0
SERABAI & SERAWA DURIAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Serabai dengan Serawa Durian untuk iftar semalam.
Kebanyakan resipi serabai yang saya jumpa menggunakan nasi sebagai salah satu bahan utama. Tapi saya nak yang light without nasi. Alhamdulillah ketemu jugak akhirnya resipi serabai seperti yang saya mahu. Kita buat yang tak ada nasi dulu, yang ada nasi tu kita buat lain kali. Iya lah nak tahu jugak la kan apa perbezaan rasa antara yang ada nasi dengan tak ada nasi.


Mengadun serabai ni mudah saja macam bancuh apam. Saya follow arahan resipi perap 10 minit. Tapi selepas 10 minit tengok adunan belum jugak kembang, biarkan dulu. 10 minit kemudian tengok balik adunan dah kembang dan naik 2x ganda. Saya cuma buat 1/2 resipi dapat 18 keping menggunakan acuan seperti di bawah. Cukuplah untuk makan berempat. Masak pun mudah sangat tak sampai setengah jam dah siap.

SERABAI MINI
by IzaAkma SSK
source ~ kak Fida @ MyR



Bahan-bahan ( 25-28 keping ):
300 g tepung beras
100 g tepung gandum
600 ml santan ( drp 1 kotak kecil + air )
1 sdb yis kering (1/2 peket )
1 sdt gula pasir
1/2 sdt garam

Cara :
Satukan bahan2 serabai,kacau dan kisar hingga halus. Perap 10 min.
Lenserkan sedikit minyak dalam acuan serabai dan panaskan atas api perlahan lalu tuang adunan serabai, tutup acuan dan biar 5-6 min atau hingga masak.
acuan yang saya gunakan untuk Serabai...


Untuk kuah serawanya pula saya ubahsuai resipi CMG.....pun saya separuhkan juga.
Berikut resipi yang telah saya ubahsuai (1/2 daripada resipi asal).
Saya catatkan di sini supaya mudah untuk rujukan saya akan datang.
Personally cakap kuah serawa durian ni memang tip top rasa lemak rasa manis semua cukup.....

SERAWA DURIAN
by IzaAkma SSK

Bahan A :
2 sdb gula merah
55 gm gula pasir
1 helai daun pandan, disimpul
200 gm air

Bahan B :
7 ulas (240gm) durian
200 gm santan pekat
350 gm air
1 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam
Gula tambahan jika perlu

Bahan C :
1/2 sdb tepung gandum
1 1/2 sdb air


Cara :
Satukan semua bahan (A), masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan.
Dalam periuk, satukan santan, sirap gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan.
Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak.
Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula
Sementara itu, kacau rata bahan (C) dan tuang ke dalam kuah santan.
Masak 2-3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
Disertakan juga resipi asal
SERAWA DURIAN (CMG)

Bahan-Bahan :
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula jika perlu

Cara :
Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.




0 sweet comments: