0
SIAKAP MASAK TAUCU


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Alhamdulillah, siap masak dah.
Hari ni masak simple je.....Siakap Masak Taucu.
Masak taucu ni semua orang boleh masak kan. Tak payah tengok resipi pun.....potong-potong, hiris-hiris apa bahan yang nak ikut sesedap tangan orang yang memasak then campak dalam kuali.....siap!


Saya ingat lagi petua Sheila Rusly dalam rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan, katanya....jika masak taucu bubuh sos tiram sikit untuk menaikkan rasa lemak. Saya ikut tips sheila sampai la sekarang. Sebelum tu memang tak pernah bubuh pun sebab dulu-dulu dah biasa tengok bonda masak takde la nak bubuh sos tiram bagai. Tapi memang benar, rasa taucu akan lebih bangkit jika bubuh sos tiram.

Masak taucu biarpun senang tapi lain orang lain punya cara masak. Kalau makan kat luar pun, nampak rupa sama macam masak taucu yang selalu kita masak di rumah tapi bila rasa memang beza. Sama jugak resipi Chef Zaidah ni, ada lain sikit tang bahan dan cara masaknya. Nak tau bezanya, jomm tengok resipi.....

IKAN SIAKAP MASAK TAUCU
by IzaAkma SSK
rcp : Zaidah Mohd Noor (Buku Masakan Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul)



Bahan-Bahan :
1 kg ikan siakap/bawal, dibersihkan
Garam secukup rasa
2 sudu besar jus limau nipis
100 gm tepung gandum/tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Minyak masak untuk menggoreng terendam

20 tangkai cili padi, dititik
10 ulas bawang merah, dihiris
5 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai cili merah, dihiris serong
3 tangkai cili hijau, dihiris serong
1.5 cm halia, dihiris
2 batang serai, dititik
2 biji tomato, dipotong 4
100 gm pes taucu (yg ni iza agak-agak je dlm beberapa sudu)
500 ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 labu bawang besar*, dihiris bulat
sedikit sos tiram & air asam jawa *(*iza tambah)


Cara :
Perapkan ikan dengan garam dan jus limau nipis selama 10 minit.
Campurkan tepung dan lada putih. Sapukan pada ikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan cili padi, bahan-bahan hiris serta serai sehingga wangi.
Masukkan taucu dan kacau sebentar. Tambahkan air, garam, gula, sos tiram dan air asam jawa. Didihkan, kemudian masukkan ikan, tomato dan hirisan bawang besar. Kacau hingga sebati.





0 sweet comments: