0
TALAM UBI


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Petang ni saat entri ditulis, di luar hujan lebat.
Cuaca sejuk macam ni perut apalagi mulalah berdondang sayang tambahan pulak tengahari tadi skip makan. Biasa kalau hujan-hujan sedap kalau dapat makan cekodok atau pisang goreng panas-panas. But today no cekodok ya.....


Hari ni terlebih rajin, tu yang buat kuih ni.....Talam Ubi. Lagipun lama rasanya tak menalam.
Dulu masa kecik-kecik kalau apa-apa kuih daripada ubi kayu memang tak pandang sebab sangat-sangat tak suka. Tapi sekarang pantang jumpa, nak-nak kalau ubi rebus.....tak makan nasi pun tak apa.


Kuih talam ubi ni, saya gunapakai dua resipi berbeza.
Untuk lapisan bawah resipi chef Amy Wong daripada buku Aromas of Kuih.
Manakala lapisan atas follow resipi Talam Mak Dara Chef Asma.


Lapisan ubi tu pada saya berlainan sedikit daripada talam ubi lain yang pernah saya makan.
Selalu hanya ubi sahaja tapi yang ni dicampur kelapa parut dengan sago.
Bila digigit kuih ni ada rasa kenyal-kenyal dari sago dan ubi.
Untuk lapisan atas pula boleh adjust/tambah kuantiti gula sesuai ikut citarasa sebab saya ni penawar tak gemar manis-manis. Okay thats all for today.....Adios Amigos!

TALAM UBI
by IzaAkma SSK
rcp : Chef Amy Wong & Chef Asma



Lapisan Bawah :
(A)
450 gm ubi kayu, diparut
100 gm kelapa parut (bhg putih saja)
100 gm biji sago yang telah dimasak
secubit garam

(B)
220 gm gula melaka/merah
50 gm gula
100 ml air
4 helai daun pandan
(Masak sehingga larut & tapis)

Caranya :
Campurkan A dan B.
Sapukan sedikit minyak pada acuan.
Tuangkan adunan ke dalam acuan. Sekiranya menggunakan acuan kecil-kecil, tuangkan adunan hingga memenuhi separuh acuan.
Kukus selama 15 minit dalam kukusan yang telah mendidih. Jika guna acuan besar lebihkan masa mengukus atau kukus hingga masak


Lapisan Atas :
60 gm tepung gandum
60 gm tepung beras
150 ml santan
350 ml air
1 biji telur
1/2 tsp garam
70 gm gula pasir (kalau kurang manis, tambah)
sedikit pewarna oren

Caranya :
Satukan semua bahan dan tapis ke dalam periuk.
Masak hingga naik wap.
Tuang atas lapisan bawah.
Kukus lagi selama 30 minit.





0 sweet comments: