0
Kek Evergreen Sarawak Yang Sangat Sedap.....KEK DANDY


Assalamualaikum dan Salam Syawal...

Kek sempena raya haritu. Setiap kali raya kek buah sudah semestinya. Selalu buat kek buah versi gula hangus. Tapi tahun ni mood nak buat gula hangus ka.....kek ka.....biskut ka macam tak berapa nak ada. Sampai last-last posa, duk seru.....duk tunggu si mood tak mai-mai jugak. Kemana pi hilangnya ntah.....dah kena kidnap kot.....hahaa.....Apapun itu bukan alasan untuk tak buat langsung, buat tetap kena buat. Lagi empat lima hari nak raya orang lain duk berkemas sakan nak balik kampung kita ni baru la terhegeh-hegeh mencari bahan biskut ngan kek. Dapat la buat dua jenis biskut ngan dua jenis kek.....biskut Tart Nenas Kerang, Red Velvet Coklat Chips, Kek Dandy dan Kek Batik Empire.


Kek dalam gambar ni last portion.....ada lebih sikit lagi. Mulanya tak nak snap gambar. Tapi pikir-pikir entah bila akan buat lagi, ambil jugak la gambar seadanya. Baru lepas keluar petiais.....belum sempat lembut dah potong dan terus snap sebab tu nampak cam padat sikit. Sebenarnya kek ni lembut dan moist. Lagi lama simpan lagi bertambah moist lagi bertambah sedap.

Kek Dandy macam kek buah juga. Ia antara kek evergreen Sarawak yang sangat sedap dan femes terutamanya ketika menyambut Lebaran.

Lepas siap bancuh, tengok adunan nampak banyak. Guna loyang 8" macam arahan resipi sure tak muat. Jadi saya guna loyang 8.5"x 8.5"x 3.5". Kek naik cantik tinggi. Jika nak kek lebih rendah boleh guna loyang 9"sq. Selain campuran mix fruits yang dinyatakan, saya campurkan juga aprikot kering. Gula halus pula saya kurangkan sedikit.....sedikit saja.....dan gantikan pengurangan tu dengan gula perang. Untuk 1 1/2 jam pertama saya kukus dengan api besar selepas tu teruskan kukus dengan api sederhana

KEK DANDY
by IzaAkma SSK
source ~ DayangJack@DapurKu SaYang



Bahan-Bahan :
(loyang 8" x 8")

5 biji Telur A
16 oz Mentega (DJ menggunakan mentega SCS) - 2 buku (mentega jenama lain pun boleh)
600g Tepung Gandum (diayak)
100g Horlicks
1 1/2 cawan Gula Halus
1 tin kecil Susu Pekat Manis
Sultana Mix Fruits (digaul bersama sedikit tepung)*
1 sudu kecil Soda Bikarbonat (diayak bersama tepung)
2 sudu kecil Esen Vanilla

* Sultana mix fruits : 1 PKT CERI HIJAU,1 PKT CERI MERAH, SEDIKIT BIJI ALMOND, MANISAN LIMAU DAN KUNDUR, 250g KISMIS HITAM, 250g KISMIS KUNING DAN SEDIKIT BUAH PRUNES. - semua bahan ini dihiris kecil2 dan kemudian digaul bersama sedikit tepung


Caranya :

Didihkan air kukusan
Sediakan loyang
Lapikkan dengan kertas serap minyak griskan dengan mentega.

Pukul mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu sambil dipukul perlahan.
Masukkan susu pekat, horlicks dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan sultana mix fruits dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu.
Akhir sekali masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan tutup kemas dengan kertas aluminium/kertas foil.
Kukuslah selama 4 jam. (jika air berkurangan, tambahkan air panas)
Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.





0 sweet comments: