0
KETAM LEMAK KETUMBAR


Kalau ditanya ketam sedap masak apa?
Majoriti akan jawab Masak Lemak Cili Api.....kan kan kann

Ketam Lemak Ketumbar ini adalah pilihan lain bagi mereka yang gemarkan masak lemak. Walaupun sekali imbas rupanya seiras masak lemak ketam biasa tapi rasanya tak lah seiras. Hanya setelah merasainya sendiri baru tahu akan perbezaannya. Resipi lemak ketam ni saya ambil daripada Fb Chef Joha Hassan. Resipi-resipi masakan beliau memang superb dan menjadi walaupun pertama kali mencuba.


Resipi di bawah telah diolah dan diseparuhkan daripada resipi asal, mengikut cara saya menyediakan. Perkara biasa la kann si tukang masak akan tambah itu ini ikut kesesuaian dan citarasa tangan si tukang masak itu sendiri .....tapi dalam masa yang sama bahan asas masih dikekalkan tak diusik.

Sedap tau Ketam Lemak Ketumbar ni. Rasanya fresh sebab ada campuran rempah dengan daun ketumbar. Satu jer petua untuk masak lemak yang sedap. Sentiasa gunakan bahan asli dan segar.....ketam atau apa saja seafood mesti yang fresh baru terasa manisnya dalam kuah (x perlu tambah gula dah) dan paling penting santan kena santan asli.....tapi kalau keadaan memaksa nak buat camna kan.....santan kotak laa jadi penyelamat

KETAM LEMAK KETUMBAR
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
600 gm Ketam Segar ~ dibersihkan & dipotong dua
1 btg Serai ~ dititik
1/2 cwn Santan Pekat Segar ~ tambah lagi santan untuk kuah lebih pekat
1 sdb Bawang Goreng
1/2 kiub Ikan Bilis
1 1/2 cwn Air
1 biji Tomato ~ potong 6
1 biji Cili Hijau ~ dihiris tebal
Sedikit Serbuk kunyit
Sedikit Susu Cair
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika perlu)
1 sdb Minyak untuk menumis

Bahan Rempah DiTumbuk Halus :
1/2 sdt Biji Ketumbar*
1/4 sdt Biji Jintan Manis* (*disangai dulu)
1/4 sdb Biji Lada Hitam
2 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
1 tangkai Daun Ketumbar bersama akarnya
5 biji Cili Padi


Caranya :
Panaskan minyak
Tumis bahan rempah yang ditumbuk halus bersama serai yang dititik dan serbuk kunyit sehingga naik bau
Masukkan air, kiub ikan bilis, garam secukup rasa
Bila kuah mula mendidih, masukkan santan dan digaulkan, dalam 2 minit masukkan ketam dan biarkan ia selama 8 minit (ketam akan bertukar warna bila sudah masak)
Rasakan kuahnya. Tambah gula jika perlu
Masukkan pula bawang goreng, tomato dan hirisan cili hijau
Last sekali masukkan beberapa sudu susu cair. Kacau-kacau sekejap terus padamkan api
Sajikan bersama nasi putih panas dan masakan sampingan lainnya




0 sweet comments: