0
GREEN PEA CAKE


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Hello, I'm back.....

Apa khabar semua...?

Lama SSK sunyi sepi. Lepas dicongak, ada lah lima bulan dapur maya ni tak bersiaran. Sesekali jengah jugak tengok kalau ada apa-apa yang perlu dikemaskinikan. Maklumlah blog kalau lama sangat tinggal tak dijenguk, nanti ada pulak iklan yang mana-mana entah datang duk ambil alih menumpang. Dah jadi macam tu problem lain pulak timbul.....jenuh nak bagi clearkan semua.




Ok, entri hari ni ada kena mengena dengan kacang peas.
Sebelum ni dah pernah post entri biskut mazola menggunakan kacang peas@green peas di SINI.
Kalau green peas ni dapat menghasilkan biskut yang super sedap, apakata pelbagaikan penggunaannya menjadi versi lain. Sure sedap jugak kan.

Kita buat kek dengan green peas, Jomm.....




Kek ni sesuai untuk sajian minum petang.

Tepat telahan saya, green peas juga sedap dibuat kek. Kek ada rasa lemak-lemak kacang.
Walaupun ada campuran tepung roti, tekstur kek tetap lembut dan yang penting moist. Buatnya pun mudah sama seperti membuat kek-kek butter yang lain.

Sesiapa yang ada lebihan tepung green peas tu, bolehlah try kek ni.....mana tau menepati selera.....tak cuba tak tau kan. Selamat mencuba!


KEK GREEN PEA
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
180gmbutter
150gmgula kastor
120gmtepung roti@high protein flour
50gmtepung naik sendiri@self-raising flour
50gmtepung green pea
50mlsusu soya/susu segar
3bijitelur
Pewarna hijau (jika suka)


Caranya :
Satukan ketiga-tiga tepung dan ayakkan bersama. Ketepikan.
Pukul butter dengan gula hingga kembang.
Masuk telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga kembang.
Masuk tepung sedikit sedikit, kaupbalikkan hingg sebati.
Masuk susu, gaul rata dan sebati.
Ambil anggaran 2 sudu makan, warnakan dengan pewarna hijau.
Tuang adunan dalam loyang kek yang sesuai. Tompok-tompokkan bahagian atasnya dengan adunan berwarna hijau.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu mengikut suhu oven masing-masing. (saya bakar dengan suhu 150C anggaran 40-50 minit dengan api atas dan bawah+kipas)




0 sweet comments: