0
AYAM MADU STICKY


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Kejadian Ayam Sticky yang tak dirancang, menu iftar semalam. Tiga empat tahun lepas lagi dah nampak ayam sticky ni duk berlegar-legar dalam blog-blog. Masa tu belum sampai seru nak try. Tapi lepas tengok Sheila Rusly masak ayam sticky dalam Ketuk-Ketuk Ramadan haritu senang aje, timbul rasa nak buat plak. Lagipun bahannya tak remeh semua basic memang ada di dapur. Walaupun saya tak berapa suka kepak ayam tapi kepak ayam jugak saya pilih untuk ayam sticky ni. Dalam tak suka tak suka habis jugak tiga empat ketul ratah-ratah. Anak-anak jangan cakap la feberet deme ni masak ala-ala kicap camni. Simple rupanya masak ayam ni, tak payah nak tunggu sangat.....biarkan dalam kuali cuma sesekali balik-balikkan. Biarpun simple, bahan mudah tapi rasa memukau sedap sangat.


Bila tengok balik gambar terfikir jugak kenapa ayam sticky saya berenang minyak. Saya tengok kawan-kawan buat kering aje macam rupa ayam bakar. Baca balik resipi.....Oohh, terlupa buang lebihan minyak rupanya, main terus tuang aje dalam pinggan hidang.....padan la pun.
AYAM MADU STICKY
by IzaAkma SSK
source ~ hanamemories.blogspot



Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 inci halia muda - parut
5 ulas bawang putih - ketuk
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
2 sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
1 sudu besar sos cili dan sos tomato
3-4 sudu besar madu
1/2 sk lada hitam
1/4 cawan air
garam jika perlu


Cara :
Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar. Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.
Cuma saya ada ubah sikit.....
- Untuk resipi ni saya guna 7 pcs kepak ayam ~ potong dua
- Halia, bawang putih & biji lada hitam ditumbuk kasar ~ bubuh lebih lada hitam sebab nak kan rasa lebih pedas
- Tumis bawang dan lada hitam yang ditumbuk, dah naik bau masuk kepak ayam
- Kacau goreng sekejap lalu masukkan semua bahan sos dengan air, step seterusnya follow resipi
- Bila ayam hampir kering masuk potongan bawang besar & capsisum hijau.



0 sweet comments: