0
NASI ARAB D'KLASIK

Nasi Arab D'Klasik nama diberi...

Sengaja bagi nama D'Klasik supaya senang bezakan dengan nasi arab-arab lain yang akan datang. Kalau terlajak rajin in shaa Allah akan menyusul lah nanti yang lain-lain.

Nasi ni buat dah lama, baru hari ni nak n3 kan.
Pasal hari tu 6 bulan tuan tanah hibernate tak jengah blog. Cuma datang jengah sekali-sekala bersihkan apa yang patut.

Untuk nasi ni saya gunakan rempah nasi arab (kabsah) homemade.....beli di Citra Klasik. Ini lah sebab kedua kenapa saya namakan D'Klasik. Saya gandingkan dengan acar buah aje sebab nasi dah ada ayam so tak payah lagi lauk lain. Tapi terpulang nak gandingkan dengan lauk apa pun, ikut selera.


Tak rugi beli rempah homemade Kak Pau ni.....sedapp!!


Resipi di bawah adalah 3/4 daripada resipi asal 1 kg beras. Saya ada tambahkan yogurt sikit (campuran susu sejat + jus lemon) bertujuan untuk melemak dan melembapkan nasi


NASI ARAB D'KLASIK
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 750 gm Beras Basmathi ~ basuh, rendam 20 minit & toskan
  • 900 ml Air
  • 1 pokok Daun Ketumbar ~ hiris kasar
  • 4 tangkai Daun Pudina ~ hiris kasar
  • 4 sdm Susu Sejat *
  • 1/2 biji Buah Lemon ambil jus * (* satukan, kacau & ketepikan)
  • 3/4 sdm Garam
  • 3/4 sdt Gula
BAHAN B :
  • 1 ulas Bawang Putih ~ hiris
  • 1 labu Bawang Besar ~ hiris
  • 1 inci Halia ~ hiris
  • 15 gm Rempah Nasi Arab (Kabsah)
  • 7 ketul Peha Ayam
  • 1 biji Buah Tomato ~ cincang halus
  • 1 biji Karot ~ parut memanjang seperti kerabu mangga
  • 2 inci Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 3 kuntum Cengkih
  • 3 biji buah Pelaga
  • 2 sdm Minyak Sapi
  • Minyak Masak secukupnya


CARA PENYEDIAANNYA :

❀  Panaskan minyak sapi dan minyak.
❀  Tumis bawang, halia dan rempah 4 sekawan hingga wangi dan kekuningan.
❀  Masukkan tomato cincang dan kacau. Tumis lagi sehingga tomato menjadi hancur.
❀  Masuk rempah kabsah diikuti ayam dan karot. Tutup periuk, masak sehingga ayam separuh empuk sambil dikacau sesekali.
❀  Masukkan susu sejat yang bercampur jus lemon, air, garam, gula, daun ketumbar dan daun pudina. Biarkan mendidih dan rasakan garam dan gulanya.
❀  Kemudian masukkan beras, kacau dan masaklah seperti biasa.





0 sweet comments: