1
AYAM MADU BERSAMA KURMA DAN NENAS


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Hari ini 1 Syaaban 1436H.....pantasnya masa berlalu
Bermakna kita sudah berada di ambang pintu, sudah mulai tercium bau Ramadhan
In shaa Alah, mudah-mudahan disampaikan umur kita ke bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah


Ayam madu ni bukan masak hari ini, bukan semalam, bukan dulu semalam, bukan juga minggu lalu tapi berminggu-minggu yang lalu. Baru hari ini nak letak resipi kat sini.

Excited sangat nak try sebab tengok resipi ada beza dari yang lain. Kebetulan madu, kurma dan nenas memang dah tersedia ada di dapur so apalagi peluang untuk menikmati keenakannya. Tapi resipi ni cuma guna cili merah je tau, jadi tak berapa pedas. Jika suka pedas dan nak lebih pedas, boleh tambah cili kering yang dikisar.


Kalau uolls baca title resipi pun, dah dapat mengagak bagaimana rasa lauk ni, betul tak. Mana tidaknya bila madu dan buah kurma yang manis dengan nenas yang masam-masam manis bergabung dalam satu kuali, dah tentu-tentu lebih mantap kesedapannya sebab ada rasa masam dan manis yang pure daripada bahan semulajadi, tak perlu buh gula lagi dah. Moh ler kita nengok camne resipinyer ye.....

AYAM MADU BERSAMA KURMA DAN NENAS
by IzaAkma SSK
source ~ blogresipi.com



Bahan-Bahan :
5-6 ketul ayam, digaul dengan sedikit garam dan kunyit
Minyak untuk menggoreng ayam

Bahan kisar 1 :
4 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 bawang besar
Sedikir air

Bahan kisar 2 :
5 biji kurma tanpa biji
1/3 cawan nenas dipotong kecil (fresh atau dari tin)
1/2 cawan air

Bahan lain :
1/3 cawan minyak masak
1 sudu besar madu
garam secukup rasa


Cara :
Sediakan ayam, gaul dengan sedikit garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. Ketepikan.
Sediakan Bahan Kisar 1 dan Bahan Kisar 2.
Panaskan 1/3 cawan minyak. Masukkan Bahan kisar 1 dan goreng sehingga pecah minyak.
Masukkan Bahan Kisar 2, madu dan garam secukup rasa. Kacau dan masak sehingga mendidih selama beberapa ketika.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
Siap untuk dihidang.





1 sweet comments:

adda syuhada said...

suka sgt lauk cmni....