0
KEK NANGKA SINGGAHSANA


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Di awal-awal berblog dahulu, saya pernah post resipi Kek Nangka yang bahan utamanya ialah nangka bersama kelapa parut. Resipi dari koleksi saya sendiri yang dah berusia lebih 20 tahun. Saya abadikannya di dalam blog supaya boleh dipanjangkan dan dapat dimanfaatkan oleh semua.

Saya rasa terpanggil untuk buat semula setelah terima banyak komen melalui email daripada pengunjung menyatakan ketidakpuasan mereka berkenaan kek ini. Salah satu komen tak bernama sekadar bertulis 'Anonymous' mengatakan kek ini terlalu berminyak @ penggunaan butter yang banyak. Soalan saya, BETUL ke berminyak cik 'Anonymous'?? Ada cuba buat ke tidak?? Atau tak cuba langsung tapi suka-suka lemparkan komentar salahkan itu salahkan ini...??  Jangan pulak tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket...!!

Lain-lain komen ketidakpuasan itu tak perlu lah rasanya dicerita panjang lebar di sini. Komen-komen yang sewaktu dengannya itu bukan untuk kek ni sahaja tapi juga untuk entri-entri lain. Memang anda tak akan nampak semua komen tak beradab itu kerana saya tidak publish kan di ruangan komen. Some masih simpan di inbox, some dah delete. Namun begitu tak kurang juga yang lebih polite dalam melemparkan komentar.....untuk mereka ini, really appreciated.


Resipi-resipi dalam blog ini ada yang daripada saya sendiri dan ada juga dari sumber lain. Resipi dari sumber lain, bertuan.....jika ada yang komen ini salah itu silap, nothing I can say. On the other side, saya bertanggungjawab dengan semua resipi yang originally datangnya daripada saya. Atas rasa tanggungjawab itu maka saya usahakan buat semula kek nangka ini exactly mengikut resipi yang telah saya post di >>KEK NANGKA SINGGAHSANA.

Cuma kali ini saya tambah lagi 50gm nangka menjadikannya 250gm. Nak nangka lebih terasa mungkin boleh tambah lagi menjadi 300gm. Untuk kelapa parut, sila gunakan yang fresh bahagian putih sahaja not kelapa kering okay. Sebab kelapa parut fresh memberikan kelembapan pada tekstur kek selain memberi aroma. Manakala kelapa kering, sifatnya yang kering akan membuatkan kek hilang kelembapan kerana ia akan absorb semua liquid yang ada.....secara tak langsung rasa kek akan didominasi keseluruhannya oleh kelapa kering dan hilang rasa nangka. Untuk rasa yang lebih klasik, gunakan majerin Planta. Nak rasa yang mewah, bajet lebih boleh guna pure butter.


SSK juga ada entri di wordpress sebelum meneruskan di blogspot. Komen dari seorang pengunjung SSK di wordpress menyatakan percubaan ke atas Kek Nangka sukses. Untuk lihat komen itu boleh klik >>SINI.

# SSK hanya akan publish resipi-resipi yang telah diuji sukses sahaja.






0 sweet comments: