0
PASEMBOR


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Pasembor in da house for iftar semalam.
Menu wajib yang mesti ada setiap kali Ramadhan. Menu ni mengingatkan saya dengan Gado-Gado yang my mum selalu buat. Biasa orang panggil pasembor atau rojak tapi saya panggil gado-gado. Saya pernah post resipi gado-gado tu dalam ni. Bila teringin nak makan je resipi evergreen itulah yang saya ikut. Kalau nak tengok di sini ya.....Gado-Gado Bonda.


Selalunya kalau kita dah rasa selesa dengan satu-satu resipi, tambah pulak tak ada masalah dengan resipi dan sedap lagi, kita akan terus setia dengan resipi itu tak nak ubah-ubah dah. Tapi tak salah kan kalau kita pelbagaikan koleksi resipi yang ada. Sekurangnya kita akan lebih terbuka dalam mencuba mevariasi rasa resipi-resipi lain. Taklah hanya terhad pada satu dua resipi saja. Walaupun hasil nampak sama namun rasa tak semestinya sama.....macam orang cakap sama tapi tak serupa.....mesti ada beza sini sikit sana sikit.


So kali ini saya gunapakai resipi Chef Lin @ Norzailina Nordin untuk kuah pasembor sementara cucur, Kak Nor @ Secubit Garam. Seperti biasa saya olah ikut citarasa saya yer.....


PASEMBOR
by IzaAkma SSK

Bahan Cucur Udang :
10 ekor Udang Besar ~ dibuang kulit & dipotong 2
-rebus kulit udang, kisar halus, tapis dan dapatkan 1 cawan (200gm) stok udang...ketepikan

200 gm Tepung Gandum
200 gm stok udang
1 biji Telur
1 sdt Yis (mauripan)
1 sdt Garam
1 biji Bawang Merah Besar (medium size) ~ hiris
1 biji Cili Hijau ~ buang biji & hiris
8 tangkai Daun Kucai ~ potong 1 inci
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggoreng

Cara :
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik (dalam 30 minit).
Panaskan minyak dlm kuali. Minyak kena lebih ya..
Celup sekejap senduk yang nak digunakan untuk menceduk adunan ke dalam minyak panas (supaya adunan senang jatuh ke dalam minyak, tak melekat pada senduk)
Ceduk sedikit adunan cucur, masukkan dalam minyak panas secara memanjang dan goreng hingga keemasan.
Angkat dan potong.

Bahan Kuah Pasembor :
2 ulas Bawang Merah ~ hiris
1 ulas Bawang Putih ~ hiris
4 sdb Cili Kisar (suka pedas tambah lagi)
500 ml Air
150 gm Keledek Oren ~ rebus & lecek
2 sdb Tomato Puree/Sos Tomato
60 ml Air Asam Jawa (2sdt pes asam jawa + 60ml air)
100 gm Kacang Tanah ~ goreng & tumbuk
1 sdb Tepung Jagung*
1 sdb Air* (*satukan dan kacau rata)
1 sdt Kicap Pekat Manis
2 sdb Gula Perang
Gula Pasir & Garam secukup rasa

Cara :
Panaskan minyak, tumis bawang dan bawang putih.
Bila bawang dah nampak kemerahan, masukkan cili kisar. Bila cili dah separuh garing masuk garam dengan gula perang. Teruskan menumis lagi hingga cili betul-betul garing dan pecah minyak.
Masukkan air, keledek dan sos tomato.
Bila mendidih, tambah air asam jawa, kacang tanah, air tepung jagung dan kicap. Biarkan mendidih.
Rasakan kuahnya. Tambah gula pasir dan garam secukup rasa hingga menepati citarasa (untuk pasembor biasanya rasa kuah lebih manis).
Bila kuah mendidih dan pekat, angkat.



Bahan Sampingan :
Timun
Sengkuang
Tauhu ~ goreng & potong
Ubi Kentang ~ rebus & potong
Telur ~ rebus & goreng
Sotong Kembang ~ celur & potong

** iza abaikan ubi kentang & sotong kembang
** telur pulak rebus saja tak goreng pun





0 sweet comments: