0
RENDANG TOK

20 Syawal 1437H
Masih dalam suasana raya..
Menu n3 hari ni juga bersuasanakan raya

Bulan puasa haritu beli Ketupat Palas dengan Royale Rendang@Rendang Tok Mak Nik di Kg Baru, lokasi berhadapan dengan pintu masuk masjid Kg Baru. Rendang tok dia memang power giler.....sedap sangat sampai empat lima kali ulang beli sepanjang ramadan. Sampai hari ni masih duk teringat terbayang rendang enak depa. Tak tau lah ada ke idak lagi depa menjual lepas bulan puasa ni.....tak pi tengok lagi. Sebab tekak teringin sangat nak makan, inilah hasilnya.....Rendang Tok yang saya sediakan semalam. Walaupun menyiapkannya makan masa, lenguh tangan kaki bagai, jenuh berdiri sambil mengacau 4jam rendang dalam kuali.....tapi hati puas dapat sediakan sendiri


Saya buat 1/2 resipi untuk 1 kilo daging. Itu pun banyak dah. Puas makan. Pusing-pusing cari ketupat palas tak jumpa yang ada lemang. Lemang pun lemang lah. Rendang tu jugak la jadi lauk untuk makan malam semalam. Sedapp..!!

Cara saya seperti berikut (for half recipe) :
~ 1 kg santan pekat fresh
~ 10 sdm cili kisar
~ 6 sudu makan kerisik, sangai kelapa parut dan tumbuk
~ 3 tangkai daun limau purut dihiris halus
~ bawang merah kecil ganti dengan 2 labu bawang merah besar bersaiz sederhana
~ sekiranya guna gula melaka belum cukup manis, boleh tambah gula merah untuk mendapatkan warna rendang yang lebih gelap
~ guna api kecil dari mula sampai kering untuk mendapatkan daging yang lembut, jika api besar daging terkejut sukar untuk lembut
~ separuhkan bahan-bahan lain
~ tak sempat perap lama seperti resipi, cuma dapat perap 1/2jam...sebab nak cepat

RENDANG TOK
by IzaAkma SSK
source ~ Dapur Malaysia
Bahan-Bahan :
2 kg Daging (dipotong kiub, jgn kecil sangat)
5 biji Kelapa (santan)
1 ½ sdb Biji Jintan Halus (jintan putih) ~ goreng tanpa minyak & tumbuk halus
3 sdb Biji Ketumbar ~ goreng tanpa minyak & tumbuk halus.
6 sdb Biji Jintan Kasar (jintan manis) ~ goreng tanpa minyak & tumbuk halus
1-2 senduk Cili Kisar (ikut tahap kepedasan)
Kerisik - anggaran dalam 1 biji kelapa
1 ketul Gula Melaka
3 helai Daun Kunyit ~ dihiris
5 kuntum Bunga Lawang
1 batang Kulit Kayu Manis
5 biji Buah Pelaga
1 keping Asam Keping
Sedikit Belacan
Garam & Serbuk perasa

Bahan Kisar Halus :
20 ulas Bawang Merah
9 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
5-7 batang Serai
2 inci Lengkuas

Caranya :
Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, gula melaka, garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.
Perap dengan daging selama 4 jam paling kurang. Nak sedap lagi perap seharian.
Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering kemudian baru dimasukkan santan.
Reneh selama 3-4 jam.
Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kacau dengan agak kerap sehingga daging mula empuk, berwarna agak hitam dan kering.
Kena selalu dikacau supaya tidak hangit dibahagian bawah.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping kemudian kacau lagi sehingga rata.
Sesuaikan rasa dan boleh diangkat.


P/s: Rendang Tok ini lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak, kerana rempah ratusnya semakin meresap ke dalam daging.





0 sweet comments: