2
RENDANG PUCUK UBI SERUNDING DAGING


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Macam tajuk drama plak.....hehhe. Nama asal resipi Rendang Pucuk Ubi tapi saya tukar jadi, Rendang Pucuk Ubi Serunding Daging sebab ada bahan yang saya ubah. Menurut penyumbang resipi asal LynnSham @ MyResepi, dengan bahan resipi yang sama cuma tukar pucuk ubi kepada pucuk paku dan tambahkan kerang tersangatlah sedap tapi biasanya tak lah masak sampai kering biar ada basah-basah sikit. Sayuran lain juga boleh digunakan seperti maman dan pegaga. Rencah yang digunakan untuk rendang ni ikan bilis. Kalau nak tukar ayam boleh, itik atau daging pun boleh.

Lepas baca tips Lynn, teringat dalam petiais ada lebihan serunding daging beli masa pergi Terengganu Mac lalu. Serundingnya masih elok cuma nampak agak kering sebab lama tersimpan. So apakata masak rendang pucuk ubi then campur serunding kat dalam. Tambahan lagi rendang pucuk ubi belum pernah try.....inilah first time.


Pucuk ubi yang ada +/-200gm, jadi saya buat separuh resipi. Lagipun bulan puasa.....makan tak banyak mana.....dah siap masak separuh tu pun banyak juga dapat. Saya buat adjustment sikit.....Cili padi tak ada so guna cili kering campur cili merah.....kunyit serbuk ganti dengan kunyit hidup. Kalau ada cili padi, better use cili padi sebab ini masakan negeri sembilan orang dulu-dulu. Rencah ikan bilis saya ganti dengan serunding daging. Santan pulak saya guna santan fresh sebab masak rendang dengan santan kotak kurang sedap. Saya tak masak sampai kering sebab suka yang basah-basah gitu.....sedap digaul dengan nasi.

RENDANG PUCUK UBI SERUNDING DAGING
by IzaAkma SSK


Bahan A :
2 ikat (420 gm) pucuk ubi tanpa tangkai, cuci dan toskan
4 cawan serunding daging (1/2 resipi 2cwn)** ~ iza tambah

Bahan B :
2 cawan Santan Kotak
~ kalau guna santan segar lebih sedap, kuantiti boleh tambah ikut citarasa sebab kalau banyak santan, banyaklah 'serdak'nya
5 batang Serai, dititik
2 keping Asam Gelugor
½ sudu teh Kunyit Serbuk
~ jika guna kunyit hidup, kisar sekali dengan Bahan C
1½ sudu teh Garam / secukup rasa
2 sudu teh Gula ~ jika suka

Bahan C :
6-7 ulas (100 gm) Bawang Merah
1-2 genggam (50-100 gm) Ikan Bilis (iza abaikan)
1 genggam (50 gm) Cili Padi ~ ikut selera sendiri ya


Cara :
Tumbuk/Kisar C.
Satukan B dan C dalam kuali, masak hingga hampir kering, rasa garam/gulanya (sesedap rasa).
Masukkan pucuk ubi dengan serunding (bila masukkan pucuk ubi, akan jadi berair semula). Masak hingga kering sambil dikacau selalu.
Bila siap, hidangkan bersama nasi panas.





0
BURGERDEL


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Memasak ni ikut mood jugak. Ada masa mood terlajak rajin, time ni macam-macam ada kalau boleh semua resipi nak dimasak dalam satu hari. Ada masa pulak mood ala-ala, masak pun ala kadar janji masak tapi bukan masak cincai ehh. Ada masa lain mood ke laut mati, haaa.....bila mood tengah macam ni faham-faham aje ler lauk masak kat kedai la jawabnya.

Biasanya ada bergedel ada soto, ada soto adalah bergedel. Tapi ni rakan karibnya si soto tak ada bergedel bujang saja buat makan dengan nasi putih bersama lauk-lauk lain.....sedap jugak. Lagipun takkan nak tunggu ada soto baru nak merasa bergedel.


Perasan tak saya bagi nama Burgerdel dan bukan bergedel. Tahu tak sebab apa. Yess betul.....sebab menggunakan daging burger.

Daging burger tu saya goreng dulu dengan bahan-bahan rempah untuk hilangkan bau hamis selain dapat memberikan bau harum dan rasa yang fresh. Jadi proses menggoreng burgerdel pun tidak lah ambil masa yang lama. Saya juga gorengkan dulu bawang putih dan bawang merah berasingan sebelum ditumbuk. Ini juga dapat memberikan aroma pada burgerdel.

BURGERDEL
by IzaAkma SSK


Bahan A :
500 gm Kentang
1 pokok Daun Sup ~ dihiris
6 helai Daun Bawang ~ dihiris
2 tangkai Cili Merah ~ dihiris
1 biji putih telur ~ untuk salut bila goreng

Bahan Untuk Digoreng dgn Daging Burger :
2 keping Daging Burger ~ hancurkan
1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk :
4 ulas Bawang Putih, digoreng dulu
1 labu Bawang Besar Merah ~ dijadikan bawang goreng


Cara :
Basuh dan buang kulit kentang. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk. Angkat dan toskan. Masih panas lenyek-lenyekkan hingga lumat. Ketepikan.

Sementara itu, panaskan 3 sudu makan minyak. Tumis daging burger bersama bahan-bahan rempah hingga berubah warna. Angkat, ketepikan.

Bila kentang agak suam, masukkan daging burger yang digoreng tadi, gaul rata. Masukkan bahan tumbuk dan bahan-bahan hirisan, sebatikan. Kalau lembik sukar untuk dibentuk tambah sedikit sahaja tepung gandum. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa menggoreng.

Bentukkan bulat atau bulat lonjong. Celupkan satu persatu burgerdel ke dalam putih telur hingga tersalut rata. Goreng dalam minyak banyak dan panas hingga masak. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan untuk masak permukaan yang lagi satu.

Angkat, toskan dan siap untuk disajikan.





2
TERIMA KASIH SAJI... EDISI RAMADAN JULAI 2015


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera



Ada cerita di sebalik rezeki tak terjangka ini. Nak dijadikan cerita, pertengahan April lalu buka email selepas dua bulan tak buka. Dalam banyak-banyak email, mata terpandang pada satu email yang menarik minat saya untuk baca seterusnya. Berdebar jugak hati masa tu walaupun ini bukan kali pertama terima email seperti itu. Lihat pada nama sender dan isi kandungan buatkan saya rasa gembira ada terharu pun ada. Lihat pula tarikh.....alamak dah terlepas dua bulan rupanya. Lepas fikir sejenak, tanpa meletakkan harapan yang tinggi saya reply menyatakan yang saya terima pelawaan mereka. Itu lah dinamakan rezeki.....saya anggapnya rezeki Ramadan. Sesuatu yang tak pernah saya sangka dan jangka suatu hari SSK akan terima offer daripada Majalah SAJI, salah satu majalah masakan yang top dan jadi pilihan ramai penggemar masakan. Saya juga salah seorang pembaca setia SAJI.

Jutaan terima kasih buat SAJI kerana mempelawa Singgahsana Kitchen. Ianya satu penghargaan bagi blog SSK. Tak lupa juga terima kasih banyak-banyak pada wakil media SAJI, En.Tajul Ariffin yang telah memberi laluan menawarkan peluang keemasan ini pada SSK serta Team Majalah Saji yang terlibat dalam pembikinan. Diam tak diam sudah 20 tahun SAJI menemani para pencinta dunia masakan. Selamat Ulangtahun ke-20 SAJI.....Tahniah! Semoga Majalah SAJI berjaya mengekalkan ranking sebagai majalah paling top dan popular, terus mendapat tempat di hati pembaca dan membuka dimensi baru dalam perkongsian pelbagai menu yang mampu menambat selera dan citarasa pembaca.


Alhamdulillah.....
Inilah 10 resipi dalam SAJI Edisi Julai'15 Istimewa untuk Ramadan. Daripada 10 resipi, 8 tak pernah post lagi dalam blog. Jadi jangan ketinggalan dapatkan senaskhah SAJI JULAI 2015 di pasaran sekarang.








2
RAMADHAN....TETAMU YANG DIRINDU


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Selangkah demi selangkah sama ada sedar atau tidak, setahun sudah pun berlalu. Pantas masa berlari, bulan Syaaban telah pun berada di penghujung hari terakhir. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan bertemu dengan penghulu segala bulan; Ramadhan al-Mubarak. Sebaik saja masuk waktu Maghrib malam ini maka bermulalah 1 Ramadhan 1436H. Bulan yang memiliki pelbagai kemuliaan, dijanjikan gandaan ganjaran, dilimpahi keberkatan dan dilimpahi rahmat. Bersyukur dan berbahagialah kita yang masih direzekikan oleh Allah SWT ketemu kembali dengan Ramadhan kali ini.

Ramadhan bukanlah hanya sekadar satu bulan di dalam kalendar Islam, malah ia adalah sebuah madrasah yang mampu mentarbiyah jiwa insan. "Bagaikan Pungguk Rindukan Bulan" begitulah perumpamaan yang selayaknya menggambarkan jiwa orang-orang yang beriman yang menantikan Ramadhan. Kedatangannya adalah hadiah dan nikmat yang terbesar bagi umat Islam. Manakan tidak! Bulan mulia yang bakal menjelang tiba ini Allah SWT menyediakan pelbagai tawaran mega kepada hamba-hambaNya yang beriman. Setiap detik dan saat tidak kira sama ada pagi mahupun petang, malam ataupun siang, segala amalan yang dilakukan nilai ganjarannya bakal dilipatgandakan oleh Allah Rabbul Jalil.
Ramadhan adalah tetamu agung umat Islam yang wajib dimuliakan oleh setiap kaum muslimin. Sebelas bulan menanti, akhirnya Ramadhan mendatang, bulan yang penuh hikmah, barakah, kasih sayang dan pengampunan tiba. Bulan ini memberikan peluang untuk Muslim mendekatkan diri kepada Allah SWT dan juga sebagai ruang untuk memohon maghfirat yang diluaskan Allah sepanjang Ramadhan. Rugilah bagi kita jika tertinggal ibadah yang dijanjikan gandaan pahalanya, rugi juga kita kerana pembaziran dan semuanya terlambat untuk kita memperbetulkan kerana Ramadhan hanya sebulan.

Sama-samalah kita tanamkan azam untuk mencipta Ramadhan kali ini sebagai yang terbaik mengikut amalan sunnah Nabi Muhammad SAW, sekurang-kurangnya mengikuti amalan menimum mengikut standard Rasulullah SAW. Para sahabat Baginda SAW menangis apabila berakhirnya Ramadhan, akankah kita turut meratapi sebaik berakhirnya Ramadhan?



Mata kadang salah melihat
Mulut kadang salah berkata
Fikiran kadang salah mentafsir
Hati kadang penuh muslihat
Salah dan khilaf maafkan sesama kita.....








0
KUIH SIPUT


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Projek mengisi masa terluang. Resipi kuih siput Sally Rashid ni ada save lamaaa dulu..... jumpa dalam FB. Masa tu berkobar-kobar semangat nak buat. Tapi tu la.....bulan ke bulan tahun ke tahun raya bersilih ganti tak jugak jadi kuih siput.....alasan semangat merundum.


La ni jer semangat tu timbul balik. Cari resipi dalam lappy tak jumpa plak. Pada awal terkilan jugak rasa resipi hilang, try nyer idak lagi. Jalan akhir tanya pokcik google. Sib baik jumpa di blog Norhayati Mohd Ramli @ Dunia Masakan Ku.....terima kasih banyak-banyak. Kali ni dapat resipi terus buat tak tangguh-tangguh dah.


Inilah hasil menyiput semalam. Adoiihh.....jenuh nak menghabiskan satu adunan.....sampai sakit-sakit jari, sakit pinggang duk menenyeh doh kat acuan. Tapi bila dah siap goreng, makan laju sokmo. Sedap siput ni.....rempah ratusnya cukup terasa. Cuma masa menggoreng kena sabar sikit sebab api tak boleh besar takut di luar masak dalam tak masak lagi.....tu yang jadi tak rangup. Moh layan resepi kuih siput di petang hari.....

KUIH SIPUT
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
250gm - Tepung Gandum
35gm - Marjerin
1 sudu besar - ketumbar*
½ sudu teh - Jintan Manis*
½ sudu teh - Jintan Putih*
1 sudu besar - Udang Kering*
5-6 tangkai - Daun kari*
1 sudu besar - Serbuk kari daging/ayam
1 sudu teh - Serbuk ikan bilis Knoor
½ sudu teh - Serbuk cili / Chili Flakes
½ sudu teh - Garam
1 biji - Telur Gred B - pukul ringan dengan garfu
2 sudu besar - Santan
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Daun kari

Bahan bertanda * dikisar halus.
Boleh guna bahan rempah jenis serbuk, jadi tak payah blend.


Cara :
Mulakan dengan bahan kering..Gaul sebati
Masukkan telur & santan & gaul lagi
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang boleh ditekan pada acuan siput.
Buat sehingga habis & bolehlah mula menggoreng
Goreng dengan api sederhana sehingga kuih siput garing
Masukkan daun kari ketika menggoreng.





0
AYAM KALIO PERCIK


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Sambal Tumis Terung Pipit dengan Tempe dalam post sebelum ni lauk sampingan je. Ikutkan anak-anak memang tak berapa nak makan tempe, terung pipit tapi masakkan jugak sebab chef in da house teringin sangat sebenarnya. Maklumlah membesar dengan masakan kampung.....

Jadi saya masak satu lagi lauk lain sebagai menu utama diberi nama Ayam Kalio Percik. Resipi asal dari majalah RASA 2010 sumbangan Hotel De Palma Shah Alam. Tapi kuantiti bawang, cili, lengkuas semua dalam gram. So untuk memudahkan rujukan akan datang, saya dah siap-siap tukarkan gram kepada kuantiti biasa. Mana tau nanti-nanti terasa nak makan lagi terus refer sebab apa tau.....sebab ayam kalio percik ni sungguh sedap, rasa ala-ala masak lemak pun ada. Oh ya, ayam tu jika suka boleh juga dibakar selepas diperap dan bahan perapan boleh dimasak dan disiram di atas ayam tadi. Jomm layan.....



AYAM KALIO PERCIK
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
400 gm ayam, potong ikut suka
1 cawan santan pekat
1 cawan air (bergantung pada kepekatan yang disukai)
4-6 helai daun limau purut, hiris halus
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit gula (jika perlu)

Bahan Kisar :
1 labu bawang merah besar
8 ulas bawang putih
4 biji cili merah
8 biji cili padi
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
1/2 inci kunyit hidup


Cara :
Perap ayam bersama bahan-bahan yang telah dikisar dan sebahagian hirisan daun limau purut selama 45 minit.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis lebihan bahan perapan sehingga pecah minyak.
Selepas itu masukkan ayam yang diperap tadi bersama asam keping. Kacau rata hingga sebati dan mendidih.
Masukkan santan, air, garam secukup rasa, gula jika perlu dan lebihan hirisan daun limau purut. Kacau sebati sehingga kuahnya pekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.





1
SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT & TEMPE


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Ada yang mendakwa, makan tempe boleh awet muda. Betul ka?
Dan semestinya awet muda berkait rapat dengan kolagen.

Kolagen menjadikan kulit lebih lembut dan anjal. Masa kecil kandungan kolagen dalam badan tinggi, sebab itu kanak-kanak mempunyai rambut yang cantik bersinar dan kulit yang halus mulus gebu. Semakin berusia, kandungan kolagen dalam badan berkurangan, maka mulalah muncul kedutan pada kulit, garisan di sekeliling mata dan mulut, leher juga mengendur.

Bila umur makin meningkat, kulit tidak lagi anjal, kedutan juga makin ketara. Maka ramai yang memilih jalan pintas membeli pelbagai produk kecantikan untuk menegangkan apa yang kendur. Kebanyakan produk ini dikatakan mengandungi kolagen dan elastin. Namun, adakah ia berkesan atau semakin memudaratkan?

Jika dengan krim tak berkesan, adakah cara lain untuk merangsang sel kulit dan menambahkan penghasilan kolagen? Pasti ada, salah satunya melalui pemakanan.


Antara makanan yang membantu penghasilan kolagen adalah :
  • Sayuran / Ubi / Buahan Berwarna Merah
  • Sayuran / Ubi / Buahan Berwarna Oren
  • Sayuran Berdaun Hijau
  • Buahan Citrus
  • Minyak zaitun (extra virgin olive oil)
  • Bawang bombay
  • Ikan Omega3
  • Bawang Putih
  • Avokado
  • Rumpai Laut
  • Soya - samada dalam bentuk air, tempe atau tauhu mengandungi genistin, hormon tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan yang membantu penghasilan kolagen dan menghalang enzim yang merosakkan kulit. Wanita di usia akhir 30an dan 40an, digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan isoflavon soya seperti tempe kerana ia mampu melawan serangan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan. Tempe juga mengandungi vitamin B1(thiamin), B2 (ribofl avin), niasin, vitamin B6 (piridioksin) dan vitamin B12 yang meningkat 33 kali ganda selama proses fermentasi. Jadi, amalkanlah untuk lebih awet muda.
(sumber info : ratuhati.com)


Selain meremajakan kulit, hasil kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati tempe jika diambil pada kadar 130 miligram (empat keping) memberi khasiat kalsium setanding segelas susu.

Manfaat Lain Tempe Bagi Kesihatan Tubuh
  • Sumber Protein
  • Sumber Vitamin B, penting untuk proses metabolisme sel darah merah tubuh, meningkatkan perbaikan fungsi sistem kekebalan tubuh dan saraf, hormon pertumbuhan, mencegah anemia dan kanser pankreas.
  • Mengurangi risiko serangan jantung
  • Mampu menyembuhkan cirit-birit
  • Menurunkan tekanan darah
  • Merupakan salah satu sumber makanan antikanser.
  • Mampu mencegah osteoporosis.
  • Kaya serat yang mampu melancarkan pencernaan.
  • Mampu mencegah hipertensi.
  • Mengatasi keracunan


Terung pipit juga dikenali sebagai terung rembang, sejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian 1.5m. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Terung pipit mengandungi protein, lemak, karbohidrat serta banyak kandungan fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga.

Selain itu akar terung pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

(sumber info: khasiatherba.com)


Siapa-siapa yang gemar tempe tak semestinya dia orang jawa kan. Macam saya bukan orang jawa pun, orang Perak tapi dah memang sejak zaman kanak-kanak lagi feberet tempe. Kekadang tu saya hiris nipis tempe, goreng dan buat kudapan. Makan tu ja pun dah boleh kenyang sebab tempe kaya serat. Untuk menu ni, saya gandingkan tempe bersama terung pipit. Buat ratah pun sedap, makan dengan nasi hangat lagi la sedapp!!
SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT & TEMPE
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
1labuBawang besar (1/2 dikisar & 1/2 dihiris tebal)
3ulasBawang putih ~ dikisar
1inciBelacan ~ dikisar
5sudu makanCili kisar
SegenggamIkan bilis ~ ditumbuk kasar
1cawanAir asam jawa
1/4cawanSantan pekat
1/2cawanTerung pipit
1peketTempe ~ dipotong ikut suka
1/2cawanMinyak masak
Garam & Gula secukup rasa

Caranya :
Goreng tempe tapi jangan terlalu garing. Ketepikan.
Tumis hirisan bawang. Setelah sedikit layu, masukkan bahan yang dikisar halus hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak. (kebiasaan iza akan masukkan gula & garam pada step ini supaya lebih serata dan gula akan caramelised bersama sambal. Cara ini juga akan mengelakkan cili yang ditumis daripada cepat hangus).
Masukkan pula ikan bilis yang ditumbuk kasar. Tumis lagi hingga sedikit garing.
Masukkan air asam jawa, santan dan terung pipit.
Bila terung dah lembut, masukkan tempe dan kacau rata. Rasakan garam & gula. Biarkan seketika supaya tempe bergaul rata bersama sambal. Angkat. Kepekatan sambal ikut suka.





1
APAM BELANG BLUEBERRY


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Dah lebih 3 tahun duk simpan resipi ni, hari ini baru dapat buat. Resipi asal dari Puteri Manja. Macam biasa saya olah sikit untuk dapatkan hasil seperti yang saya bayangkan. Ini pun saja suka-suka try n error. Biasa buat apam habis-habis pun bubuh color nak bagi nampak meriah. Tak pun kalau nak apam yang berperisa bubuh paste. Dah selalu sangat yang macam tu. Kali ni nak buat kelainan sikit, tambah blueberry filling. Saya bubuh dua tiga sudu jer sebab itu saja pun baki yang ada. Sayangnya blueberry paste pulak dah habis. Nasib baik lah pewarna ungu violet ada jadi penyelamat.

Alhamdulillah, apam tak meragam. Tetap gebu dan naik cantik, yang penting sedappp. Kalau kuantiti filling tu dilebihkan dan tambahkan blueberry paste lagi lah bertambah ummphh. Sukatan asal apam ni dalam cawan tapi saya dah convertkan dalam metrik for my future reference. Manis apam ni just nice, manis-manis buah. Sukatan gula boleh adjust ikut sesuai selera anda.



APAM BELANG BLUEBERRY
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
2 cawan (220 gm) tepung gandum
1/2 cawan (65 gm) gula kastor
1/2 pek (5.5 gm) yis segera
250 ml air suam
Pandan paste/warna kegemaran
(iza guna pewarna lemon yellow & ungu violet)
2-3 sudu makan blueberry filling (iza tambah)

Cara :
Campurkan semua bahan, kacau hingga rata dan sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan.
-1 bahagian warnakan lemon yellow
-1 bahagian warnakan ungu violet + blueberry filling
Biarkan 15-20 minit
Sementara itu panaskan kukusan dan oleskan sedikit minyak pada acuan
Selepas adunan kelihatan naik dan kembang, sudukan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli ikut kreativiti
Kukus selama 8-10 minit sehinggga masak

Pesan Dapur SSK
** Dengan acuan serupa ini dapat menghasilkan kuranglebih 20 biji
** Boleh gantikan pewarna ungu violet dengan blueberry paste





2
SAMBAL TELUR REBUS


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Sekadar coretan kata-kata indah

Ukhuwah bukanlah pelangi yang indah hanya sebentar...
Ukhuwah bukanlah matahari yang menemani hanya setengah hari...
Tapi ukhuwah adalah hati yang melekat dalam diri
Dan senantiasa ada dalam jiwa...
Dunia terasa indah kerana
Ada ukhuwah yang saling memberi kerana Allah...
Ada sapa dalam duka...
Ada doa dalam kesedihan...
Ada maaf dalam setiap khilaf...
Ada pesan memesan dalam perbaikan diri...

Jika bersabar mampu menjernihkan keadaan
Maka bersabarlah...
Jika dengan keikhlasan mampu menghulurkan sebuah kemaafan
Maka maafkanlah...
Jika keikhlasan mampu membuatmu tersenyum
Maka ikhlaskan lah ia...
Jika senyum dan maaf mampu menjalinkan ukhuwah dan kasih sayang
Maka senyumlah terukir sentiasa di bibir dan di hati...



Walau simple, tetap sedap dan menjadi kesukaan....

SAMBAL TELUR REBUS
by IzaAkma SSK
source ~ DayangJack@DapurKu SaYang



Bahan-Bahan :
4 biji telur rebus (digoreng)
1/2 labu bawang besar (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
cili kisar secukupnya
sedikit belacan bakar (dikisar)
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)

Cara :
Tumis bahan-bahan kisar dan cili giling hingga garing. (iza tumis dulu bawang yang dikisar, dah naik bau masukkan cili kisar dan belacan, tumis lagi hingga cili garing dan pecah minyak)
Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Bila sambal dah sedikit memekat masukkan hirisan bawang besar dan telur, gaulkan rata-rata. Hidangkan.