0
KASWI KELEDEK

Rasa lemak manis daripada keledek menjadikan kuih kaswi ini sungguh sedap.
Sesuai sangat kepada penggemar kuih-muih tradisi kerana rasanya yang menepati citarasa.
Boleh disajikan sebagai sajian pagi mahupun petang.


Saya guna keledek biasa putih tu je dan tambah sikit warna kuning.
Kalau rajin, boleh lah kukus dalam acuan kecil-kecil.
Kalau kemalasan melanda, kukus terus dalam loyang.
Siapa suka kelapa, gaul dengan kelapa.
Tak suka kelapa, makan gitu aje pun dah sedap sebab kaswi ni dah ada santan kat dalam.
Ikut ler sesuai selera yang macam mana yer.....


KASWI KELEDEK
by IzaAkma SSK
source : KakBesah @ MyResipi


BAHAN-BAHAN :
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1 cwn Tepung Ubi
  • 1 cwn Keledek Merah (setelah direbus empuk) ~ lecek
  • 2  1/3 cwn Santan
  • 3/4 cwn Gula Pasir
  • 1/2 sdt Air Kapur
  • 1/2 sdt Garam
  • Secawan Kelapa Parut Putih + Secubit Garam (untuk salut)


CARA PENYEDIAANNYA :

❀  Mula-mula panaskan kukusan.
❀  Gaul rata semua bahan kecuali bahan salut hingga sebati. Atau boleh kisarkan saja adunan dua tiga kali.
❀  Masukkan adunan ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak lalu terus dikukus selama 25-30 minit / hingga masak.
❀  Bila dah sejuk bolehlah potong.
❀  Jika suka kelapa, boleh golek dengan kelapa parut yang sudah bergaul dengan secubit garam.





0 sweet comments: