1
DAGING MASAK KERISIK


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Rasa rendang asli yang sebenar walau tanpa penggunaan santan.
Masakan ini tidak ambil masa berjam-jam untuk disediakan.
So easy, so simple, so sedap.....
Sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi berperisa.
Selain nasi, dengan ketupat dan lemang pun sedap.....

Satu lagi resipi yang juga rasanya mirip rendang, boleh rujuk di entri DAGING BAWANG GORENG
Dua-dua resipi ini boleh dikategorikan sajian alternatif kepada rendang

DAGING MASAK KERISIK
by IzaAkma SSK

Bahan-Bahan :
500 gm Daging
2 btg Serai ~ dititik
4 sdb Cili Kisar
5 sdb Kicap Manis
1 sdb Sos Tiram
6 sdb Kerisik
1 sdb Gula
1 kiub Pati Ayam
2 helai Daun Limau Purut
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Dikisar :
3 btg Serai
2 labu Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
1 inci Halia

Cara :
Bersihkan daging dan toskan.
Bahagikan bahan kisar kepada dua bahagian. Satu bahagian perapkan dengan daging dan biarkan seketika.
Sementara itu panaskan minyak. Tumis sebahagian lagi bahan kisar bersama serai yang dititik sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili sedikit garing.
Masukkan 1/4cwn air, gula, kiub ayam, sos tiram, kicap manis, kerisik dan garam.
Bila sedikit mendidih masukkan daging yang diperap tadi dan daun limau purut. Kacau rata sehingga bahan tumisan bersalut dengan daging dan masukkan 1cwn air lagi untuk melembutkan daging
Masak sehingga daging empuk dan kuah sedikit kering.



0
KARIPAP RANGUP SEDAP


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Hari ini 6 Zulhijah 1436H.
In shaa Allah 4 hari lagi kita akan menyambut Aidiladha.
Tentu ada yang tengah memikir-mikir juadah apa yang hendak disajikan sempena raya nanti. Teman tak pikio lagi.....tengoklah apa yang terlintas last minute.

Dari pagi lagi mentari sembunyi di balik awan. Ampang mendung waktu ni diselangi gerimis sekejap-sekejap. Cuaca sejuk-sejuk gini dapat minum petang dengan karipap panas pun sedap jugak kann. Tapi karipap dalam entri ni dah lama buatnya.....bukan hari ni.....


Doh karipap menggunakan campuran 3 jenis tepung. Menghasilkan karipap yang sedap dan ranguuup sangat. Selepas goreng bahagian kulitnya kering, dipegang pun jari tak berminyak. Untuk intinya pula saya kidnap resipi dari satu buku masakan. Inti dia bukan pakai rempah kari saja tau tapi ada extra rempah lain jugak sebab tu rasa ada sikit special.

KARIPAP RANGUP SEDAP
by IzaAkma SSK


INTI KARIPAP

Bahan Inti:
2 cwn Ayam Cincang
2 biji Ubi Kentang ~ didadu kecil
1/3 cwn Serbuk Kari Daging
¼ cwn Cili Kisar
¼ cwn Air Asam Jawa
1 labu Bawang Besar ~ didadu kecil
2 kuntum Bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
1 sdt Serbuk Jintan Manis
1 sdt Serbuk Jintan Putih
2 sdb Serbuk Ketumbar
Garam secukup rasa
Daun Ketumbar ~ hiris

Bahan Ditumbuk Halus:
1 sdt biji Lada Hitam
4-5 ulas Bawang Putih
1 inci Halia


Cara :
Panaskan minyak.
Tumis bahan tumbuk dengan kayu manis dan bunga lawang.
Selepas itu masukkan cili kisar.
Apabila sedikit garing masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, jintan putih dengan ketumbar.
Tambahkan sedikit air supaya rempah tidak kering dan hangus. Apabila tumisan rempah pecah minyak masuk ayam cincang dan ubi kentang, kacau rata dan sebati.
Masuk air asam jawa, masak hingga kentang empuk. Jika perlu boleh tambah lagi sedikit air supaya kentang empuk.
Masuk bawang besar yang didadu. Kacau rata. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Bila sudah masak padamkan api dan tabur hirisan daun ketumbar. Ketepikan.
DOH KARIPAP
source 1 ~ AlongRoz @ HomeKreation
source 2 ~ My Style My Way @ momotemuk.blogspot


Bahan Doh :
500 gm Tepung Gandum
50 gm Tepung Beras
50 gm Tepung Ubi
1 sdb Gula

3 sdb Marjerin
¼ cwn Minyak Masak

1 sdt Garam
1 cwn Air Suam ~ yang telah dicampur garam (tuang sedikit demi sedikit)


Cara :
Campurkan kesemua bahan kering, pastikan digaul rata.
Panaskan marjerin bersama minyak masak dan tuangkan ke dalam campuran tepung, gaul rata. Ianya akan sedikit bergentel.
Untuk mengenalpasti samada sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan ke dalam tangan dan boleh dilihat ianya akan berkepal dan agak padat (tidak senang terlerai).
Bolehlah diikuti dengan proses menguli. Masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi ke dalam adunan. Uli lah sehingga menjadi doh lembut dan kenyal. Pastikan ianya tidak melekit di tangan dan di tepi-tepi bekas adunan. Jika melekit, tambah sedikit tepung dan diuli sedikit
Perapkan doh 1/2 jam. Tutup bekas dengan kain atau penutup. Setelah 1/2 jam keluarkan adunan dan diuli sedikit.
Bahagikan doh kepada bebola-bebola kecil.
Ambil sedikit doh dan leperkan. Isi dengan inti, tutup dan kelim kemas-kemas. Buat sehingga habis.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing dengan api sederhana. Minyak jangan terlalu panas nanti kulit tak akan jadi cantik
Angkat dan toskan.


** Adunan doh ini boleh diguna-pakai berkali-kali. Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam plastik dan letak ditempat beku (freezer) nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya semula.




0
OPOR NANGKA BERDAGING


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Majalah SAJI ada mempelawa SSK untuk berkongsi resipi dalam keluarannya yang lalu.
Entri mengenainya ada di > SINI.

SSK kongsikan 10; 8 belum post, 2 lagi dah share.....boleh refer link di bawah.
   > BUBUR SOM-SOM TROPICANA
   > PUDING LAPIS LAICI 

Untuk 7 lagi resipi yang belum post tu akan dimasukkan nanti satu persatu.


Saya mulakan Rcp 1 ~ Opor Nangka Berdaging

Asal resipi daripada Arkib Resipi Br. Tapi saya buat sedikit pengubahsuaian dalam bahan dan cara memasak. Oh ya, opor ini tak berapa pedas. Suka lebih pedas boleh tambah cili kisar.

Okay Mokcik berundur dulu.....Adios Amigos.....

OPOR NANGKA BERDAGING
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
500 gm Nangka Muda
100 gm Daging (rebus hingga empuk, simpan air rebusannya)
3 cwn Santan (1 cwn santan pekat + 2 cwn santan cair)

1 sdb Cili Kisar
2 helai Daun Limau Purut
1 sdb Kerisik
¼ sdb Gula Melaka / Gula Merah
1 keping Asam Gelugur
Garam secukup rasa

1 inci Kulit Kayu Manis
2 biji Buah Pelaga
Sedikit Minyak untuk menumis

Bahan A :
1 hiris Halia
2 ulas Bawang Putih
5 ulas Bawang Merah
1 ½ batang Serai
½ hiris Lengkuas
½ inci Kunyit Hidup
¼ sdt biji Lada Hitam
~ semua bahan dikisar halus

Bahan B :
½ sdb biji Ketumbar
¼ sdt biji Jintan Manis
½ sdt biji Jintan Putih
~ sangai & tumbuk halus


Cara :
Nangka dipotong-potong, rebus hingga empuk dan toskan.
Panaskan sedikit sahaja minyak.
Tumis kayu manis, pelaga dan bahan kisar (A).
Selepas naik bau, masukkan cili kisar dan setelah garing dan pecah minyak, masukkan daging berserta air rebusan, nangka dan bahan (B). Kacau rata
Masukkan santan dan masak hingga mendidih
Kemudian masukkan kerisik, asam gelugur, garam, gula dan daun limau purut
Masak hingga mendidih dan pekat kuahnya


0
APAM PISANG MARBLE


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Misi menghabiskan pisang.
Buat Apam pisang yang dimadukan dengan chocmilo.
Kemudian ada serbuk biskut marie lebih buat MANGO FLOAT hari tu anggaran dua tiga sudu..... pun saya masukkan sekali ke dalam adunan. Tak baik membazir kann.

Tak perlu esen pisang lagi untuk menaikkan aroma sebab pisang yang digunakan dah cukup ranum. Sama jugak macam KEK PISANG yang buat sebelum ni.....tak bubuh esen tapi rasanya harum kaya dengan aroma pisang.

Nak tahu macam mana rasa apam ni.....haaa.....tengok dan amati gambar-gambar kat bawah ni ya. Sungguh gebu, halus, mulus, moist, paduan rasa pisang dengan milo dan coklat membuatkan makan satu gerenti tak cukup sebab apam ni jenis ringan bukan jenis berat. Yang pasti apam ni sedap sangat macam rasa kek kukus pisang pun ada. Apa pun moh layan.....




APAM PISANG MARBLE
done by IzaAkma SSK
rcp ~ Fb June Ahmad



Bahan A :
1 cwn Pisang (lenyek)
1/2 cwn Minyak Masak / Minyak Jagung (iza guna minyak jagung)
1/2 cwn Susu Pekat
1/2 cwn Gula Perang
2 biji Telur
~ satukan semua bahan ini

Bahan B :
2 cwn Tepung Gandum
1 tsp Soda Bikarbonat
1/2 tsp Baking Powder

Bahan C :
1 sdm Milo
1 sdm Serbuk Koko (iza guna chocolate powder)

* 1/8 tsp Pewarna Kuning ~ bahan extra yang iza tambah

Cara :
Tuangkan campuran bahan (A) ke dalam bahan (B)
Kacau sebati
Asingkan menjadi 2 bahagian
    bhgn 1 - tambah dengan bahan (C)
    bhgn 2 - tambah pewarna kuning (optional), resipi asal tak bubuh color
Perap 20 minit
Sapu minyak pada acuan sebelum dimasukkan adunan
Sudukan adunan separas 3/4 acuan saja.....nanti akan naik tinggi
Kukus dengan api besar selama 15-20 minit


Note :
* iza guna cawan & sudu penyukat metrik
* kecuali milo & serbuk chocolate guna sudu makan biasa




0
KEK PISANG


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Kek Pisang yang tetiba menjadi viral di Fb.
Tak nak ketinggalan.....Nak buat jugak

Dari minggu lepas lagi plan. Sabtu beli pisang, petang semalam lenyek dan simpan semalaman dalam petisejuk.....pagi tadi keluarkan dan start buat. Selepas keluar oven, biarkan sejuk sekejap then terus potong. Walaupun potong tika masih suam, potongan kek tetap maintain tak berderai. Sambil potong sambil makan.....Hmmm.....Sedap, Lembut, Gebu dan Moist sangat-sangat.

Resipi ambil dari Fb. Tak pasti pulak siapa empunya asal.
Pada tuan punya resipi, minta halal dan izinkan saya kongsikan di sini ya.....



KEK PISANG
by IzaAkma SSK

Bahan-Bahan :
350 gm Pisang
1 sdt Soda Bikarbonat
1 sdt Esen Pisang (iza tak bubuh esen)
~ satukan dan lecek.....perap semalaman

4 biji Telur (A)
220 gm Gula Kastor (iza kurangkan sikit sebab pisang dah manis)
1 sdt Esen Vanila
1 sdt Ovalet
150 gm Butter ~ dicairkan dan disejukkan suhu bilik

300 gm Tepung Gandum
1 sdt Baking Powder
~ satukan dan ayak

3 biji Pisang ~ belah 2 memanjang untuk hiasan atas kek

Cara :
Pisang yang dilecek dibiarkan sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih baik semalaman
Dalam mangkuk pengadun, satukan telur, gula, vanila dan ovalet. Pukul sehingga kembang 2 kali ganda
Masukkan butter cair dan pukul sebati
Masukkan pula pisang lecek dan gaul rata
Masuk pula tepung sedikit demi sedikit dan kaupbalikkan sahaja
Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan sedikit butter atau 'spray cooking', alas baking paper dan oles sedikit lagi
Susun pisang yang dibelah 2
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 50-60 minit atau sehingga keperang-perangan
Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
Cara Iza :
~ Buat 3/4 resipi @ adunan
~ Untuk 3/4 adunan, saya buat 160gm gula kastor
~ Guna pisang berangan
~ Selepas siap diadun, bahagikan adunan kepada kepada 2
   bhg 1-tambah pewarna kuning/lemon yellow
   bhg 2-tambah pandan paste & jika perlu Pewarna Hijau
~ Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang diikuti adunan kuning, aturkan hirisan pisang
~ Bakar pada suhu 150C dengan api atas bawah with fan selama 55-60minit (yang ini setting untuk oven saya dan berubah mengikut oven masing-masing)





0
SUP DAGING ALA SIAM


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Sup daging yang super duper sedap!!
Supnya yang sudah sememangnya enak jadi berganda-ganda lebih enak dengan aroma taburan bawang goreng bersama hirisan daun bawang / daun sup serta perahan jus limau.



SUP TULANG ALA SIAM
tried & tested ~ IzaAkma SSK
source ~ Lydia Honey @ lydiahoney2003.blogspot



Bahan-Bahan :
1 kg Tulang Lembu ~ dipotong sederhana besar (iza ganti daging)
3 batang Serai ~ dititik
1 inchi Halia ~ diketuk sikit
1 inchi Lengkuas ~ diketuk sikit
2 biji Tomato ~ dibelah 4
2-3 helai Daun Limau Purut
Cili Padi (jika suka)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit Minyak untuk menumis

2 kuntum Bunga Lawang*
3 biji Buah Pelaga*
3 kuntum Bunga Cengkih*
1 batang Kayu Manis*
6 biji Bawang Merah ~ dimayang halus*
3-4 ulas Bawang Putih ~ didadu halus* (*ditumis)

1 sdt Serbuk Lada Hitam**
1 sdb Serbuk Ketumbar**
1 sdt Serbuk Jintan Kasar**
1 sdt Serbuk Jintan Halus**(**dikisar halus) ~ (iza guna rempah biji untuk keempat-empat bahan rempah ini.....sangai sekejap.....kemudian tumbuk bersama-sama bawang merah dan bawang putih)

2 labu Bawang Besar ~ dipotong bulat
2 biji Kentang sederhana besar ~ dipotong 6
1 batang Carrot ~ dipotong ikut suka
Hirisan Daun Sup / Daun Bawang & Bawang Goreng ~ untuk hiasan


Cara :
Bersihkan tulang (daging yang dipotong ikut suka) dan toskan.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas, halia, daun limau purut dan bahan kisar halus hingga harum.
Masukkan tulang (daging), gaul rata dan biarkan selama 5 minit.
Masukkan air dan rebus sehingga tulang (daging) empuk (guna presure cooker jer).
Masukkan kentang dan carrot, biarkan hingga empuk.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan tomato serta bawang besar (kalau suka boleh masukkan cili api yang diketuk sedikit) renehkan selama 2 minit lagi dan matikan api.
Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Sedia untuk dinikmati dan juga enak dihirup begitu saja..


Tips :
Kalau nak masam add sikit perahan lemon jus (iza tambah jus limau nipis)




0
STEAMED DURIAN COTTON CAKE


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Sang mentari tak kelihatan pagi ni. Keadaan cuaca gelap. Sesekali terasa hembusan angin. Mungkinkah jerebu atau petanda akan hujan. Alhamdulillah.....baru cerita, hujan dah mula turun membasahi bumi Ampang, harap dapat melegakan sedikit keadaan jerebu yang mengganggu sekarang.

Ikutkan ada projek RnD di dapur hari ni. Tapi sebab cuaca tak begitu cantik.....hujan, nampak gayanya terpaksa lah tangguhkan dulu sebab selepas bereksperimen tentu nak shoot kan.....dan dah tentunya shoot perlukan cahaya. Keadaan dalam rumah pula agak gelap hanya harapkan cahaya matahari for shooting. Jadi masa terluang yang ada ni dapatlah update blog. Lately busy sikit tu yang blog sunyi berhari-hari sampai berminggu-minggu tak berupdate. Selagi blog ini masih terus dibuka pada public bermakna saya akan terus berkarya di sini, in shaa Allah.....


Berbalik pada entri.....
Ini kali ketiga buat kek durian ni tapi belum pernah post lagi. 1st time try, failed.....kek bantat. Lepas tak jadi kali pertama tu lama jugak la resipi berkubur.....bukan serik, cuma takut tak jadi lagi. Mana taknya banyak bahan terbuang.....raja buah tuu.....bukan murah. Tak patah semangat. Selepas beberapa tahun cuba lagi kali kedua. Alhamdulillah kejadiannya tak bantat cuma kurang puashati. Sekali lagi resipi simpan.

Waktu itu bukan resipi aje simpan, dengan harapan jugak saya simpan sekali untuk cuba dan cuba lagi sampai dapat. Sebab dah lama simpan, sampai terlupa. Sehinggalah bebaru ni, masa belek-belek buku resipi lama yang dipenuhi juga dengan helaian-helaian catatan resipi, terjumpa semula resipi Kek Durian Kukus yang dah dua kali berkubur. Kebetulan pulak musim durian. Apalagi masa yang sesuai sangat try untuk kali ketiga.


Bak kata orang, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Semangat kena jitu usaha kena mantap.....jangan cepat putus asa. Saya buat dua tiga minggu lepas dan inilah hasilnya. Kejadian kali ini lebih baik daripada percubaan kedua. Dengan keberhasilan ini, maka saya abadikan resipinya di sini. Rasanya sedap, lembut, spongy, kaya dengan rasa dan harum durian. Nak describe rasa kek ni lebih-lebih pun tak berapa pandai. Nak tahu kena lah buat. Tak kisah la anda Durian Lover ke tidak, cuba ya.....jangan tak cuba.....dan rasakan sendiri keenakannya. Sebab saya sendiri pun bukan durian lover tapi kek ni ternyata aromalicious pada saya.

STEAMED DURIAN COTTON CAKE
by IzaAkma SSK
source ~ Lia @ dapurgue.blogspot



Bahan-Bahan :
125 gm Isi Durian
1 tsp Esen Vanila
150 gm Tepung Gandum
175 gm Gula Kastor
300 gm (5 biji) Telur
1.5 tsp Ovalet
75 gm Susu Segar
75 gm Marjerin + 60 gm Butter (iza guna 100% butter)

Loyang 20x20x5cm, oles marjerin, alas dengan baking paper


Cara :
Panaskan susu, marjerin dan butter dengan api kecil hingga cair dan hampir mendidih, matikan api.
Masukkan isi durian dan tepung gandum, kacau rata, ketepikan.
Dengan menggunakan mixer, pukul telur, ovalet, esen vanilla dan gula hingga kembang, pucat dan kental.
Ambil 2 senduk adunan telur masukkan ke dalam adunan durian, kaupbalik dengan spatula hingga rata. Tambahkan adunan telur secara bertahap sambil dikaupbalik rata di setiap tambahan sehingga semua adunan bercampur rata.
Tuang adunan dalam loyang, masukkan ke dalam kukusan yang sudah mendidih. Dengan api sederhana, kukus 30 minit atau sehingga masak.
Angkat dan sejukkan, keluarkan dari loyang, potong2 & sajikan.


Note by Lia:
Bisa disajikan dengan saus coklat, tapi gue prefer gak pake pendampng apa2 biar lebih brasa duriannya.
Selain dikukus bisa juga dioven, paling bagus dioven dengan cara ditim (steam bake / au bain marie) untuk mempertahankan tekstur halusnya.





0
KUIH LIMAS


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Apa yang diperhatikan populariti kuih ini agak tenggelam berbanding tepung pelita sampaikan payah bebenor nak jumpa orang jual di sekitar KL. Tak tahu kenapa. Kalau tepung pelita usah cakap lah memang ramai duk jual terutamanya bulan Ramadan. Walaupun rupa paras kuih limas dengan tepung pelita kelihatannya sama tapi dari segi rasa memang berbeza kerana penggunaan bahan dan cara penyediaan yang berlainan.


Dah lama berhajat sebenarnya nak buat kuih tradisi warisan negeri Perak ni. Weekend lepas balik kampung, angkut daun pisang so dapat lah sediakan kuih idaman. Dulu-dulu biasa tolong-tolong bonda buat kuih limas. Dari situ saya belajar membuat bekas @ sampannya. Tak susah untuk membuat sampannya. Saya guna kotak kecil berukuran 6x4cm sebagai acuan supaya sampan yang terhasil sama saiz semuanya.


Mengukus kali ini saya gunakan Trio Steamer. Beli dengan Chef Asma.....lama dah.....masa mula-mula Chef promote steamer ni dalam enam tujuh tahun lepas.....waktu tu pulak selalu attend kelas Chef di Bake With Yen.....langsung berkenan. Alhamdulillah selama guna tak pernah sekalipun meragam. Walaupun harganya rm xxx tapi amat berbaloi-baloi dan menyenangkan.


Kuih ni kena biarkan betul-betul sejuk baru sedap dimakan. Bagi yang suka makan dingin, boleh simpan dalam petisejuk dulu sebelum makan. Resipi ini dapat menghasilkan 20pcs bergantung kepada saiz.

KUIH LIMAS
by IzaAkma SSK


Bahan Lapisan Bawah :
650 gm Jus Pandan
~ blend 5 helai daun pandan dengan air, tapis dan dapatkan 650 gm jus
100 gm Santan Pekat
150 gm Tepung Gandum
60 gm Tepung Pulut
Pewarna Hijau (jika perlu)

Bahan Lapisan Atas :
300 gm Santan Pekat
300 gm Air
80 gm Tepung Gandum
1.5 tsp Garam

Bahan Lain :
Secukupnya Daun Pisang ~ untuk bekas
Secukupnya Gula Pasir


Cara :
Sediakan dahulu bekas@sampan yang diperbuat dari daun pisang
Bancuh bahan lapisan atas dan bawah dalam bekas berasingan
Panaskan kukusan
Bila air kukusan sudah mendidih, masuk bekas@sampan ke dalam kukusan, tutup dan biarkan panas sekejap
Kemudian isikan 1 tsp gula/ikut citarasa ke dalam setiap bekas, tutup kukusan dan biarkan selama 3 minit
Tuang adunan lapisan bawah, kukus 10 minit
Kemudian tuang pula adunan lapisan atas, kukus lagi 5 minit
Angkat dan biarkan sejuk, kemudian hidangkan