1
KUIH TELAGA EMAS


Kuih Telaga Emas yang tak berapa nak emas.....terkurang pewarna kuning. Telaganya pulak sengaja saya buh pewarna konon nak nampak macam telaga usang. Usang kerr.....hihihi.

Mulanya untuk doh kulit tu saya buat satu adunan but then terpaksa tambah lagi satu sebab kastard ada lebih. Bancuhan doh kulit biar lembut jangan terlalu keras atau terlalu lembik. Untuk inti kastard pulak lebihkan sikit manis, kalau buat sedang elok je dah siap masak nanti bila makan bersekali dengan kulit hilang rasa manis sebab kulitnya tu kan ke tepung pulut

Rasa kuih ni sedap. Saya suka inti kastardnya.....lemak manis, lembut dan mulus aje


KUIH TELAGA EMAS
by IzaAkma SSK


Doh Kulit
source ~ Citarasawan

1/2 cwn Tepung Pulut Putih
1/2 cwn Tepung Pulut Hitam
1/2 cwn Santan
1/2 sdt Garam

** iza lebihkan tepung pulut putih, kurangkan pulut hitam & jadikan dalam timbangan metrik.....80gm tpg pulut putih, 50gm tpg pulut hitam, 100gm santan, 1/2 sdt garam dan pewarna


Inti Kastard
source ~ tokmalegacy.com

1 biji Telur
1 cwn + 2 sdb Santan (1/2cwn santan kotak + air)
1 senduk nasi rata Gula
1 senduk nasi rata Tepung Gandum
Secubit Garam
Pewarna Kuning

** iza guna telur A, 225gm santan (125gm santan + 100gm air), 45gm gula pasir, 30gm tpg gandum, secubit garam, pewarna kuning


Cara :
Panaskan kukusan

Satukan bahan kulit, masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh seperti doh buah melaka. Guna acuan lompang yang kecil, sapu minyak. Ambil doh dan tekan ke dalam acuan lompang, buat seperti membuat kulit tart. Trim bahagian atasnya. Kulit jangan terlalu tebal, buat nipis supaya tak keras

Satukan semua bahan kastard. Kacau dengan whisk supaya adunan tak bergentel. Masukkan adunan ke dalam doh kulit tadi

Kukus 12-15 minit dengan api sederhana. Jangan terlebih masa mengukus nanti kulit akan overcook, mengembang dan tak cantik

Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan





1 sweet comments:

Gee® said...

Gerenti lemak berkrim ni... sedapnya