0
KEK PISANG GEBU


Assalamualaikum...Salam Jumaat,

Ada 4 biji pisang montel tergolek kat dapur. Nampak dah masak sangat. Untuk makan macam tu dah tak sesuai. Keinginan hati bercabang dua.....samada apam pisang peanut butter atau kek. Tapi hati condong ke kek. Makanya terjadi lah kek pisang ni. Asal namanya Banana Cake-Chiffon Style. Tapi tak nampak kat mana chiffon style nya.....sebab buatnya sama macam kek biasa. Apa yang saya pikirkan mungkin kerana dibakar dalam loyang chiffon.....pasal tu diberi nama chiffon style. Ahh.....tak kisah lah nama apa pun.....dah berkenan kan .....lagipun dapat juga selamatkan pisang tu daripada terbazir macam tu jer

Cuma masa mixer gula dengan butter tu rasa was-was. Sebab apa tau.....tengok kuantiti butter sikit sangat. Mix pun ambil masa lama sebab butter tak mahu bersatu dengan gula. Berulang kali refer resipi.....ye la mana tau kalau mata ni tersalah baca ke tersilap timbang. Was-was pun teruskan jugak. Takkan nak berenti separuh jalan. Dah mula kena habiskan. Tawakal jer.....kalau jadi alhamdulillah.....kalau tak emmm.....paham paham jer laa


Pas dah masukkan bahan-bahan lain lega sikit.....adunan dah nampak ok, smooth aje. Membakar pun tak banyak ragam.....naik cantik. Lepas potong, alhamdulillah.....tak sangka yang awalnya was-was akhirnya menghasilkan kek yang sangat gebu, lembut, lembap dan sedap sekali. Tak rugi spent masa mencuba. Sebab kegebuannya itu, saya namakan Kek Pisang Gebu. Nak lagi sedap boleh buat cream cheese topping. Tapi saya tak buat, stok cheese tak ada..

Kalau ikut resipi ada bahan yang tak ada. Jadi terpaksa adjust sikit...
~ guna pisang montel
~ pisang dilecek kasar dengan garfu
~ gula perang dikurang menjadi 210g sebab pisang dah manis
~ susu segar diganti dengan bancuhan 10g susu tepung + 80ml/16 tsp air (1 tsp=5ml)
~ hanya guna 50g walnut
~ loyang disapu majerin, tak ada shortening
~ bakar mengikut panduan seperti Tips di bawah (saya on kan sekali fan)

KEK PISANG GEBU
by IzaAkma SSK
source ~ Mama Chef (Fb Nooraini Mohd Noor)


Bahan A :
230g Gula Perang
130g Buttercup
1 tsp Soda Bicarbonate
1/2 tsp Garam

Bahan B :
2 biji Telur (A)
1 tsp Ovallete

Bahan C :
300 Pisang Rastali ~ potong-potong dan lecek guna mixer

Bahan D :
300g Tepung Self Raising
1/2 tsp Baking Powder
80ml Susu Segar

Bahan E :
100g Walnut ~ cincang (jika suka)


Caranya :
Pukul A hingga gebu
Masuk telur satu persatu dan ovallete, pukul gebu
Slow mixer, masuk pisang, mix hingga sebati dan off mixer
Masuk tepung, gaul sebati dengan spatula
Masuk susu dan akhir sekali walnut, gaul rata
Tuang dalam loyang chiffon 22cm atau loyang 9" yang dialas dasar dengan kertas minyak dan bahagian tepi loyang sapu butter
Bakar 170C api bawah selama 20 minit. 160C api atas bawah selama 30 minit hingga masak. Ikut oven masing-masing


Cream Cheese Topping :
250g Cream Cheese
130g Butter
130g Icing Sugar
1 tsp Lemon Jus

Pukul cheese dan butter
Masuk gula, pukul kembang
Last masuk jus lemon, pukul sebati
Hias atas kek dan tabur walnut cincang
Tips :
- Pisang rastali, urat pisang cantikkan kek. Boleh guna juga pisang berangan dan pisang lemak manis
- Sukatan pisang perlu betul dan lecekkan pisang perlu smooth bukan cair
- Sapu tebal tepi loyang chiffon dengan shortening untuk tepi kek yang cantik. Jangan guna butter...akan menggaringkan kek
- Cara bakar kek yang ada soda bicarbonate...suhu bawah perlu lebih tingi dari atas. Bawah 160C dan atas 145C. Jika tiada oven macam tu...guna api bawah dulu 160C 20 min baru api atas bawah 150C hingga masak
- Kek lebih enak dimakan keesokan hari





0 sweet comments: