0
KUIH CARA BIKANG Yang Pastinya Sedap!!


Sudah beberapa kali saya buat kuih ni. Last buat masa bulan puasa lepas. Sedap buat makan berbuka. Kalau bulan puasa kuih seperti cara berlauk mahupun kuih bakar berlauk sering dicari, saya kira Kuih Cara Bikang pengganti terbaik kepada dua jenis kuih tersebut. Saya kata begitu kerana pada saya kuih ni 2in1 gabungan antara cara dan bingka berlauk.


Kuihnya lembut...
Dilimpahi lapisan inti yang berganda tebal...
Ditambah lagi taburan bawang goreng yang beraroma...
Menjanjikan kepuasan disetiap suapan...

Enak dimakan bukan hanya di bulan puasa malah sesuai bila-bila masa juga

Jadi sesiapa yang rasa-rasa mengidam cara berlauk dengan bingka berlauk tapi tak tahu mana satu yang nak didahulukan.....boleh lah cuba Cara Bikang ni.....Resipi daripada chef yang tak asing lagi di persada dunia masakan

KUIH CARA BIKANG
by IzaAkma SSK
source ~ Chef Liza Zainol



Bahan A (Bawang Goreng):
1/2 cwn Minyak Jagung
5 ulas Bawang Merah ~ dihiris

Bahan B (Inti) :
1 sdb Minyak
1 sdb Rempah Kari Daging
3 biji Kentang*
1 btg Karot*
2 labu Bawang Besar* (*didadu kecil)
200 gm Daging Cincang
1 tangkai Daun Sup
1 tangkai Daun Bawang
Garam & Gula secukup rasa

Bahan C (Adunan Bater) :
2 biji Telur
1 cwn Susu Cair
3 cwn Air
2 1/2 cwn Tepung Gandum
1 sdt Garam
1 sdt Pewarna Kuning
1 sdb Tepung Jagung
1 sdb Gula Pasir

2 sdb Minyak


Caranya :
Menyediakan Bawang Goreng
Panaskan minyak
Masukkan hirisan bawang merah Bahan (A), goreng sehingga kekuningan
Ketepikan

Menyediakan Inti
Tumis rempah kari daging seketika
Masukkan karot, kentang dan daging cincang...masak biar empuk
Masukkan bawang besar, daun sup, daun bawang serta garam, gula secukup rasa
Masak sehingga kering
Sejukkan

Menyediakan Adunan Bater
Dalam mesin pengisar, masukkan Bahan C, kisar selama 2 minit
(iza satukan semua bahan, kacau hingga sebati dengan whisk)
Kemudian campurkan dengan minyak, dan sebatikan


Panaskan loyang dan tuang adunan tadi separuh sahaja dan bakar 10 minit dahulu pada suhu 160C
Selepas 10 minit, masukkan inti daging tadi dan seterusnya tuangkan selebihnya adunan bater
Tabur bawang goreng di atasnya (iza taburkan juga hirisan cili merah)
Bakar selama 35 minit lagi





0 sweet comments: