0
BREAD & BUTTER PUDDING


Asalnya hanyalah resipi basic puding roti.....plain saja tanpa campuran bahan lain
Bila rasa-rasa nak makan puding roti, resipi basic berusia 10 tahun itulah yang akan saya guna. Saya ubahsuaikan dengan menambah pelbagai rasa mengikut rasa yang diingini. Penggunaan roti juga saya tukar daripada roti sandwich kepada roti perancis


Oh yaa.....Mesti ada yang tertanya, mana sos vanilanya tak nampak pun.....
Puding ni makan macam tu je pun dah sedap.....tak perlu sos vanila dah. Puding ni lembut dan rasanya lemak penuh berkrim dengan masam-masam manis buahan kering. Walaupun lembut tapi ia masih boleh dipotong ya.....

BREAD & BUTTER PUDDING
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
1 bantal Roti Perancis ~ potong dadu/hiris
500 gm Susu Segar
250 gm Whipping Cream
250 gm Susu Sejat
4 keping Cheese Slice
5 biji Telur (B)
140 gm Gula Pasir
150 gm Butter
½ cwn Aprikot Kering ~ dihiris
½ cwn Blackcurrent
½ sdb Esen Vanila


Caranya :
Panaskan susu segar dalam periuk. Masukkan whipping cream, susu sejat, butter, cheese dan esen vanilla. Kacau sebati
Campurkan gula dan telur. Pukul sekadar sebati dengan whisk
Tuangkan campuran susu yang telah dipanaskan. Kacau sebati
Masukkan kepingan roti, blackcurrent dan aprikot. Kacau rata. Biarkan seketika supaya roti menyerap campuran susu
Griskan bekas pembakar dengan sedikit butter
Masukkan adunan ke dalam bekas pembakar
Bakar secara steambake dalam oven pada suhu 180C selama 20-30 minit atau hingga masak.





0 sweet comments: