1
KUIH TEPUNG PELITA yang sedap


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Tepung Pelita vs Tako.....??

Tako dessert orang Thai manakala Tepung Pelita kuih tradisi melayu Perak. Tapi orang Perak tak panggil tepung pelita, deme panggil kuih Limas atau loghat peraknya Limeh/Limah. Walaupun rupa kedua-dua kuih ini sama mempunyai dua lapisan hijau dan putih tapi sebenarnya tidak sama sama sekali. Perbezaannya ialah penggunaan jenis tepung, bekas untuk isian kuih dan bagaimana ia dimasak.


Tepung pelita tradisi, lapisan hijaunya menggunakan tepung beras ada juga yang guna tepung gandum tapi lebih sedap guna tepung beras.....diadun dengan santan cair bersama jus pandan dan kapur makan tanpa gula. Lapisan atasnya pula, tepung beras yang diadun dengan santan pekat dan diberi perasa sedikit garam. Kedua adunan ini bukan dimasak atas api terlebih dulu tapi terus dikukus dalam daun pisang yang dibentukkan persegi atau dipanggil 'sampan'.....dibubuh sedikit gula pasir pada dasar sampan, tuangkan lapisan hijau dan kukus sehingga masak.....then tuangkan lapisan putih, kukus lagi hingga masak.

Sementara tako menggunakan tepung hoen kwee atau tepung jagung untuk dua-dua lapisan hijau dan putih. Lapisan hijau diadun dengan jus pandan dan gula tanpa santan.....hanya lapisan atas saja diadun dengan santan. Untuk tako, kedua adunan dimasak terlebih dahulu sehingga pekat dan berkilat baru dimasukkan ke dalam 'sampan' daripada daun pandan yang dibentukkan persegi.....pada dasar sampan dibubuh sedikit chopped sengkuang cina.....tuang lapisan hijau and then lapiskan dengan lapisan putih.....dah siap tanpa perlu dikukus lagi.


Yang biasa orang duk jual tu terpampang besar-besar nama tepung pelita tapi jarang sangat yang menepati tepung pelita asli. Dah terkena banyak kali, beli ingatkan tepung pelita ori sebab sampannya daun pisang.....bila makan rupanya bukan tepung pelita tak ada ciri-ciri tepung pelita langsung sebab lebih kepada kuih tako.....lapisan hijaunya tak ada tekstur, cair aje.

Sekarang dah moden kot.....susah nak jumpa kuih tepung pelita yang benar-benar asli. Mungkin atas banyak faktor yang asli sudah dimodenkan. Satunya faktor masa, kerana penyediaan secara asli atau tradisi memerlukan lebih masa dan tenaga sedangkan kita harus cepat, pantas dan tangkas mengejar masa terutamanya orang berniaga selain dapat kurangkan kos boleh tingkatkan profit.


Saya boleh katakan tepung pelita untuk entri ini kombinasi antara tepung pelita dengan tako kerana diadun menggunakan tepung beras sementara cara penyediaannya mengikut kaedah tako. Apapun tepung pelita ni berjaya memikat hati saya. Sedap sangat-sangat. Bak kata KJee, Betul-betul melt in the throat!.....awok setuju sangat (awok=saya dalam bahasa perak).

Nak buat satu resipi takut tak habis.....bulan puasa kan. Jadi saya kecilkan resipi kepada 3/5. Caranya saya convertkan setiap bahan ke dalam gram then kecilkan kepada 3/5. Tapi resipi di bawah ni originally dari web KJee.

KUIH TEPUNG PELITA
by IzaAkma SSK
rcp      ~ Rina Mohd Dom
source ~ KJee



Bahan Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air daun pandan (blend daun pandan dan sukat airnya)
sedikit pewarna hijau (kalau warna daun pandan tidak mencukupi)

Larutkan kesemua bahan hingga sebati kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas-bekas atau sampan daun pisang. Ketepikan.


Bahan Lapisan Putih (Santan) :
¾ cawan tepung beras
½ sudu besar tepung jagung (Kjee guna 1 sudu)
7 cawan santan (Kjee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan)
½ sudu kecil garam

Larutkan kesemua bahan dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.


Nota :
Kalau tak suka lemak sangat lapisan atas, boleh kurangkan santan dan lebihkan air.





1 sweet comments:

Khai♥Rin : anies said...

kalau lapisan hijau tu sy suka tambah sengkuang cina. kalau makan krup2 rasanya ;-)