0
KUIH TAKO JAGUNG


Termenung sejenak memikir nak buat apa dengan jagung kernel yang berbaki sedikit dalam petisejuk lebihan buat Kek Jagung Cheese. Nak buat puding atau kuih yang berasas jagung memang tak cukup sebanyak itu. Terpaksa selongkar balik folder cari apa-apa resipi yang menggunakan jagung kernel dalam kuantiti yang sedikit. At last jumpa resipi Tako Jagung ni yang cuma memerlukan jagung setengah cawan. Bila sukat tak sampai pun setengah cawan. Stok lain memang takde.....tu aje yang tinggal. Nak buat separuh resipi dapat sikit pulak. Hati berbisik, takpe teruskan saja.....yang tak cukup tu boleh dicukupkan dengan cara lain.

Apa yang saya buat, blend kasar jagung kernel bersama sedikit air dalam bahan lapisan bawah. Tujuan saya blend supaya rasa jagung tu serata. Lepas tu tambah sedikit pes jagung. Pes jagung ni memang dah siap berwarna kuning so tak perlu lagi tambah pewarna kuning. Maka siap sudah kuih tako jagung. Sangat sedap dan lagi sedap bila dimakan dingin

KUIH TAKO JAGUNG
by IzaAkma SSK
source ~ kak fida @ Myresipi



Bahan Lapisan Bawah :
1/4 cwn Tepung Beras
1/4 cwn Tepung Hoen Kwee Putih
1/2 cwn Gula Halus
2 1/4 cwn Air
1/2 cwn Jagung Cream / Kernel
Sedikit Pewarna Kuning

Bahan Lapisan Atas/Dadih :
3 cwn Santan Pekat
1/4 cwn Tepung Beras
2 1/2 sdb Tepung Hoen Kwee
3/4 sdk Garam
2 helai Daun Pandan ~ disimpul


Cara :
Satukan bahan lapisan bawah, tambah sedikit pewarna kuning dan masak hingga pekat.
Sediakan mangkuk-mangkuk kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan jagung hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi. Ketepikan
Satukan bahan lapisan atas/dadih dan masak hingga pekat. Matikan api
Tuangkan dadih ke atas lapisan jagung hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan. Sejukkan
Simpan tako jagung di dalam peti ais untuk didinginkan.





0 sweet comments: