0
CHEESY MAZOLA NESTUM


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Dua tangan yang ada rasa macam tak cukup.....sibuk sangat tiga empat hari ni. Nak update blog pun tak sempat. Ni pun baru sudahkan buat kek buah prune. Selepas ini dapur will be close daripada urusan baking membaking.....semua settle dah. Sementara menunggu kek tengah bersauna 4 jam tu ada lah masa sikit update entri biskut yang belum habis post lagi. Nanti petang bersilat semula di dapur siapkan sajian berbuka pulak. Dua tiga hari ni masak lauk biasa-biasa jer nak bagi clearkan saki-baki stok yang ada dalam petisejuk. Apa saja yang ada dalam petisejuk semua tu duit. Jika dibiarkan tak diguna masak samalah ertinya dengan membazir. Bukan bulan Ramadan saja dianjurkan supaya jangan membazir, di bulan-bulan lain pun istiqamah untuk tidak membazir.


Ada dua jenis Mazola raya tahun ni. Mula-mula plan nak buat Mazola Hazel saja tapi bila nampak macam sedap jer mazola nestum cheese di Fb teringin pulak nak buat. Tak apa nama aje sama rasa lain-lain.....satu kacang tanah satu lagi kacang hazel.....kan beza tu. Ikut kata Pn Musainah, resipi ini asalnya kepunyaan seseorang tetapi diolahnya dengan tambahan cheese, nestum, bijan dengan ada sukatan yang ditokok tambah. Masa saya nak buat mazola ini ada sedikit kekeliruan di situ, tak dinyatakan samada nestum perlu dikisar atau tidak. Memandangkan nestum yang digunakan tak banyak cuma setengah cawan saya ambil jalan tengah tak kisar cuma diramas-ramas kasar saja. Lagipun buat biskut ni kita pusing macam manapun biskut tetap jadi. Cuma next time la kan kalau buat lagi saya akan kisar halus dulu nestum tu. So bila gigit makan, smooth la sikit rasa biskut tu. Pendapat saya, kalau tak suka bijan tak payah letak pun tak apa....tapi kalau letak ada rasa lemak-lemak selain rasa lemak-lemak kacang tanah juga memberi seri warna pada rupa paras biskut.


Perlu diingatkan minyak harus dimasukkan sedikit demi sedikit sambil adunan diuli sehingga jadi doh yang lembut. Biskut-biskut saya tahun ni ada satu jer beracu yang lain-lain semua gentel bulat-bulat.....mudah kerja.....cepat siap.....janji sedap.

BISKUT CHEESY MAZOLA NESTUM
by IzaAkma SSK
rcp ~ FB Musainah Yusof



Bahan-Bahan :
1/2 cwn gula halus
1 1/2 - 2 cwn minyak mazola/jagung
1 cwn kacang tanah goreng tanpa minyak & blend
1 1/2 cwn tepung gandum ~ diayak
1/4 cwn bijan putih + bijan hitam ~ tak perlu sangai
1/2 cwn nestum
2 sudu besar cheese cheddar diparut

Cara :
Gaul semua bahan-bahan kering
Masukkan cheese dan gaul sebati
Akhir sekali masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli rata
Canai dan terap dengan acuan kesukaan anda
Sapu kuning telur dan parut cheddar cheese di atasnya
Bakar pada suhu 160C selama 25-30 min


Nota oleh Pn.Musainah :
- minyak boleh ganti dengan butter atau marjerin
- bijan tak perlu sangai, nak basuh pun boleh tapi pastikan kering betul
- 1 adunan dapat lebih kurang 80pcs
- guna cheese cheddar kraft dan parut sendiri
- masa membakar dalam resipi itu anggaran masa saya, oven kita tak sama so kena la kenal oven sendiri






0 sweet comments: