0
KUIH LIMAS


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Apa yang diperhatikan populariti kuih ini agak tenggelam berbanding tepung pelita sampaikan payah bebenor nak jumpa orang jual di sekitar KL. Tak tahu kenapa. Kalau tepung pelita usah cakap lah memang ramai duk jual terutamanya bulan Ramadan. Walaupun rupa paras kuih limas dengan tepung pelita kelihatannya sama tapi dari segi rasa memang berbeza kerana penggunaan bahan dan cara penyediaan yang berlainan.


Dah lama berhajat sebenarnya nak buat kuih tradisi warisan negeri Perak ni. Weekend lepas balik kampung, angkut daun pisang so dapat lah sediakan kuih idaman. Dulu-dulu biasa tolong-tolong bonda buat kuih limas. Dari situ saya belajar membuat bekas @ sampannya. Tak susah untuk membuat sampannya. Saya guna kotak kecil berukuran 6x4cm sebagai acuan supaya sampan yang terhasil sama saiz semuanya.


Mengukus kali ini saya gunakan Trio Steamer. Beli dengan Chef Asma.....lama dah.....masa mula-mula Chef promote steamer ni dalam enam tujuh tahun lepas.....waktu tu pulak selalu attend kelas Chef di Bake With Yen.....langsung berkenan. Alhamdulillah selama guna tak pernah sekalipun meragam. Walaupun harganya rm xxx tapi amat berbaloi-baloi dan menyenangkan.


Kuih ni kena biarkan betul-betul sejuk baru sedap dimakan. Bagi yang suka makan dingin, boleh simpan dalam petisejuk dulu sebelum makan. Resipi ini dapat menghasilkan 20pcs bergantung kepada saiz.

KUIH LIMAS
by IzaAkma SSK


Bahan Lapisan Bawah :
650 gm Jus Pandan
~ blend 5 helai daun pandan dengan air, tapis dan dapatkan 650 gm jus
100 gm Santan Pekat
150 gm Tepung Gandum
60 gm Tepung Pulut
Pewarna Hijau (jika perlu)

Bahan Lapisan Atas :
300 gm Santan Pekat
300 gm Air
80 gm Tepung Gandum
1.5 tsp Garam

Bahan Lain :
Secukupnya Daun Pisang ~ untuk bekas
Secukupnya Gula Pasir


Cara :
Sediakan dahulu bekas@sampan yang diperbuat dari daun pisang
Bancuh bahan lapisan atas dan bawah dalam bekas berasingan
Panaskan kukusan
Bila air kukusan sudah mendidih, masuk bekas@sampan ke dalam kukusan, tutup dan biarkan panas sekejap
Kemudian isikan 1 tsp gula/ikut citarasa ke dalam setiap bekas, tutup kukusan dan biarkan selama 3 minit
Tuang adunan lapisan bawah, kukus 10 minit
Kemudian tuang pula adunan lapisan atas, kukus lagi 5 minit
Angkat dan biarkan sejuk, kemudian hidangkan




0 sweet comments: