0
KEK PISANG


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Kek Pisang yang tetiba menjadi viral di Fb.
Tak nak ketinggalan.....Nak buat jugak

Dari minggu lepas lagi plan. Sabtu beli pisang, petang semalam lenyek dan simpan semalaman dalam petisejuk.....pagi tadi keluarkan dan start buat. Selepas keluar oven, biarkan sejuk sekejap then terus potong. Walaupun potong tika masih suam, potongan kek tetap maintain tak berderai. Sambil potong sambil makan.....Hmmm.....Sedap, Lembut, Gebu dan Moist sangat-sangat.

Resipi ambil dari Fb. Tak pasti pulak siapa empunya asal.
Pada tuan punya resipi, minta halal dan izinkan saya kongsikan di sini ya.....



KEK PISANG
by IzaAkma SSK

Bahan-Bahan :
350 gm Pisang
1 sdt Soda Bikarbonat
1 sdt Esen Pisang (iza tak bubuh esen)
~ satukan dan lecek.....perap semalaman

4 biji Telur (A)
220 gm Gula Kastor (iza kurangkan sikit sebab pisang dah manis)
1 sdt Esen Vanila
1 sdt Ovalet
150 gm Butter ~ dicairkan dan disejukkan suhu bilik

300 gm Tepung Gandum
1 sdt Baking Powder
~ satukan dan ayak

3 biji Pisang ~ belah 2 memanjang untuk hiasan atas kek

Cara :
Pisang yang dilecek dibiarkan sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih baik semalaman
Dalam mangkuk pengadun, satukan telur, gula, vanila dan ovalet. Pukul sehingga kembang 2 kali ganda
Masukkan butter cair dan pukul sebati
Masukkan pula pisang lecek dan gaul rata
Masuk pula tepung sedikit demi sedikit dan kaupbalikkan sahaja
Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan sedikit butter atau 'spray cooking', alas baking paper dan oles sedikit lagi
Susun pisang yang dibelah 2
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 50-60 minit atau sehingga keperang-perangan
Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
Cara Iza :
~ Buat 3/4 resipi @ adunan
~ Untuk 3/4 adunan, saya buat 160gm gula kastor
~ Guna pisang berangan
~ Selepas siap diadun, bahagikan adunan kepada kepada 2
   bhg 1-tambah pewarna kuning/lemon yellow
   bhg 2-tambah pandan paste & jika perlu Pewarna Hijau
~ Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang diikuti adunan kuning, aturkan hirisan pisang
~ Bakar pada suhu 150C dengan api atas bawah with fan selama 55-60minit (yang ini setting untuk oven saya dan berubah mengikut oven masing-masing)





0 sweet comments: