nama bahan yang dinyatakan tapi sukatan tepat tak ada. Sebab nampak sedap, saya pun ambil kertas pen terus catat ramuan. Bila digoogle memang banyak resipi yang keluar. Tapi saya terberkenan dengan satu resipi tu sebab ramuan hampir-hampir sama.

Dah ramai yang tahu kan masakan apa gerang asam ni. Yang tak tahu tu.....nama lainnya ialah Asam Pedas.




Resipi tu saya guna hanya sebagai panduan, tak follow 100%. Modify sikit ikut bahan yang saya catat. Untuk masakan ni lebih sesuai gunakan daging tetel (yang berlemak-lemak sikit) tapi saya guna daging batang pinang. Ahli rumah ni pulak tak gemar pedas-pedas so saya tak bubuh lada hitam dan kurangkan cili kisar. Siapa yang suka lebih pedas boleh lah tambah lagi cili kisar ataupun lada hitam.




Kalau asam pedas ikan lebih sedap jika kuahnya sedang-sedang, tak pekat dan tak cair. Asam pedas daging ni pulak lebih sedap kalau pekat, di mana kuahnya bersalut dengan daging.....cair tak sedap. Tapi terpulang lah ikut citarasa masing-masing, tepuk dada tanya selera.

Di sini saya sertakan dua versi resipi, satu yang saya olah ikut ramuan seperti dalam Aroma Tradisi dan satu lagi resipi asal dari MyResipi.



GERANG ASAM DAGING
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
500 gm daging batang pinang
2 batang serai (saiz kecil), dititik
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 cawan cili kisar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji ubi kentang
2 sudu makan kerisik
1 cawan air asam jawa (drp segenggam biji asam jawa)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai (saiz kecil)


Caranya :
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar. Masukkan sekali serai yang dititik.
Setelah bahan tumis naik bau, masukkan cili kisar bersama serbuk jintan manis dan putih, serbuk kunyit dan belacan. Goreng sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan kerisik, kacau dan biarkan sekejap.
Masuk pula daging, ubi kentang, daun kunyit dan daun limau. Biarkan masak sehingga kering air daging.
Setelah daging empuk, baru masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Jika tak suka terlalu pekat tambah sikit lagi air tapi jangan terlalu banyak nanti kuahnya cair tak sedap.
Renehkan sekejap hingga terbit minyak dipermukaan. Angkat

source : rizalia @ MyResipi

Bahan-bahan :(bila dah siap masak boleh utk 5 org makan)
600 gram daging tetel (daging yg berlemak sket)
Sebiji bawang besar (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
seinci halia (ditumbuk)
seinci lengkuas (ditumbuk)
2~4 batang serai (diketuk-kalau kecik letak 4)
4 helai daun limau purut
sehelai daun kunyit
Cili kering (bila dah blend jadi 500ml kat belnder tu~4 senduk besar)
1 senduk besar minyak masak
250 ml air asam jawa (drpd segenggam biji asam jawa)
1 sudu teh biji ketumbar, lada hitam, jintan putih, jintan manis dan sebiji buah keras(disangai dan tumbuk kasar)


Caranya :
Panaskan minyak masak, tumis bahan2 yg telah ditumbuk seperti bwg besar, bwg putih, halia dan lengkuas. Masukkan sekali serai yg telah diketuk dan juga rempah ratus yg telah ditumbuk.
Setelah bahan2 tumis naik bau, masukkan pula cili kering yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan pula daun limau purut dan daun kunyit.
Masukkan daging yg telah dibasuh bersih dan biarkan sehingga kering air daging. Jika daging masih belum empuk, campurkan 1 liter air. Biarkan sehingga air menjadi setengah daripada tadi. (menggunakan api yg kecil)
Setelah daging empuk, baru la masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Masakkan ini rasanya masam2 pedas dan juga kuahnya pekat. Jadi semasa memasak selalu la merasanya tahap masamnya ye...
Setelah siap, boleh dihidangkan dengan nasi panas, ulam2, telur asin dan sambal belacan. Selamat Menjamu Selera.



1 sweet comments:

Mayang ABDUL RAZAK said...

mkn dgn nasi panas mmg sedap ni akma