0
TALAM SAGU UBI KAYU DAN KELEDEK


Kuih berasaskan ubi kayu sememangnya kesukaan saya
Tapi tu la sebelum boleh jadi kuih kena lah merajinkan diri bab parut memarut ni kan.....
Sebenarnya boleh je guna blender tapi saya lebih suka guna pemarut, cara tradisi dulu-dulu
Sebab pada saya kalau diblend, tekstur kuih jadi sangat halus berbeza jika diparut tekstur lebih kasar dan berjurai.....ni yang jadikan kuih lebih sedap bila digigit masih terasa kekenyalan ubi

Resepi saya ambil dari blog Tok_Chik yang katanya daripada akhbar The Star oleh Amy Beh. Bahan-bahan yang digunakan itu buatkan saya teringin nak cuba. Ada kelainan sebab bukan saja ada ubi kayu tapi juga ada sagu dengan keledek. Sebelum jadi kuih lagi saya dah dapat bayangkan betapa sedapnya akan kuih ini, bagai terasa-rasa kekenyalan dengan lemak manisnya


Tepat sekali apa yang dibayangkan. Kuih yang serius sedap, lembut dengan tekstur yang kenyal-kenyal manja. Makan begitu saja pun sedap dan nak lagi sedap makan bersama kelapa parut.

Saya follow resepi tanpa ubah apa-apa kecuali sukatan gula dikurangkan dan kaedah menyediakan iaitu part sagu. Saya berikan warna pada sagu sebab mahukan dua tona warna dalam kuih. Warna seperti dalam gambar tu saya bubuh sedikit pewarna lemon yellow dalam adunan tapi saya rasa tak perlu bubuh pun takpe sebab dah ada tepung kastad

TALAM SAGU UBI KAYU DAN KELEDEK
by IzaAkma SSK
source ~ tok_chik @ Denai Berbisik



Bahan-Bahan :
335 gm Ubi Kayu ~ diparut
75 gm Keledek ~ diparut
100 gm Biji Sagu
150 ml Santan Pekat
165 gm Gula Kastor (iza buat 130gm je)
10 gm Tepung Kastad
* Sedikit Pewarna Merah Jambu/Gold Pink ~ iza tambah

Kelapa Parut dicampur Garam secukupnya


Cara :
Panaskan kukusan

Masukkan biji sagu dalam tapis, lalukan air paip atasnya
Kemudian rendam biji sagu dalam air yang dititiskan sedikit pewarna merah jambu selama 2 minit. Selepas 2 minit, toskan tanpa perlu dibasuh lagi. Ketepikan

Campurkan parutan ubi kayu dan keledek, tepung kastad, santan dan gula
Gaul rata, ketepikan

Bila air kukusan dah betul-betul mendidih, baru masukkan biji sagu ke dalam adunan dan gaul-gaulkan manja sahaja hingga serata

Tuang dalam loyang yang dialas plastik. Kukus selama 30-35 minit atau sehingga masak menggunakan api besar

Sejukkan dahulu sebelum dipotong

Boleh dimakan begitu sahaja atau digaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampur garam



0 sweet comments: