1
YANG BERLALU MEMORI, YANG BAKAL MENDATANG HARAPAN....


Hidup ini umpama bermusafir...
Suatu perjalanan yang tiada hentinya sehinggalah bertemu 'noktah' itu
Selagi 'noktah' itu belum ditemu selagi itu musafir ini harus diteruskan...


Bagi insan kerdil ini, setiap tahun yang ditinggalkan meninggalkan kesan yang berbeza-beza. Seperti tahun 2014 dan tahun-tahun sebelumnya, tahun 2015 juga tak terkecuali. Jika memori 2014 masih terlipat kemas segar di ingatan, 2015 juga menyimpan memorinya sendiri. Ada tawa, ada senyuman, ada tangisan, ada hajat yang dikabulkan, ada impian yang tak kesampaian, ada janji yang masih tak tertunai, ada kesilapan yang tak tertebus, ada rasa yang tak terungkap, ada pengharapan yang masih kelam.....Semuanya terkesan di nurani yang paling dalam.

Adakala bila diri rebah berdepan ujian, airmata lah peneman setia. Diri mengumpul kekuatan untuk bangkit semula. Ada ketika mampu tapi ada ketika tersungkur rebah lagi. Berada dalam situasi itu serasa nasib diri bagaikan sang camar yang terbang dalam keributan hembusan beliung lalu terluka sayapnya ditimpa bencana tatkala mencari singgahan.....mungkin kah boleh terbang tinggi menggapai bintang di langit dengan diri yang kerdil dengan sayap terluka.....tersingkir jatuh tiada pernah dipeduli.....pedih terluka tiada siapa yang endahkan. Biar pedih perit namun perjalanan hidup perlu terus digagahi. Walaupun bibir mampu mengukir senyum tak bererti diulit bahagia tapi senyuman itu sebagai pembalut duka di hati. Hanya Dia tempat ku menadah tangan panjatkan doa, mengadu nasib dan bergantung harap.

Semoga 2016 akan membawa kuntuman harapan dan sinar bahagia...


Tak banyak perkara manis berlaku sepanjang tahun 2015.....ada la beberapa. Antaranya, SSK dilamar SAJI dalam keluaran Julai'15.....sesuatu yang tak pernah terjangka. Di susuli pada 14 Dis'15 yang baru lalu, anakanda Puteri mendapat kejayaan cemerlang 9A dalam PT3. Alhamdulillah syukur Ya Allah.....

Tu part yang manis, part pahit tak kurang hebat. Apapun biarlah yang pahit dan kelat tu disimpan rapi dikunci rapat terkurung jauh dalam lubuk hati.....biarkan hanya empunya dan Pemiliknya saja yang tahu...

Yang berlaku di waktu lalu adalah sejarah, sekarang adalah pasti, akan datang adalah harapan...



" Usah bersedih duhai hati jika urusan kehidupan menyempitkanmu
Sesungguhnya bulan bertambah menawan apabila bertambah kegelapan sekitarnya
In shaa Allah akan jadi indah bila tiba masanya..."




0
TAUHU BERLAUK


Tauhu Berlauk yang pernah meleTops sekejap di Fb beberapa bulan lalu...
Saya guna udang segar menggantikan isi ayam kerana pada saya udang memberikan rasa manis semulajadi selain memberi aroma yang tidak ada pada ayam. Dengan adanya rasa semulajadi itu, tak perlu lah lagi menambah serbuk perasa. Untuk bahan celupan telur pula, saya tidak guna hanya telur semata tapi ditambah juga hirisan daun bawang bersama cili padi


Satu hidangan ringkas yang sungguh sedap!!
Enak dinikmati begitu saja atau dicicah bersama sos cili...

TAUHU BERLAUK
by IzaAkma SSK


Bahan A :
200 gm Isi Udang/Ayam
4 keping Tauhu Keras
2 tiub Tauhu Jepun
3 biji Telur
1 tsp Serbuk Lada Sulah
2 tsp Minyak Bijan

Bahan B :
Daun Bawang ~ dihiris
Karot ~ dicincang
Cili Merah ~ dicincang
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (optional)

Bahan Celupan :
2 biji Telur
Sedikit hirisan Daun Bawang & Cili Padi
Secubit Garam


Cara :
Kisar Bahan A
Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas
Masukkan Bahan B, gaul rata
Kukus dalam loyang/bekas plastik selama 30 minit atau sehingga masak (jika guna loyang, griskan sedikit minyak pada loyang)
Sejukkan dahulu sebelum dipotong
Potong mengikut saiz yang disukai
Celup dalam telur dan goreng sehingga kekuningan
Atau cara lain; selepas dicelup telur, golekkan dengan breadcrumbs dan goreng




1
KEK LABU KUKUS


Lagi entry pasal labu
Buatnya dah empat lima hari lepas. Baru hari ni nak post
Terajin buat kek ni bila tengok labu ada berbaki sikit lagi selepas buat Donat Labu haritu. Belek punya belek koleksi buku-buku masak, jumpa resipi ni. Rupanya saya dah bookmark dah setahun yang lalu. Kenapa laa boleh lupa padahal bahannya memang ada aje kat dapur pun. Tu la asyik ingat nak buat resipi lain ja sampai terlupa yang ni...


Kek ni nak kata gebus macam kek, tak.....Nak kata macam apam pun tak jugak.....Kat tengah-tengah, antara kek dengan apam. Sesuai untuk minum petang atau makan santai-santai bersama keluarga

KEK LABU KUKUS
by IzaAkma SSK
rcp ~ Alex Goh @ Magic Steamed Cake



Bahan A :
3 biji Telur
200 gm Gula (iza buat 180gm gula kastor)
1/2 tsp Garam

Bahan B :
160 gm Labu ~ rebus & lenyek
100 gm Santan (iza guna santan kotak)

Bahan C :
140 gm Minyak Jagung

Bahan D (diayak bersama) :
300 gm Tepung Gandum
2 tsp Double Action Baking Powder (iza ganti dengan 3tsp baking powder)
1/2 tsp Soda Bikarbonat

Bahan E :
60 gm Pumpkin Seed (iza cincang kasar)


Caranya :
Panaskan kukusan
Mixer A hingga kembang dan berkrim
Masukkan B, mixer sekejap hingga sebati
Masukkan C, kaupbalik hingga rata dan sebati
Masukkan D, kaupbalik hingga sebati
Masukkan E, kaupbalik hingga rata
Tuangkan ke dalam loyang loaf yang telah bergris dan dialas dengan baking paper
Kukus selama 50 minit




2
ASAM PEDAS IKAN SALMON


Kalau ke Shah Alam dan kebetulan waktu tu lunch time saya mesti singgah di Sek 13 Bistro Qaseh. Suka kat situ sebab menunya macam-macam ada. Lagipun kebanyakan menunya masakan ala kampung. Memang itu pun saya cari jika lunch di luar. Kat situ lah tersua ikan salmon masak asam pedas masa mula-mula makan situ dulu. Try ambil sekeping buh dalam pinggan. Dah rasa, hmmm.....tak sangka sedap rupanya salmon buat masak asam pedas nih. Agaknya kalau dapat salmon yang fresh lagi lah sedap kann. Tapi kat sini mana nak jumpa yang segar yang ada cuma frozen. Apapun alhamdulillah.....walaupun negara kita tiada salmon segar namun kita masih boleh menikmatinya biarpun sekadar frozen


Kekadang pergi tesco ada jugak nampak salmon cantik-cantik lagi. Apalagi rembat la empat lima keping. Tertunai jugak hajat hati nak masakkan asam pedas. Cumanya masak ikan ni kena lebih berhati-hati.....tak boleh dimasak terlalu lama dan terlebih kacau takut nanti hancur sebab ikan ni isinya lembut dan masaknya pula cepat.

Aduhaiii.....Sedap nyerrr Asam Pedas Ikan Salmon ni..!!

ASAM PEDAS IKAN SALMON
by IzaAkma SSK

Bahan-Bahan :
500 gm Ikan Salmon ~ lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit
12 btg Kacang Bendi
1 biji Tomato
2 tangkai Daun Kesum
1 cwn Jus Asam Jawa
1 1/2 cwn Air
Garam & Gula secukup rasa

Bahan Kisar A :
20 tangkai Cili Kering
1 biji Buah Keras
1/2 inci Belacan

Bahan Kisar B :
6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 biji Tomato ~ dibuang biji
1 inci Halia
1 inci Kunyit Hidup
1 btg Serai (bhg putih dititik, selebihnya dikisar)

Bahan Tumis :
10 biji Halba
1 tangkai Daun Kari
Serai yg dititik dalam Bahan Kisar B


Caranya :
Panaskan minyak
Tumiskan Bahan Tumis hingga wangi
Masukkan Bahan Kisar B, tumis lagi hingga naik bau
Masukkan Bahan Kisar A, tumis hingga garing dan terbit minyak dengan api sederhana. Kacau selalu supaya tumisan tidak hangus
Masukkan garam, gula dan bunga kantan, tumiskan sebentar
Masukkan air asam jawa, air dan biarkan mendidih
Masukkan daun kesum dan kacang bendi. Bila dah separa lembut baru masukkan ikan. Biarkan kuahnya merenih dan mendidih sekali lagi dan rasakan kuahnya
Bila kuahnya dah cukup rasa, masukkan buah tomato.
Kacau-kacau sekejap, padamkan api. Siap





0
KASWI KACANG HIJAU


Kaswi bukan sebarang kaswi...
Kaswi idaman menepati citarasa, Kaswi Kacang Hijau
Saya hanya buat suku adunan dan kukus dalam acuan kecil-kecil

Dua resipi saya sertakan di sini...
Yang pertama, resipi yang saya sediakan mengguna kacang hijau dengan sedikit ubahsuai
Yang kedua, resipi asal menggunakan kacang merah

KASWI KACANG HIJAU
by IzaAkma SSK

Bahan-Bahan :
(1/4 drp resipi asal)

38 gm Kacang Hijau ~ direbus empuk
75 gm Tepung Ubi
25 gm Tepung Gandum
25 gm Tepung Hoen Kwee
50 gm Gula Pasir
1/4 sdt Garam
315 gm Santan (80gm santan kotak+air rebusan kacang hijau tadi)
1 helai Daun Pandan ~ disimpul
1/2 sdt Air Kapur
Pandan Paste & Pewarna Hijau secukupnya

Kelapa Parut Putih yang dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan yang digunting kecil-kecil


Cara :
Kacang hijau/#merah yang sudah direbus dikisar dengan 1/3 bahagian santan

Ayak tepung-tepung ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan dengan 1/3 lagi bahagian santan. Kacau rata lalu masukkan kacang hijau kisar tadi.

Gula pasir, #gula melaka, garam dan daun pandan dimasak dengan lebihan santan hingga mendidih, tapis dan campurkan ke dalam campuran tepung ketika masih panas. Kacau hingga sebati sambil dimasukkan air kapur dan pewarna.

Tuang adunan ke dalam acuan-acuan kecil/#loyang yang bergris dan telah dipanaskan terlebih dahulu di dalam kukusan. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.

Sejukkan kuih kaswi, keluarkan dari acuan/#potong dan sajikan bersama kelapa parut
**resipi asal sebagai rujukan oleh kak fida MyR (loyang 10x10in)

150 gm Kacang Merah ~ direbus empuk (360gm kacang merah yang dah rebus)
300 gm Tepung Kanji
100 gm Tepung Gandum
100 gm Tepung Hoen Kwee
100 gm Gula Pasir
200gm-250gm Gula Melaka
1 sdt Garam
1250 gm Santan ( 1 kotak kecil santan KARA + air )
3 helai Daun Pandan - disimpul
1 sdb Pewarna Merah
1 sdb Pewarna Coklat
1 sdt Kapur ~ dibancuh dengan sedikit air, tapis

~ Cara sama seperti di atas





0
DONAT LABU / PUMPKIN DONUTS


Sekarang nak buat donat ada cara baru dah.....tak payah nak beriya-iya uli. Uli sekejap pastu tinggalkan biar doh mengembang. Macam menarik aje, mudah pun mudah. Nanti lah lain kali bila rasa nak makan sangat donat tahap rajin pulak menurun boleh try versi tu. Sementara terlajak rajin ni layan dulu Donat Labu guna cara lama uli dan uli sampai adunan jadi mulus dan elastik. Apapun kaedahnya, donat yang dihasilkan itu tetap ada uniknya tersendiri


Lihatkan hasilnya, hilaaangg rasa penat menguli...
Donat yang gebu gebas dan lembut...
Warna kuning donat adalah semulajadi daripada labu bukan penambahan pewarna

DONAT LABU
by IzaAkma SSK
source ~ Ricke Indriani @ Just My Ordinary Kitchen



Bahan-Bahan :
150 gm Labu Kuning Kukus ~ dilecek halus
(berat setelah dikukus tanpa kulit)
200 gm Tepung Roti
100 gm Tepung Gandum
20 gm Susu Tepung
6 gm Yis Mauripan
30 gm Gula Pasir
1/2 sdt Esen Vanila
2 biji Kuning Telur
50 ml Susu Cair dingin (secukupnya untuk menguli)
30 gm Butter/Margarine
1/2 sdt Garam

Gula Halus untuk taburan / Topping sesuai selera


Caranya :
Campurkan tepung, susu tepung, yis dan gula pasir. Kacau rata. Masukkan kuning telur, labu dan vanila, campurkan dan kacau rata. Masukkan susu cair dingin sedikit demi sedikit sambil diuli, hentikan penambahan susu cair bila adunan tidak lekat di tangan dan lembut

Masukkan butter/margarine dan garam, uli lagi hingga tercampur rata. Pindahkan adunan ke papan canai yang ditaburi sedikit tepung. Teruskan menguli hingga adunan menjadi elastik, permukaan adunan mulus dan licin. Bulatkan adunan, masukkan ke dalam bekas. Tutup dengan plastik wrap atau kain lembab. Biarkan 20-30 minit

Kempiskan adunan, ulikan semula sebentar agar licin kembali. Timbang adunan menjadi bebola masing-masing 30gm (atau mengikut berat sesuai yang disukai). Bulat-bulatkan bebola kemudian pipihkan, letakkan di loyang yang ditabur tepung tipis. Lakukan hingga habis. Tutup dengan plastik wrap agar adunan tidak kering. Biarkan 15-20 minit

Panaskan minyak dengan api sederhana, kemudian kecilkan api. Buatkan lubang di bahagian tengah donat. Goreng hingga satu sisi kekuningan, lalu balik dan goreng lagi satu sisi hingga kekuningan. Cukup dibalik satu kali saja

Angkat dan toskan.
Nikmati dengan taburan gula halus atau diberi topping sesuai selera


Note :
Susu cair yang ditambahkan ke dalam adunan semasa menguli bergantung kepada tepung dan labu yang digunakan kerana kadar penyerapan air berbeza-beza mengikut jenis tepung dan jenis labu. Perlu diingatkan, susu cair yang digunakan untuk menguli boleh dikurang atau dilebihkan sedikit hingga jadi satu adunan lembut dan tidak lagi lekat di tangan





0
KUIH CARA BIKANG Yang Pastinya Sedap!!


Sudah beberapa kali saya buat kuih ni. Last buat masa bulan puasa lepas. Sedap buat makan berbuka. Kalau bulan puasa kuih seperti cara berlauk mahupun kuih bakar berlauk sering dicari, saya kira Kuih Cara Bikang pengganti terbaik kepada dua jenis kuih tersebut. Saya kata begitu kerana pada saya kuih ni 2in1 gabungan antara cara dan bingka berlauk.


Kuihnya lembut...
Dilimpahi lapisan inti yang berganda tebal...
Ditambah lagi taburan bawang goreng yang beraroma...
Menjanjikan kepuasan disetiap suapan...

Enak dimakan bukan hanya di bulan puasa malah sesuai bila-bila masa juga

Jadi sesiapa yang rasa-rasa mengidam cara berlauk dengan bingka berlauk tapi tak tahu mana satu yang nak didahulukan.....boleh lah cuba Cara Bikang ni.....Resipi daripada chef yang tak asing lagi di persada dunia masakan

KUIH CARA BIKANG
by IzaAkma SSK
source ~ Chef Liza Zainol



Bahan A (Bawang Goreng):
1/2 cwn Minyak Jagung
5 ulas Bawang Merah ~ dihiris

Bahan B (Inti) :
1 sdb Minyak
1 sdb Rempah Kari Daging
3 biji Kentang*
1 btg Karot*
2 labu Bawang Besar* (*didadu kecil)
200 gm Daging Cincang
1 tangkai Daun Sup
1 tangkai Daun Bawang
Garam & Gula secukup rasa

Bahan C (Adunan Bater) :
2 biji Telur
1 cwn Susu Cair
3 cwn Air
2 1/2 cwn Tepung Gandum
1 sdt Garam
1 sdt Pewarna Kuning
1 sdb Tepung Jagung
1 sdb Gula Pasir

2 sdb Minyak


Caranya :
Menyediakan Bawang Goreng
Panaskan minyak
Masukkan hirisan bawang merah Bahan (A), goreng sehingga kekuningan
Ketepikan

Menyediakan Inti
Tumis rempah kari daging seketika
Masukkan karot, kentang dan daging cincang...masak biar empuk
Masukkan bawang besar, daun sup, daun bawang serta garam, gula secukup rasa
Masak sehingga kering
Sejukkan

Menyediakan Adunan Bater
Dalam mesin pengisar, masukkan Bahan C, kisar selama 2 minit
(iza satukan semua bahan, kacau hingga sebati dengan whisk)
Kemudian campurkan dengan minyak, dan sebatikan


Panaskan loyang dan tuang adunan tadi separuh sahaja dan bakar 10 minit dahulu pada suhu 160C
Selepas 10 minit, masukkan inti daging tadi dan seterusnya tuangkan selebihnya adunan bater
Tabur bawang goreng di atasnya (iza taburkan juga hirisan cili merah)
Bakar selama 35 minit lagi





1
NASI DAGING UTARA, REMPAH NASI DAGING (homemade) & AIR ASAM KERISIK


Di Utara yang famous Nasi Daging nie. Ramai kata sedap. Tapi tu la bila pi utagha selalu lupa-lupa ja nak pekena nasi daging. Takpa laa.....tak dapat merasa originally nasi daging air tangan orang utara.....dapat rasa nasi daging air tangan sendiri pun jadi laa.....

Bila di google kebanyakan resipi menggunakan rempah ready-made. Saya tak nak yang ready made.....kalau boleh suka yang homemade. Sekurangnya dapat jugak belajar bagaimana menyediakan rempah tu sendiri. Saya yakin takde jalan pintas untuk menghasilkan sesuatu masakan itu lebih sedap dan berkualiti  melainkan dengan ilmu, usaha dan pengalaman

My first experience menyediakan nasi daging. Walaupun banyak langkah yang perlu diikuti tapi amat berbaloi. Nasi daging yang sangat-sangat sedap, tekstur nasi yang lembut, semerbak aroma harum daripada penggunaan rempah-rempah asli.....Makan pula dengan daging bercicahkan air asam dan beracarkan timun.....Pasti akan buatkan sesiapa yang merasainya makan tak dongak dagu......


NASI DAGING UTARA
by IzaAkma SSK
source ~ Resepi Minggu Ini

PENYEDIAAN REMPAH NASI DAGING (homemade)

Bahan-Bahan :
2 sdb Biji Ketumbar
1 sdb Biji Lada Hitam
1 sdb Biji Jintan Manis
1 sdk Biji Jintan Putih
1 batang Kulit Kayu Manis
Sedikit Bunga Lawang, Bunga Cengkih & Buah Pelaga
~ (iza buat 1 kuntum bunga lawang, 4 kuntum cengkih, 4 biji buah pelaga)
1 sdb Halba
2-3 biji Buah Keras*
2-3 biji Badam* (*ditumbuk kasar dahulu)
1 inci Halia ~ dihiris nipis

Semua bahan-bahan di atas disangai @ digoreng tanpa minyak hingga garing
Sejukkan dan dikisar kering hingga jadi serbuk
Simpan didalam bekas kedap udara
PENYEDIAAN NASI DAGING

Bahan-Bahan :
1 kg Daging Batang Pinang ~ potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
6 cawan Beras Basmathi ~ direndam 15-20 minit & toskan, kalau guna beras biasa tak perlu rendam
2 helai Daun Pandan ~ disimpul
Sedikit Kayu Manis, Bunga Cengkih, Bunga Lawang & Buah Pelaga
3 sdb Minyak Sapi
3 sdb Rempah Nasi Daging (homemade)
1/3 cwn Minyak Masak
7 ½ cwn Air
½ tin Susu Cair
½ cwn Tomato Puree
½ cwn Tomato Soup
Garam secukup rasa

1 inci Halia*
3 ulas Bawang Putih*
5 ulas Bawang Merah* (*ditumbuk halus)

Bawang Goreng, Daun bawang & Daun Sup ~ hiasan


Caranya :
Dalam periuk, panaskan minyak bersama minyak sapi
Tumiskan bahan tumbuk
Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
Kemudian masukkan daun pandan, tumis hingga bawang kekuningan.
Masukkan daging. Kemudian masukkan serbuk nasi daging dan goreng sebentar.
Masukkan air dan rebus hingga daging empuk @ hampir empuk.
Masukkan tomato puree dan tomato soup. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan pula susu cair, garam dan biar sebentar.
Masukkan beras dan masak bersama-sama daging tadi.
Gaul rata, kecilkan api dan masak seperti masak nasi biasa hingga nasi masak
Bila nasi dah masak, keluarkan daging
Gemburkan nasi dan hias nasi dengan hirisan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.
Sebelum dihidangkan hiris nipis-nipis daging tadi dan boleh dihidang bersama ~air asam tomato kerisik dan juga ~acar timun
AIR ASAM KERISIK
source ~ Kak Hanieliza

Bahan A:
1 sdm Asam Jawa
2 biji Cili Merah
5 biji Cili Api Merah
½ cwn Air Suam
1 biji Tomato ~ potong dadu
1 inci Belacan
1 sdm Gula
1 sdt Garam

Bahan B:
2 biji Tomato*
1 labu Bawang Besar*
3 biji Cili Hijau*
2 biji Cili Merah* (*dihiris)
5 biji Limau Kasturi ~ ambil jus
1 sdm Kerisik

Cara :
Gaul asam jawa dengan air dan tapis
Masukkan bahan A dalam pengisar, kisar kasar
Gaulkan dengan bahan B

*****************

Untuk ACAR TIMUN boleh rujuk entry ACAR TIMUN NENAS
Cuma untuk nasi daging ni saya abaikan nenas.....




0
BREAD & BUTTER PUDDING


Asalnya hanyalah resipi basic puding roti.....plain saja tanpa campuran bahan lain
Bila rasa-rasa nak makan puding roti, resipi basic berusia 10 tahun itulah yang akan saya guna. Saya ubahsuaikan dengan menambah pelbagai rasa mengikut rasa yang diingini. Penggunaan roti juga saya tukar daripada roti sandwich kepada roti perancis


Oh yaa.....Mesti ada yang tertanya, mana sos vanilanya tak nampak pun.....
Puding ni makan macam tu je pun dah sedap.....tak perlu sos vanila dah. Puding ni lembut dan rasanya lemak penuh berkrim dengan masam-masam manis buahan kering. Walaupun lembut tapi ia masih boleh dipotong ya.....

BREAD & BUTTER PUDDING
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
1 bantal Roti Perancis ~ potong dadu/hiris
500 gm Susu Segar
250 gm Whipping Cream
250 gm Susu Sejat
4 keping Cheese Slice
5 biji Telur (B)
140 gm Gula Pasir
150 gm Butter
½ cwn Aprikot Kering ~ dihiris
½ cwn Blackcurrent
½ sdb Esen Vanila


Caranya :
Panaskan susu segar dalam periuk. Masukkan whipping cream, susu sejat, butter, cheese dan esen vanilla. Kacau sebati
Campurkan gula dan telur. Pukul sekadar sebati dengan whisk
Tuangkan campuran susu yang telah dipanaskan. Kacau sebati
Masukkan kepingan roti, blackcurrent dan aprikot. Kacau rata. Biarkan seketika supaya roti menyerap campuran susu
Griskan bekas pembakar dengan sedikit butter
Masukkan adunan ke dalam bekas pembakar
Bakar secara steambake dalam oven pada suhu 180C selama 20-30 minit atau hingga masak.





0
KETAM LEMAK KETUMBAR


Kalau ditanya ketam sedap masak apa?
Majoriti akan jawab Masak Lemak Cili Api.....kan kan kann

Ketam Lemak Ketumbar ini adalah pilihan lain bagi mereka yang gemarkan masak lemak. Walaupun sekali imbas rupanya seiras masak lemak ketam biasa tapi rasanya tak lah seiras. Hanya setelah merasainya sendiri baru tahu akan perbezaannya. Resipi lemak ketam ni saya ambil daripada Fb Chef Joha Hassan. Resipi-resipi masakan beliau memang superb dan menjadi walaupun pertama kali mencuba.


Resipi di bawah telah diolah dan diseparuhkan daripada resipi asal, mengikut cara saya menyediakan. Perkara biasa la kann si tukang masak akan tambah itu ini ikut kesesuaian dan citarasa tangan si tukang masak itu sendiri .....tapi dalam masa yang sama bahan asas masih dikekalkan tak diusik.

Sedap tau Ketam Lemak Ketumbar ni. Rasanya fresh sebab ada campuran rempah dengan daun ketumbar. Satu jer petua untuk masak lemak yang sedap. Sentiasa gunakan bahan asli dan segar.....ketam atau apa saja seafood mesti yang fresh baru terasa manisnya dalam kuah (x perlu tambah gula dah) dan paling penting santan kena santan asli.....tapi kalau keadaan memaksa nak buat camna kan.....santan kotak laa jadi penyelamat

KETAM LEMAK KETUMBAR
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
600 gm Ketam Segar ~ dibersihkan & dipotong dua
1 btg Serai ~ dititik
1/2 cwn Santan Pekat Segar ~ tambah lagi santan untuk kuah lebih pekat
1 sdb Bawang Goreng
1/2 kiub Ikan Bilis
1 1/2 cwn Air
1 biji Tomato ~ potong 6
1 biji Cili Hijau ~ dihiris tebal
Sedikit Serbuk kunyit
Sedikit Susu Cair
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika perlu)
1 sdb Minyak untuk menumis

Bahan Rempah DiTumbuk Halus :
1/2 sdt Biji Ketumbar*
1/4 sdt Biji Jintan Manis* (*disangai dulu)
1/4 sdb Biji Lada Hitam
2 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
1 tangkai Daun Ketumbar bersama akarnya
5 biji Cili Padi


Caranya :
Panaskan minyak
Tumis bahan rempah yang ditumbuk halus bersama serai yang dititik dan serbuk kunyit sehingga naik bau
Masukkan air, kiub ikan bilis, garam secukup rasa
Bila kuah mula mendidih, masukkan santan dan digaulkan, dalam 2 minit masukkan ketam dan biarkan ia selama 8 minit (ketam akan bertukar warna bila sudah masak)
Rasakan kuahnya. Tambah gula jika perlu
Masukkan pula bawang goreng, tomato dan hirisan cili hijau
Last sekali masukkan beberapa sudu susu cair. Kacau-kacau sekejap terus padamkan api
Sajikan bersama nasi putih panas dan masakan sampingan lainnya




0
TALAM SAGU UBI KAYU DAN KELEDEK


Kuih berasaskan ubi kayu sememangnya kesukaan saya
Tapi tu la sebelum boleh jadi kuih kena lah merajinkan diri bab parut memarut ni kan.....
Sebenarnya boleh je guna blender tapi saya lebih suka guna pemarut, cara tradisi dulu-dulu
Sebab pada saya kalau diblend, tekstur kuih jadi sangat halus berbeza jika diparut tekstur lebih kasar dan berjurai.....ni yang jadikan kuih lebih sedap bila digigit masih terasa kekenyalan ubi

Resepi saya ambil dari blog Tok_Chik yang katanya daripada akhbar The Star oleh Amy Beh. Bahan-bahan yang digunakan itu buatkan saya teringin nak cuba. Ada kelainan sebab bukan saja ada ubi kayu tapi juga ada sagu dengan keledek. Sebelum jadi kuih lagi saya dah dapat bayangkan betapa sedapnya akan kuih ini, bagai terasa-rasa kekenyalan dengan lemak manisnya


Tepat sekali apa yang dibayangkan. Kuih yang serius sedap, lembut dengan tekstur yang kenyal-kenyal manja. Makan begitu saja pun sedap dan nak lagi sedap makan bersama kelapa parut.

Saya follow resepi tanpa ubah apa-apa kecuali sukatan gula dikurangkan dan kaedah menyediakan iaitu part sagu. Saya berikan warna pada sagu sebab mahukan dua tona warna dalam kuih. Warna seperti dalam gambar tu saya bubuh sedikit pewarna lemon yellow dalam adunan tapi saya rasa tak perlu bubuh pun takpe sebab dah ada tepung kastad

TALAM SAGU UBI KAYU DAN KELEDEK
by IzaAkma SSK
source ~ tok_chik @ Denai Berbisik



Bahan-Bahan :
335 gm Ubi Kayu ~ diparut
75 gm Keledek ~ diparut
100 gm Biji Sagu
150 ml Santan Pekat
165 gm Gula Kastor (iza buat 130gm je)
10 gm Tepung Kastad
* Sedikit Pewarna Merah Jambu/Gold Pink ~ iza tambah

Kelapa Parut dicampur Garam secukupnya


Cara :
Panaskan kukusan

Masukkan biji sagu dalam tapis, lalukan air paip atasnya
Kemudian rendam biji sagu dalam air yang dititiskan sedikit pewarna merah jambu selama 2 minit. Selepas 2 minit, toskan tanpa perlu dibasuh lagi. Ketepikan

Campurkan parutan ubi kayu dan keledek, tepung kastad, santan dan gula
Gaul rata, ketepikan

Bila air kukusan dah betul-betul mendidih, baru masukkan biji sagu ke dalam adunan dan gaul-gaulkan manja sahaja hingga serata

Tuang dalam loyang yang dialas plastik. Kukus selama 30-35 minit atau sehingga masak menggunakan api besar

Sejukkan dahulu sebelum dipotong

Boleh dimakan begitu sahaja atau digaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampur garam