3
AYAM MADU


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Biasa kalau pergi majlis kahwin dapat telur atau paling tidak pun gift berupa makanan. Tapi majlis yang saya pergi tu giftnya lain dari yang lain.....maduuu.....belum pernah orang buat bagi madu pada tetamu.....macam lain makna jer. Isian madu untuk sebotol kecil banyak juga, ada la dalam 6 sudu besar. Dah 2 bulan madu tu terletak aje di dapur tak ada seekor semut pun datang hurung. Madu ori kot. Orang kata nak kenal sama ada madu tu ori atau tidak, biarkan saja ia di luar. Kalau tak ada semut yang berkenan itu maknanya ori tapi kalau laju jer semut datang maknanya tiruan. Lagi satu cara, jika madu ori masukkan dalam petisejuk ia takkan membeku manakala yang tiruan akan beku dan membentuk satu lapisan putih di bahagian atas.....kerana yang menjadikannya beku itu adalah gula.

Bila dah ada madu, terlaksanalah dua tiga projek tertangguh. Antaranya, Apam Madu.....apam yang sungguh sedap dan Ayam Madu.....yang teringin sangat nak buat. Ada baki lagi sebotol tu kemudian cerita lah nak buat apa.


Teringin nak buat ayam madu kononnya ala-ala ayam madu Restoran RZ Kg Attap. Nak dapat rasa sama memang tak lah, nak dapat iras-iras pun belum tentu.....berangan lebih. Actually, saya dah kenal kari dan ayam madunya yang sedap tu sejak 1991. Selalu jugak makan kat situ dulu-dulu. Awal-awal tahun 90-an dulu perniagaan dia cuma bawah sepohon pokok besar di Jln Kg Attap dengan bangku dan meja lipat yang hanya boleh dikira dengan jari.....kat situ orang duk makan kat situ jugak lah dia demo masak.....siapa duk makan situ memang boleh tengok live dia masak. Saya pun masa tu sambil makan mata duk perhati cara dia masak kari.....dia masak macam main masak-masak aje.....main campak-campak.....punya lah banyak bawang entah berapa kilo dia guna untuk masak kari saja, satu lagi dia tak guna santan dalam kari tapi susu cair. Speciality dia ayam madu dengan kari kepala ikan....memang power giler. Saya ni bukan lah penggemar kari mamak sebenarnya tapi boleh kalah dengan kari restoran RZ. Siapa yang belum pernah cuba di RZ boleh pergi cuba.....gerenti suka punya.


Saya menderhaka sikit untuk ayam madu ni.....tak goreng ayam dengan tepung seperti disarankan dalam tip. Cuma goreng biasa bubuh bahan rempah. Disertakan dua resipi di sini ya, satu untuk goreng ayam dahulu dan satu lagi untuk sos madu. Apa pun rasa yang tidak menghampakan.....simple dan mudah
AYAM MADU
by IzaAkma SSK
rcp ~ Norasikin Basri @ westernfood.yolasite



Bahan-Bahan Ayam Madu :
6 ketul ayam (iza guna drumstick)
10 tangkai cili kering
1/2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 labu bawang besar (iza guna 1 labu)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 sdb gula
2 sdb madu (iza bubuh 6sdb madu & 2 sdb gula perang)
1 sdt garam
1/2 cwn minyak masak
1 sdb cuka

Cara :
Goreng ayam mengikut cara anda sendiri.(iza goreng ayam ikut resipi di bawah)
Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia sehingga halus.
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Setelah harum, tumiskan bahan kisar. Kacau sehingga cili betul-beul garing.
Masukkan gula, cuka, madu dan garam. Jika terlalu kering, masukkan 1/4 cawan air (iza bubuh 1 1/2 cwn air supaya berkuah) dahulu sebelum dimasukkan gula dan madu.
Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng dan digaul sebati.(selepas masuk air, iza biarkan mendidih dan seimbangkan rasa manis madu dan gula.....bila kuah dah sedikit pekat baru masukkan ayam yang digoreng)
Sedia untuk dihidangkan.


Tip :
Anda boleh menggoreng ayam dengan mana-mana tepung ayam goreng segera yang terdapat dipasaran. Campurkan dengan sedikit rempah kari supaya sesuai dengan ciri-ciri masakan India. Menggoreng ayam dengan tepung yang tebal akan menjadikan ia kembang apabila digaulkan dengan kuah ayam madu. Rasa kuah ayam madu akan meresap dalam tepung.

Harga madu mahal, jadi untuk menjimatkan kos, cukup guna 2 cmb madu dan ditambah dengan gula. Dapatkan madu yang mempunyai warna gelap dengan rasa yang kuat. Kalau dapat, madu yang telah disimpan beberapa tahun. Guna sikit pun dah terasa.

Boleh gunakan serai tetapi jangan sekali-kali dikisar. Tumis bersama rempah penumis. Begitu juga dengan daun kari.

Gula akan membuatkan ayam madu lebih berkilat tetapi gula mudah hangus dan berketul bila bercampur dengan minyak panas. Jadi jangan masukkan gula jika kuahnya kering. Masukkan air terlebih dahulu. Lebihkan air jika ingin ayam madu yang lebih berkuah. Perasakan semua dengan seimbang.
AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH
by IzaAkma SSK
rcp ~ LiNa_Pg @ linapg.blogspot



Bahan-Bahan :
6 ketul ayam
1 kiub ayam atau guna garam & kunyit pun ok
1 sdb rempah kari ayam
1 sdk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk ketumbar
1/2 sdk serbuk jintan manis
Beberapa tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng


Cara :
Ayam cuci bersih.
Lumurkan ayam dengan kiub ayam.
Kemudian lumurkan pula dengan jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
Diikuti rempah kari. Gaulkan sekali dengan daun kari.
Perapkan 30 minit, lagi lama perap lagi sedap.
Goreng hingga masak dengan api sederhana.


Nota:
Sekiranya menggunakan rempah bunga rose, tak perlu letak jintan dan ketumbar. Guna 1 sdm rempah gulai + 1/2 sdm rempah masak bunga rose sudah memadai untuk 6 ketul ayam





0
NASI BERINGIN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Ada beberapa resipi dengan nama sama Nasi Beringin tapi resipi yang berbeza.
Apa pun saya try resipi ini dulu.....yang lain-lain nanti-nanti ya.....ikut turn.

Saya guna beras biasa je untuk masak nasi ni. Warna kuning nasi tak begitu menyerlah mungkin sebab guna kunyit semata bukannya pewarna. Walaupun warna kurang menyerlah tapi rasa cukup menyerlah. Ini lah keistimewaan nasi beringin.....nasi berperisa rempah.


NASI BERINGIN
by IzaAkma SSK
rcp ~ Zaleha Osman
ref ~ rozzan.blogspot



Bahan-Bahan :
1 kg beras Siam, cuci dan tos
1500 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih
4 helai daun pandan
2 batang serai, dititik
150 gm minyak sapi/mentega
1 sudu makan garam

Bahan Rempah :
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
3 cm halia
50 gm badam


Cara :











Bila nasi dah masak, gemburkan perlahan-lahan
dan sajikan bersama lauk pilihan







0
KEK KUKUS PRUNE


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Sebelum ada blog dulu banyak resipi kek buah versi kukus, bakar dan lapis yang dicuba hasil pencarian di internet. Ada yang sukses menjadi sedap tak kurang juga yang failed. Tapi tu la.....lepas cuba, habis kat situ jer.....tak adanya nak snap-snap gambar bagai.....resipi plak ada yang selamat dalam simpanan, ada jugak yang melayang. Ye la masa tu bukan macam sekarang. Sekarang dah banyak kemudahan banyak medium boleh diguna untuk menyimpan resipi berserta sekali dengan gambar. Nanti bila-bila free ingat nak cari dan kumpul balik, buat semula dan simpan dalam sini.....baru tak hilang lagi kot.


Sampai sekarang pun masih dalam misi memburu resipi kek buah yang super duper sedap dan semestinya yang moist. Ada la jumpa tapi simpan dulu. Tunggu masa sesuai buat. Kalau buat tak ada siapa nak makan payah jugak. Nak harapkan ahli rumah ni berapa orang sangat laa. Buat half recipe pun belum tentu seminggu boleh habis. Lagipun yang gemar kek buah ni orang perempuan, orang lelaki tak berapa suka.

Sebelum raya hari tu, anak-anak awal-awal dah cakap tak nak kek buah. Bukannya deme tak makan, makan.....cuma makan keknya aje.....buah dibuang. Tapi oleh sebab dah jadi kemestian setiap raya kek buah wajib ada.....buat jugak.


Saya tukar mixed fruits dengan buah prune. Kejadian kek tetap sedap tak lari dari rasa kek buah sebenar, ada rasa masam manis prune yang penting moistnya tu tetap adaa....Aroma orange daripada orange paste dengan nutmeg menjadikan kek rasa fresh tak jemu di makan. Tika sedang menaip entri ni masih terbayang-bayang lagi keenakan kek buah ni.....rasa macam nak buat lagi.....masa raya hari tu tak puas makan.....

KEK KUKUS BUAH / PRUNE
by IzaAkma SSK
recipe ~ Chef Alinah Binte Ali



Bahan A :
600 gm  Tepung Gandum
454 gm  Butter Tin Golden Churn (iza guna Anchor)
450 gm  Buah-Buahan Campuran (iza ganti buah prune)
450 gm  Badam Cincang (iza abaikan)
400 gm  Gula Timbang Hitam (Dark Brown Sugar)
5     biji  Telur
2     sdt  Orange Paste/Lemon Paste
1     sdt  Cream of Tartar
1     sdt  Soda Bikarbonate
1     sdt  Serbuk Buah Pala (Nutmeg)

Bahan B :
220 gm  Gula Pasir ~ dijadikan gula hangus

Bahan C :
Kerajang Timah (Aluminium Foil)
Tali Rafia atau Getah


Cara :
Gaul rata buah-buahan campuran bersama sedikit tepung gandum agar berderai. Kemudian baki tepung gandum diayak bersama cream of tartar dan soda bikarbonat.

Pukul gula timbang bersama butter sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga rata.

Kemudian masukkan badam cincang dan pukul lagi sehingga rata. Setelah itu masukkan buah-buahan dan pukul lagi sehingga rata.

Perlahankan mixer dan masukkan orange paste atau lemon paste serta serbuk buah pala sambil dipukul sehingga rata. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga habis. Matikan mixer dan biarkan sebentar.

Masak gula pasir sehingga sehingga menjadi gula hangus. Kemudian tuangkan gula hangus ke dalam adunan ketika masih panas lalu dipukul dengan perlahan sehingga rata. Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi selama 1 minit dan terus matikan mixer.

Gunakan loyang 10 x 10 inci persegi. Sapukan butter di sekeliling loyang dan alaskan dengan kertas. Sapukan lagi di dasar loyang dengan butter.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kemudian tutup dengan aluminium foil dalam keadaan tegang. Ikat dengan tali rafia atau gunakan getah di tepi loyang.

Kukuskan selama 4 jam (kukusan hendaklah betul-betul mendidih ketika loyang berisi adunan dimasukkan ke dalam kukusan)

Ketika air kukusan telah surut, tambahkan dengan air panas ke dalam pengukus. Jangan gunakan air paip kerana suhu kepanasannya akan turun mendadak dan akan membantatkan tekstur kek.

Kek akan susut sediki setelah sejuk. Bungkus kek dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam bekas plastik. Jangan masukkan kek ke dalam peti sejuk. Biarkan sahaja di suhu bilik. Kek hanya boleh dipotong pada keesokan hari dan baru boleh dimasukkan ke dalam petisejuk. Teknik begini akan membuat kek lebih berminyak serta basah.

Nota SSK :

- Resipi tidak menyatakan gred telur yang diguna. So saya assume telur gred A kerana lazimnya kek menggunakan gred A. Tapi saya cuma ada gred B. Jadi saya anggarkan telur A lebihkurang 60gm tanpa kulit manakala 50gm untuk gred B. Makanya saya guna 6 biji telur gred B untuk menyamai 300gm @ 5 biji telur yang diperlukan dalam resipi.

- Cari jugak brown sugar yang warnanya lebih gelap tapi tak jumpa. Jadi saya guna brown sugar yang biasa. Tetapi saya ada baca di ruangan komen Fb Chef Alinah, beliau mengatakan boleh guna gula merah yang digunakan untuk buat kuih kaswi. Kemusykilannya pernah juga saya terbaca dalam ruangan yang lain, tidak boleh guna gula merah seperti itu untuk buat kek buah kerana gula merah jenis berat dikhuatiri akan memberi kesan pada kek ataupun buah akan mendap. Apapun jika Chef Alinah dah beri 'green light' boleh guna gula merah mungkin boleh dicuba untuk mendapatkan hasil kek yang lebih gelap.

- Buahan campuran digantikan dengan prune yang dihiris sederhana kasar. Badam cincang saya abaikan.

- Saya juga menambah 1 tbsp 'karamel' ke dalam adunan semasa step memukul butter dan gula bertujuan menambahkan warna. 'Karamel' boleh didapati di bakery.

- Buah tidak mendap, cantik bertaburan

- Selepas 4-5 hari kek jadi semakin lembap








2
KEK LAPIS RED VELVET CHEESE


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Masih lagi dengan entri bersangkutan raya. Cookies dah sudah, giliran kek pulak. Sampai minggu terakhir ramadan pun masih tak plan kek apa nak dibuat untuk raya. Alhamdulillah at last siap jugak 3 jenis kek, itu aje yang termampu.....RVC, Kek Kukus Prune dan Kek Lapis Betawi@Rempah. Itu pun last minute terlintas di fikiran.


Tapi kek lapis rempah tak sempat snap fotonya kek dah habis seawal raya kedua. Sambutan di luar jangkaan. Bukan saja kek, cookies yang bersusun panjang macam gerabak keretapi atas meja pun beransur pendek menjelang raya ketiga. Tak pe lah ada masa lain nanti boleh diusahakan buat kek lapis rempah tu untuk dikongsikan di sini.

Kepada yang baru berjinak-jinak membuat kek lapis, nampak seperti leceh nak buat.....tapi sebenarnya tak seperti disangka.....kek ni mudah sangat buat tak banyak ragam. Tak seperti kek-kek lapis lain banyak step yang kalau salah tekniknya kek jadi kurang elok, kalau menjadi pun kek terlalu berminyak.


Kek RVC ni ramai yang puji sedap. Walaupun hanya menggunakan 5 biji telur, teksture kek tetap moist. No wonder la kek ni cepat lakunya. Kemanisan kek pada saya dah cukup sesuai. Penggunaan mixed berries yogurt memberikan ilusi rasa yang istimewa pada kek RVC ini.....
KEK LAPIS RED VELVET CHEESE
by IzaAkma SSK
recipe ~ Sury Abil
ref ~ Selera Sakura & AlongRoz



Bahan Adunan Merah :
250 gm butter (iza guna Anchor)
175 gram gula kastor
5 biji telur (A)
235 gm Tepung Gandum*
2-3 sudu makan serbuk koko* (*diayak bersama)
150 gm susu pekat manis
1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g)
1 sudu teh ovallette
Pewarna merah

Bahan Adunan Cheese :
500 gm cream cheese
3 biji telur (A)
120 gm gula kastor
Sedikit esen vanila


Cara :
Adunan Merah
Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang.
Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak.
Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan.
Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.

Adunan Cheese
Putar cream cheese sehingga lembut.
Masukkan gula, putar lagi sehingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila, putar sehingga adunan sebati.
Bahagikan kepada tiga bahagian. (iza bahagikan kepada 4 bahagian)

Cara Melapis
Panaskan oven 170-190'C.
Griskan loyang 8 x 8 inci dan alas dengan baking paper.
Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat.
Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese.
3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sampai habis. (iza buat 4 lapis cheese dan 5 lapis adunan merah yang mana setiap lapisnya ada 2 lapisan)



Oven yang saya guna untuk bakar kek lapis


Oven Butterfly kesayangan.....
Beli tahun 2006 selepas berguru membuat kek lapis dengan beberapa sifoo. Waktu itu kek lapis tengah trend. Harga beli tak silap rm90. Itupun last stok cuma tinggal satu unit aje lagi. Walaupun banyak brand lain tapi saya lebih suka brand ni. Saya khaskan hanya untuk kek lapis. Dah banyak jasanya.....Dengan oven inilah saya buat jualan kek lapis. Biarpun kecil tapi boleh muat loyang 9 x 9 inci






0
CRANBERRIES WALNUT CORNFLAKES COOKIES


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Salam 5 Syawal.....
Sebelum meneruskan entri, masih belum terlewat untuk SSK mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Maaf Zahir & Batin kepada semua pengunjung dan pembaca Muslim SSK yang budiman. Semoga Aidilfitri kali ini membawa lebih kebahagiaan dan keceriaan penuh bermakna buat anda semua.

Lepas lima hari beraya baru sempat nak masukkan satu lagi cookies yang tak sempat post sebelum balik kampung hari tu. Resipi ni pun dapat secara kebetulan. Alkisahnya, masa pergi beli bahan buat kuih di Yummy Bangi sebelum bulan puasa hari tu, ada seorang amoi tu duk bagi-bagi cookies suruh customer rasa. Lepas uji-rasa sedap, dengan selamba terus saya tanya resipi. Bukan saya aje yang bertanya.....depa yang lain lepas test rasa pun duk tanya resipi. Amoi tu kata resipi ada, tapi syaratnya kena beli satu tin butter anchor seberat 454gm. Sebab dah berkenan dengan rasa, terus cookies ni masuk list untuk raya.





BISKUT CRANBERRIES WALNUT CORNFLAKES
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
210  gm   Butter (Anchor)
70    gm   Gula Kastor
70    gm   Gula Perang
2      biji   Kuning Telur
240  gm   Tepung Naik Sendiri
100  gm   Cranberries ~ dicincang
90    gm   Walnut ~ dicincang & bakar
200  gm   Cornflakes (Kellogg's)


Cara :
Satukan tepung, cranberries dan walnut. Ketepikan.
Pukul butter, gula & gula perang hingga kembang.
Masuk kuning telur satu persatu dan pukul sebati.
Masukkan campuran tepung, walnut & cranberries, gaul dengan senduk kayu/spatula hingga rata.
Dengan menggunakan sudu sukatan 1/2tbsp, ambil adunan dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes yang dihancur kasar. Golek-golekkan hingga tersalut sepenuhnya dengan cornflakes.
Aturkan dalam dulang pembakar. Bakar dengan suhu 160C selama 15-18 minit atau sehingga biskut menjadi light brown.
Setelah masak, sejukkan atas jejaring (wire rack). Kemudian bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.






0
CHEESY MAZOLA NESTUM


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Dua tangan yang ada rasa macam tak cukup.....sibuk sangat tiga empat hari ni. Nak update blog pun tak sempat. Ni pun baru sudahkan buat kek buah prune. Selepas ini dapur will be close daripada urusan baking membaking.....semua settle dah. Sementara menunggu kek tengah bersauna 4 jam tu ada lah masa sikit update entri biskut yang belum habis post lagi. Nanti petang bersilat semula di dapur siapkan sajian berbuka pulak. Dua tiga hari ni masak lauk biasa-biasa jer nak bagi clearkan saki-baki stok yang ada dalam petisejuk. Apa saja yang ada dalam petisejuk semua tu duit. Jika dibiarkan tak diguna masak samalah ertinya dengan membazir. Bukan bulan Ramadan saja dianjurkan supaya jangan membazir, di bulan-bulan lain pun istiqamah untuk tidak membazir.


Ada dua jenis Mazola raya tahun ni. Mula-mula plan nak buat Mazola Hazel saja tapi bila nampak macam sedap jer mazola nestum cheese di Fb teringin pulak nak buat. Tak apa nama aje sama rasa lain-lain.....satu kacang tanah satu lagi kacang hazel.....kan beza tu. Ikut kata Pn Musainah, resipi ini asalnya kepunyaan seseorang tetapi diolahnya dengan tambahan cheese, nestum, bijan dengan ada sukatan yang ditokok tambah. Masa saya nak buat mazola ini ada sedikit kekeliruan di situ, tak dinyatakan samada nestum perlu dikisar atau tidak. Memandangkan nestum yang digunakan tak banyak cuma setengah cawan saya ambil jalan tengah tak kisar cuma diramas-ramas kasar saja. Lagipun buat biskut ni kita pusing macam manapun biskut tetap jadi. Cuma next time la kan kalau buat lagi saya akan kisar halus dulu nestum tu. So bila gigit makan, smooth la sikit rasa biskut tu. Pendapat saya, kalau tak suka bijan tak payah letak pun tak apa....tapi kalau letak ada rasa lemak-lemak selain rasa lemak-lemak kacang tanah juga memberi seri warna pada rupa paras biskut.


Perlu diingatkan minyak harus dimasukkan sedikit demi sedikit sambil adunan diuli sehingga jadi doh yang lembut. Biskut-biskut saya tahun ni ada satu jer beracu yang lain-lain semua gentel bulat-bulat.....mudah kerja.....cepat siap.....janji sedap.

BISKUT CHEESY MAZOLA NESTUM
by IzaAkma SSK
rcp ~ FB Musainah Yusof



Bahan-Bahan :
1/2 cwn gula halus
1 1/2 - 2 cwn minyak mazola/jagung
1 cwn kacang tanah goreng tanpa minyak & blend
1 1/2 cwn tepung gandum ~ diayak
1/4 cwn bijan putih + bijan hitam ~ tak perlu sangai
1/2 cwn nestum
2 sudu besar cheese cheddar diparut

Cara :
Gaul semua bahan-bahan kering
Masukkan cheese dan gaul sebati
Akhir sekali masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli rata
Canai dan terap dengan acuan kesukaan anda
Sapu kuning telur dan parut cheddar cheese di atasnya
Bakar pada suhu 160C selama 25-30 min


Nota oleh Pn.Musainah :
- minyak boleh ganti dengan butter atau marjerin
- bijan tak perlu sangai, nak basuh pun boleh tapi pastikan kering betul
- 1 adunan dapat lebih kurang 80pcs
- guna cheese cheddar kraft dan parut sendiri
- masa membakar dalam resipi itu anggaran masa saya, oven kita tak sama so kena la kenal oven sendiri






0
AYAM MADU STICKY


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Kejadian Ayam Sticky yang tak dirancang, menu iftar semalam. Tiga empat tahun lepas lagi dah nampak ayam sticky ni duk berlegar-legar dalam blog-blog. Masa tu belum sampai seru nak try. Tapi lepas tengok Sheila Rusly masak ayam sticky dalam Ketuk-Ketuk Ramadan haritu senang aje, timbul rasa nak buat plak. Lagipun bahannya tak remeh semua basic memang ada di dapur. Walaupun saya tak berapa suka kepak ayam tapi kepak ayam jugak saya pilih untuk ayam sticky ni. Dalam tak suka tak suka habis jugak tiga empat ketul ratah-ratah. Anak-anak jangan cakap la feberet deme ni masak ala-ala kicap camni. Simple rupanya masak ayam ni, tak payah nak tunggu sangat.....biarkan dalam kuali cuma sesekali balik-balikkan. Biarpun simple, bahan mudah tapi rasa memukau sedap sangat.


Bila tengok balik gambar terfikir jugak kenapa ayam sticky saya berenang minyak. Saya tengok kawan-kawan buat kering aje macam rupa ayam bakar. Baca balik resipi.....Oohh, terlupa buang lebihan minyak rupanya, main terus tuang aje dalam pinggan hidang.....padan la pun.
AYAM MADU STICKY
by IzaAkma SSK
source ~ hanamemories.blogspot



Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 inci halia muda - parut
5 ulas bawang putih - ketuk
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
2 sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
1 sudu besar sos cili dan sos tomato
3-4 sudu besar madu
1/2 sk lada hitam
1/4 cawan air
garam jika perlu


Cara :
Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar. Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.
Cuma saya ada ubah sikit.....
- Untuk resipi ni saya guna 7 pcs kepak ayam ~ potong dua
- Halia, bawang putih & biji lada hitam ditumbuk kasar ~ bubuh lebih lada hitam sebab nak kan rasa lebih pedas
- Tumis bawang dan lada hitam yang ditumbuk, dah naik bau masuk kepak ayam
- Kacau goreng sekejap lalu masukkan semua bahan sos dengan air, step seterusnya follow resipi
- Bila ayam hampir kering masuk potongan bawang besar & capsisum hijau.



0
BISKUT MAZOLA HAZEL


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Cookies ke-3.....

Ada yang melabelkan biskut mazola biskut dulu-dulu, betul ke? Kalau ya kenapa masih boleh terus bertahan sehingga kini. Tengok rupa memang tak ada rupa simple jer berbanding biskut moden yang dimake-upkan macam-macam. Biar datang biskut moden yang lebih cantik menawan namun biskut evergreen mazola tetap menjadi pujaan hati ramai. Cuba lah tanya siapa-siapa penggemar biskut mazola, pasti jawapan yang diberikan hampir sama. There must be something special bak kata orang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Hanya jauhari mengenal manikam.....Hanya peminat tegar biskut mazola saja tahu akan jawapannya.


Asal biskut mazola menggunakan kacang tanah. Zaman berubah.....
Jika dulu-dulu mungkin hanya ada kacang tanah di pasaran. Tapi sekarang macam-macam lambakan kekacang ada dijual mudah pula di dapati terutamanya di kedai-kedai bakery. Tak payah la saya sebutkan satu persatu di sini lagipun pengunjung yang sedang membaca entri ini sure lebih arif kan pasal nama-nama kekacang ni.


Sebelum ni dah pernah buat biskut mazola menggunakan kacang peas.
Boleh klik Mazola Kacang Hijau.
Kali ni advance sikit menggunakan kacang yang lebih mahal iaitu kacang hazel. Tersenyum puas saya semalam.....rasa cookies yang tak mengecewakan. Satu lagi resipi biskut mazola yang tak rugi untuk dicuba. Mazola kacang hazel yang tak kalah sama sedap dengan mazola asli kacang tanah juga mazola kacang hijau.

BISKUT MAZOLA HAZEL
by IzaAkma SSK
rcp ~ Chef Azli Razali @ SAJI Ogos 2011



Bahan-Bahan :
140  gm   Tepung Jagung
280  gm   Tepung Gandum
90    gm   Gula Aising
210  ml    Minyak Mazola/Jagung
1/2   sdt   Soda Bikarbonat
60    gm   Kacang Hazel ~ dikisar halus
60    gm   Cornflakes ~ dikisar halus
1+1/2 tsp  Pewarna Hijau (jika suka)

Hiasan :
Kuning Telur
Biji Labu Hijau


Cara :
Satukan semua bahan kering dan campurkan dengan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga sebati dan membentuk doh. Rehatkan 20 minit.
Canai doh dan terap dengan penerap biskut. Susun atas dulang.
Sapu permukaan atas biskut dengan kuning telur dan letakkan biji labu hijau.
Bakar 180C selama 15-20 minit. (sila set suhu dan jangkamasa membakar mengikut oven anda)
Cara Iza :
- untuk cookies ni saya kekalkan warna asal tak bubuh pewarna hijau
- saya buatkan bebola dengan sukatan 1 tsp penuh for each ball supaya dapat saiz yang sama besar.....terpulanglah nak saiz besar mana ya
- lepas bulat-bulatkan, leperkan sedikit saja dengan hujung jari
- sapu kuning telur dan letakkan biji labu.

Tips supaya glaze kuning telur nampak kilat.....
- tambah 1-2 titik minyak jagung/minyak masak + sedikit saja susu segar
- kuantiti minyak dan susu bergantung pada banyak mana kuning telur yang digunakan.....tang ni kena agak-agak ya supaya kuning telur tak cair pulak




5
KUIH TEPUNG PELITA yang sedap


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Tepung Pelita vs Tako.....??

Tako dessert orang Thai manakala Tepung Pelita kuih tradisi melayu Perak. Tapi orang Perak tak panggil tepung pelita, deme panggil kuih Limas atau loghat peraknya Limeh/Limah. Walaupun rupa kedua-dua kuih ini sama mempunyai dua lapisan hijau dan putih tapi sebenarnya tidak sama sama sekali. Perbezaannya ialah penggunaan jenis tepung, bekas untuk isian kuih dan bagaimana ia dimasak.


Tepung pelita tradisi, lapisan hijaunya menggunakan tepung beras ada juga yang guna tepung gandum tapi lebih sedap guna tepung beras.....diadun dengan santan cair bersama jus pandan dan kapur makan tanpa gula. Lapisan atasnya pula, tepung beras yang diadun dengan santan pekat dan diberi perasa sedikit garam. Kedua adunan ini bukan dimasak atas api terlebih dulu tapi terus dikukus dalam daun pisang yang dibentukkan persegi atau dipanggil 'sampan'.....dibubuh sedikit gula pasir pada dasar sampan, tuangkan lapisan hijau dan kukus sehingga masak.....then tuangkan lapisan putih, kukus lagi hingga masak.

Sementara tako menggunakan tepung hoen kwee atau tepung jagung untuk dua-dua lapisan hijau dan putih. Lapisan hijau diadun dengan jus pandan dan gula tanpa santan.....hanya lapisan atas saja diadun dengan santan. Untuk tako, kedua adunan dimasak terlebih dahulu sehingga pekat dan berkilat baru dimasukkan ke dalam 'sampan' daripada daun pandan yang dibentukkan persegi.....pada dasar sampan dibubuh sedikit chopped sengkuang cina.....tuang lapisan hijau and then lapiskan dengan lapisan putih.....dah siap tanpa perlu dikukus lagi.


Yang biasa orang duk jual tu terpampang besar-besar nama tepung pelita tapi jarang sangat yang menepati tepung pelita asli. Dah terkena banyak kali, beli ingatkan tepung pelita ori sebab sampannya daun pisang.....bila makan rupanya bukan tepung pelita tak ada ciri-ciri tepung pelita langsung sebab lebih kepada kuih tako.....lapisan hijaunya tak ada tekstur, cair aje.

Sekarang dah moden kot.....susah nak jumpa kuih tepung pelita yang benar-benar asli. Mungkin atas banyak faktor yang asli sudah dimodenkan. Satunya faktor masa, kerana penyediaan secara asli atau tradisi memerlukan lebih masa dan tenaga sedangkan kita harus cepat, pantas dan tangkas mengejar masa terutamanya orang berniaga selain dapat kurangkan kos boleh tingkatkan profit.


Saya boleh katakan tepung pelita untuk entri ini kombinasi antara tepung pelita dengan tako kerana diadun menggunakan tepung beras sementara cara penyediaannya mengikut kaedah tako. Apapun tepung pelita ni berjaya memikat hati saya. Sedap sangat-sangat. Bak kata KJee, Betul-betul melt in the throat!.....awok setuju sangat (awok=saya dalam bahasa perak).

Nak buat satu resipi takut tak habis.....bulan puasa kan. Jadi saya kecilkan resipi kepada 3/5. Caranya saya convertkan setiap bahan ke dalam gram then kecilkan kepada 3/5. Tapi resipi di bawah ni originally dari web KJee.

KUIH TEPUNG PELITA
by IzaAkma SSK
rcp      ~ Rina Mohd Dom
source ~ KJee



Bahan Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air daun pandan (blend daun pandan dan sukat airnya)
sedikit pewarna hijau (kalau warna daun pandan tidak mencukupi)

Larutkan kesemua bahan hingga sebati kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas-bekas atau sampan daun pisang. Ketepikan.


Bahan Lapisan Putih (Santan) :
¾ cawan tepung beras
½ sudu besar tepung jagung (Kjee guna 1 sudu)
7 cawan santan (Kjee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan)
½ sudu kecil garam

Larutkan kesemua bahan dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.


Nota :
Kalau tak suka lemak sangat lapisan atas, boleh kurangkan santan dan lebihkan air.





0
BANGKIT CHEESE Yang Cair Di Mulut


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Sambung mengukis lagi....

Saya tengok bangkit cheese trending sekarang di Fb. Tiap kali scroll Fb mesti jumpa tokeh-tokeh biskut duk tayang biskut ni. Tergoda pulak nengok. Terus buka kitab cari resipi. Resipi memang ada simpan berguru dengan seorang sifoo empat lima tahun lalu. Masa tu biskut ni masih lagi baru tak ramai yang tahu. Kerana minat dan semangat ingin tahu, saya join satu kelas berbayar untuk belajar. Lepas belajar, memandangkan belum ada lagi orang jual bangkit ni waktu itu, maka saya ambil peluang untuk buat jualan. Ini lah salah satu biskut terlajak laris yang banyak customer tempah masa tu.

Biskut ni masuk dalam kategori biskut M.I.M @ melt-in-mouth atau senang cakap bila makan tu cair di mulut. Meruntun jiwa tau siapa yang makan. Siapa yang tak gemar cheese pun boleh jatuh cinta pandang pertama sebab biskut ni amat sedap dengan aroma cheese. Lepas lama tak buat, hari ni buka balik resipi dan buat. At least tak ada la siang terkenang malam terbayangkan si bangkit cheese lagi.....dah ada depan mata.....hi hi hi.






Maaf, SSK belanja gambar aje ye.....
Nak belanja resipi tak dapat keizinan dari tok guru.







0
CHOCOLATE CHIP COOKIES


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Pastinya masa-masa begini akak-akak, adik-adik ada yang dah mulai sibuk menyediakan cookies untuk raya yang bakal menjelang. Kalau diikutkan tanpa perlu bersusah payah pun kita masih boleh penuhkan bekas-bekas cookies kita yang cantik-cantik tu dengan cookies yang beraneka rupa beraneka rasa. Bukan susah mana pun, merata-rata orang bisnes biskut.....hanya perlu siapkan ringgit dan pilih mana yang berkenan di hati.

Tapi sesetengah kita ni tak minat beli, lebih gemar dan puashati dapat sediakan sendiri. Buat cookies sendiri pun satu langkah berjimat-cermat memandangkan ini zaman gst harga barang semua naik berganda-ganda.....aduuhhaiii.....sesak nafas. Beli barang keperluan buat kuih kat bakery pun terasa beban sekarang.....belinya tak sampai 8 item dah terbang rm50. Atas faktor itu lah harga biskut di pasaran naik giler-giler. Macam last weekend pergi berbuka di Aeon Setiawangsa. Sambil-sambil menunggu waktu berbuka jalan-jalan cuci mata tengok-tengok cookies.....nampak plak tat nenas sebekas kecil rm20.....beli jugak lah sebab mengidam punya pasal. Sampai rumah kira rupanya tak sampai 25 pcs pun.....kira ok la sebab saiz tatnya besar-besar dan rasa boleh tahan sedap.

Jom pakat-pakat buat biskut chocolate chip ni..... Jommm. Saya tambah cappucino paste ke dalam adunan. Masa tengah bakar baunya semerbak satu rumah. Sunguh sedap, sungguh rangup! Cuba lah.....



CHOCOLATE CHIP COOKIES
by IzaAkma SSK
rcp      ~ Chef Ismail
source ~ PuteriManja



Bahan-bahan :
220 gm Butter
150 gm Gula Perang
130 gm Gula Kastor
2     biji Telur (A)
400 gm Tepung Naik Sendiri*
1/2 sdt Baking Soda*
1/2 sdt Baking Powder* (*ayak bersama)
300 gm Chocolate Chip
150 gm Almond Nib ~ bakar dulu


Cara :
Pukul butter, gula dan gula perang hingga adunan kembang
Masukkan telur dan pukul hingga sebati
Kemudian masukkan tepung, baking powder dan baking soda yang telah diayak tadi. Pukul sebentar hingga rata
Akhir sekali masuk chocolate chip dan badam, kacau hingga sebati
Bakar pada suhu 160C-170C selama 15-18 minit atau sehingga masak (suhu yang dinyatakan hanya sebagai panduan, sila set suhu dan jangkamasa membakar mengikut oven masing-masing)


Nota :
Biskut memang lembut masa baru masak tapi akan rangup setelah sejuk. So biarkan betul-betul sejuk baru simpan dalam bekas kedap uadara.




0
PASEMBOR


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Pasembor in da house for iftar semalam.
Menu wajib yang mesti ada setiap kali Ramadhan. Menu ni mengingatkan saya dengan Gado-Gado yang my mum selalu buat. Biasa orang panggil pasembor atau rojak tapi saya panggil gado-gado. Saya pernah post resipi gado-gado tu dalam ni. Bila teringin nak makan je resipi evergreen itulah yang saya ikut. Kalau nak tengok di sini ya.....Gado-Gado Bonda.


Selalunya kalau kita dah rasa selesa dengan satu-satu resipi, tambah pulak tak ada masalah dengan resipi dan sedap lagi, kita akan terus setia dengan resipi itu tak nak ubah-ubah dah. Tapi tak salah kan kalau kita pelbagaikan koleksi resipi yang ada. Sekurangnya kita akan lebih terbuka dalam mencuba mevariasi rasa resipi-resipi lain. Taklah hanya terhad pada satu dua resipi saja. Walaupun hasil nampak sama namun rasa tak semestinya sama.....macam orang cakap sama tapi tak serupa.....mesti ada beza sini sikit sana sikit.


So kali ini saya gunapakai resipi Chef Lin @ Norzailina Nordin untuk kuah pasembor sementara cucur, Kak Nor @ Secubit Garam. Seperti biasa saya olah ikut citarasa saya yer.....


PASEMBOR
by IzaAkma SSK

Bahan Cucur Udang :
10 ekor Udang Besar ~ dibuang kulit & dipotong 2
-rebus kulit udang, kisar halus, tapis dan dapatkan 1 cawan (200gm) stok udang...ketepikan

200 gm Tepung Gandum
200 gm stok udang
1 biji Telur
1 sdt Yis (mauripan)
1 sdt Garam
1 biji Bawang Merah Besar (medium size) ~ hiris
1 biji Cili Hijau ~ buang biji & hiris
8 tangkai Daun Kucai ~ potong 1 inci
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggoreng

Cara :
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik (dalam 30 minit).
Panaskan minyak dlm kuali. Minyak kena lebih ya..
Celup sekejap senduk yang nak digunakan untuk menceduk adunan ke dalam minyak panas (supaya adunan senang jatuh ke dalam minyak, tak melekat pada senduk)
Ceduk sedikit adunan cucur, masukkan dalam minyak panas secara memanjang dan goreng hingga keemasan.
Angkat dan potong.

Bahan Kuah Pasembor :
2 ulas Bawang Merah ~ hiris
1 ulas Bawang Putih ~ hiris
4 sdb Cili Kisar (suka pedas tambah lagi)
500 ml Air
150 gm Keledek Oren ~ rebus & lecek
2 sdb Tomato Puree/Sos Tomato
60 ml Air Asam Jawa (2sdt pes asam jawa + 60ml air)
100 gm Kacang Tanah ~ goreng & tumbuk
1 sdb Tepung Jagung*
1 sdb Air* (*satukan dan kacau rata)
1 sdt Kicap Pekat Manis
2 sdb Gula Perang
Gula Pasir & Garam secukup rasa

Cara :
Panaskan minyak, tumis bawang dan bawang putih.
Bila bawang dah nampak kemerahan, masukkan cili kisar. Bila cili dah separuh garing masuk garam dengan gula perang. Teruskan menumis lagi hingga cili betul-betul garing dan pecah minyak.
Masukkan air, keledek dan sos tomato.
Bila mendidih, tambah air asam jawa, kacang tanah, air tepung jagung dan kicap. Biarkan mendidih.
Rasakan kuahnya. Tambah gula pasir dan garam secukup rasa hingga menepati citarasa (untuk pasembor biasanya rasa kuah lebih manis).
Bila kuah mendidih dan pekat, angkat.



Bahan Sampingan :
Timun
Sengkuang
Tauhu ~ goreng & potong
Ubi Kentang ~ rebus & potong
Telur ~ rebus & goreng
Sotong Kembang ~ celur & potong

** iza abaikan ubi kentang & sotong kembang
** telur pulak rebus saja tak goreng pun