0
CHOCOLATE BABY CHIFFON

Tak kisah dari sumber mana dapat resipi, akan kumpul simpan, simpan kumpul.
Sedar tak sedar menimbun dah resipi tak terbuat-buat, aduyaiii...

Malam semalam free tak buat apa sambil-sambil tv tengok kita, kita pun belek balik resipi-resipi lama. Tu yang jumpa semula resipi yang disalin 4 tahun lepas nih. Dapat masa tonton rancangan Selera TV3, oleh Chef Rose. Sebelum ni dah pernah cuba resipi Chef Rose, KARI KETAM KERALA. Kalau ada yang terlepas resipi ketam kerala tu, boleh cari di Menu Index. Rugi tau siapa yang belum try kari ketam tu. Sebab kari dia hmmm.....terangkat sungguh, sedap sangat sampai menjilat jari.

Kali ni kita try Chocolate Baby Chiffon chef pulak...


Dah masak, buka aje penutup pengukus.....woww.....sampai ke telinga senyum. Seronok sesangat sebab menjadi. Punya lah gebu kejadiannya sampai ada tu naik lebih tinggi dari acuan. Tak salah tekaan saya... Baby chiffon ni pun sedap. Tekstur yang halus dan ringan.

Nota Iza :
# santan ~ santan pekat dalam kotak
# tbsp & tsp ~ guna sudu penyukat metrik


CHOCOLATE BABY CHIFFON
by IzaAkma SSK
source : Chef Rose


BAHAN-BAHAN :
  • 3 biji Telur
  • 40 gm Serbuk Koko
  • 210 gm Tepung Gandum
  • 175 gm Gula Perang
  • 50 gm Gula Kastor
  • 1 tsp Ovalette
  • 1 tsp Baking Powder
  • 100 ml Santan
  • 1 cawan atau secukupnya Kelapa Parut Putih
  • 2 tbsp Tepung Jagung
  • Secubit Garam


CARA PENYEDIAANNYA :

❀  Ayak tepung gandum, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
❀  Mixer telur dengan gula perang dan kastor hingga berbuih. Masukkan ovalette dan mixer lagi sehingga kembang.
❀  Masuk tepung yang telah diayak berselang seli dengan santan sambil dikaupbalik hingga sebati. Ketepikan.
❀  Panaskan kukusan.
❀  Sementara menunggu kukusan mendidih, satukan kelapa parut dengan tepung jagung dan garam dalam sebuah bekas. Gaul rata.
❀  Griskan acuan dengan sedikit minyak. Isikan dasar acuan dengan kelapa parut dan padatkan. Tuangkan adunan ke dalam acuan (acuan jangan diisi penuh sebab kuih akan mengembang bila dikukus)
❀  Kukuskan selama kira-kira 10 minit





0 sweet comments: