0
MASAK LEMAK SIAM

Petikan kata pengenalan SAJI mengenai masakan lemak siam ini.

Masak Lemak Siam paling enak kalau dimasak menggunakan ikan bawal hitam.
Lemak siam tak perlu masukkan sayuran tambahan, cukup dengan buah tomato sahaja.
Menyediakannya juga mudah.
Ia sama seperti masak asam pedas, tetapi hanya ditambah dengan santan.
Asam jawa tidak diguna, tapi diganti dengan asam gelugor.
Kalau sudah jemu dengan lemak cili padi, hari ini ubah selera dengan mencuba masakan ini.


Saya guna ayam menggantikan bawal hitam.
Walaupun lemak siam cukup hanya tomato tak perlu sayuran lain.....
Tapi saya masukkan juga terung panjang selain tomato.
Sebab guna ayam, saya ubah sikit cara masak. Kalau ikan masuk last setelah kuah mendidih.
Tapi ayam perlukan masa untuk empuk. Selepas tumisan cili dah nampak pecah minyak sikit-sikit, masuk ayam.....kacau rata dan tutup kuali/periuk. Lepas ayam empuk dan tumisan pecah minyak, masuk santan dan seterusnya ikut arahan seperti resipi. Masak dengan cara reneh hingga kepekatan kuah yang diingini. Santan saya buh agak-agak tak sampai satu liter sebab ayam pun cuma setengah ekor. Manakala kuantiti bahan-bahan lain sama, tak berubah...


MASAK LEMAK SIAM
by IzaAkma SSK
source : Majalah SAJI/2005


BAHAN-BAHAN :
  • 2 ekor Ikan Bawal Hitam ~ potong 2
  • 20 tangkai Cili Kering ~ kisar
  • 2 tangkai Cili Merah ~ kisar
  • 4 cm Kunyit ~ tumbuk
  • 8 ulas Bawang Merah ~ tumbuk
  • 4 ulas Bawang Putih ~ tumbuk
  • 2 cm Belacan ~ bakar & tumbuk
  • 1 liter Santan
  • 2 keping Asam Gelugor
  • 3 biji Tomato ~ belah 2
  • 2 helai Daun Limau Purut
  • 3 biji Buah Keras ~ tumbuk


CARA PENYEDIAANNYA :

❀  Tumis bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, kunyit & belacan) hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar (cili kering & cili merah), tumis lagi hingga pecah minyak.
❀  Tuangkan santan. Masukkan asam gelugor, garam dan sedikit gula, buah keras, tomato dan daun limau.
❀  Bila kuah mendidih masukkan ikan. Biarkan ikan masak.





0 sweet comments: