0
PUDING JAGUNG Mudah & Sedap

Akhirnya ketemu juga Puding Jagung yang dicari-cari
Puding yang membelai rasa....lembut, lemak manis, dan sungguh enak dinikmati
Makan sepotong gerenti tak sedar tangan mencapai sepotong dan sepotong lagi
Hmmm.....nyamannn..!!


PUDING JAGUNG
by IzaAkma SSK
source ~ KakWan Citarasawan


Bahan-Bahan :
25g Serbuk Agar-Agar
300g Gula (iza buat 250g)
1 tin Susu Sejat Ideal
1200ml Air
80g Tepung Kastad
1 tin Jagung Cream
Sedikit Pewarna Kuning Lemon (iza tak bubuh)
Secubit Garam ~ iza tambah

Caranya :
Masak serbuk agar-agar, gula dan air hingga mendidih
Satukan susu sejat dan tepung kastad serta secubit garam, kacau hingga tidak berketul
Tuangkan ke dalam larutan agar-agar dan biar mendidih sekejap
Masukkan jagung cream, gaul rata
Tuang dalam loyang/acuan pilihan
Biarkan suam sedikit baru dimasukkan ke dalam petisejuk



0 sweet comments: