0
DENDENG KERANG

Ramai yang menggemari kerang kan. Sesekali boleh jangan selalu. Walau suka macam mana pun kena hadkan pengambilan kerang atau seafood lain kerana kandungan kolestrol yang tinggi terutamanya bagi mereka yang meningkat usia.

Kalau saya ke pasar nampak kerang besar-besar, mata ni geramm aje nengok. Tak beli kang rugi plak sebab jarang jumpa besar-besar. Yang kecik-kecik tak mau layan. Dah la kecik.....dah siap masak lagi tambah kecik.....makan tak rasa apa aihh. Hat besaq-besaq ni nak masak sambai ka rendang, gulai, dendeng semua buleh.

Terjadinya dendeng ni pun sebab langkah kanan jumpa kerang besar-besar. He hee.....


Sedap jugak kerang masak dendeng.....pada tekak saya laa...
Nak tau macam mana rasa dendeng ni. Haaa.....rasanya kan, antara sambal dengan rendang. Boleh bayangkan tak camna rasanya tu. Kalau rasa yang macam saya cakapkan tu tak sampai-sampai dalam bayangan uolls makanya kena cuba ler sendiri dendeng ni. Lagipun tahap sedap itu subjektif.....setiap orang punya citarasa lain-lain.

Kalau nak dendeng basah lembap-lembap cukup kuah sekadar pekat. Tapi kalau suka kering, masakkan lagi hingga kering. Saya suka dendeng yang basah lembap-lembap gitu. Samada nak dendeng lembap atau kering terpulang ikut sesuai selera ya...


DENDENG KERANG
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 370 gm Isi Kerang
  • 3 sdb Cili Kisar
  • 2 sdb Kelapa Parut Putih
  • 1 cawan Santan (1/2 cwn pati santan + 1/2 cwn Air)
  • 1 sdb Gula Perang
  • 2 sdb Kicap Manis
  • 1 sdb Sos Tiram
  • 1 sdb Sos Tomato
  • 1 biji Limau Kasturi (ambil jus)
  • 1 inci Kulit Kayu Manis
  • 1 helai Daun Pandan (simpul)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR :
  • 3 ulas Bawang Merah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Halia
  • 1/2 inci Lengkuas
  • 1 tangkai Cili Hijau
  • 1 tangkai Cili Merah
  • 5 tangkai Cili Padi (jika suka pedas)
  • 1 batang Serai


CARA PENYEDIAANNYA :

❀  Kelapa parut disangai terlebih dahulu hingga kekuningan dan ketepikan.
❀  Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, daun pandan dengan bahan kisar. Tumis hingga naik bau.
❀  Masuk cili kisar, tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
❀  Masuk kelapa parut yang disangai tadi, kacau rata.
❀  Masuk gula, garam, kicap, sos tiram dan sos tomato. Kacau rata dan biarkan mendidih.
❀  Masukkan isi kerang, santan pekat dan jus limau. Kacau rata dan masak sehingga pekat.





0 sweet comments: