2
SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH


Bila sebut pasal sambal tumis, tak kiralah apa pun rencahnya saya rasa semua dah tahu. Setiap orang ada cara tersendiri menyediakan sambal tumis yang sedap. Pesan mereka yang lebih arif dalam menyediakan sambal yang enak katanya, bawang merah kena banyak. Ia bukan saja menjadikan sambal pekat bahkan memberi rasa manis pada sambal.

Resipi di bawah adalah cara yang biasa saya gunapakai sejak dulu lagi setiap kali menyediakan apa saja sambal tumis untuk sajian keluarga. Cuma adakala saya tambah sedikit santan untuk menambah rasa lemak pada sambal


SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
40-45 biji Telur Puyuh ~ rebus & goreng sekejap
2 biji Bawang Besar ~ potong bulat
1 cwn Cili Kisar
1/2 cwn Air Asam Jawa
1 cwn Air
1 sdm Gula Perang
Belacan, Gula & Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan DiKisar Halus :
20 ulas Bawang Merah Kecil
3 ulas Bawang Putih


Cara :
Tumis bahan kisar sehingga naik bau
Masukkan cili kisar dan belacan
Selepas cili separuh garing, masuk garam, gula dan gula perang. Teruskan menumis sehingga cili betul-betul garing dan terbit minyak
Masukkan air dan air asam jawa. Masak sehingga sambal pekat dan terbit minyak sekali lagi
Masukkan telur dan bawang besar, kacau rata
Setelah bawang sedikit layu, angkat dan hidangkan





0
KUIH TAKO JAGUNG


Termenung sejenak memikir nak buat apa dengan jagung kernel yang berbaki sedikit dalam petisejuk lebihan buat Kek Jagung Cheese. Nak buat puding atau kuih yang berasas jagung memang tak cukup sebanyak itu. Terpaksa selongkar balik folder cari apa-apa resipi yang menggunakan jagung kernel dalam kuantiti yang sedikit. At last jumpa resipi Tako Jagung ni yang cuma memerlukan jagung setengah cawan. Bila sukat tak sampai pun setengah cawan. Stok lain memang takde.....tu aje yang tinggal. Nak buat separuh resipi dapat sikit pulak. Hati berbisik, takpe teruskan saja.....yang tak cukup tu boleh dicukupkan dengan cara lain.

Apa yang saya buat, blend kasar jagung kernel bersama sedikit air dalam bahan lapisan bawah. Tujuan saya blend supaya rasa jagung tu serata. Lepas tu tambah sedikit pes jagung. Pes jagung ni memang dah siap berwarna kuning so tak perlu lagi tambah pewarna kuning. Maka siap sudah kuih tako jagung. Sangat sedap dan lagi sedap bila dimakan dingin

KUIH TAKO JAGUNG
by IzaAkma SSK
source ~ kak fida @ Myresipi



Bahan Lapisan Bawah :
1/4 cwn Tepung Beras
1/4 cwn Tepung Hoen Kwee Putih
1/2 cwn Gula Halus
2 1/4 cwn Air
1/2 cwn Jagung Cream / Kernel
Sedikit Pewarna Kuning

Bahan Lapisan Atas/Dadih :
3 cwn Santan Pekat
1/4 cwn Tepung Beras
2 1/2 sdb Tepung Hoen Kwee
3/4 sdk Garam
2 helai Daun Pandan ~ disimpul


Cara :
Satukan bahan lapisan bawah, tambah sedikit pewarna kuning dan masak hingga pekat.
Sediakan mangkuk-mangkuk kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan jagung hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi. Ketepikan
Satukan bahan lapisan atas/dadih dan masak hingga pekat. Matikan api
Tuangkan dadih ke atas lapisan jagung hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan. Sejukkan
Simpan tako jagung di dalam peti ais untuk didinginkan.





0
KEK PISANG TEPUNG ROTI


Ini bukan pertama kali saya guna tepung roti @ high-protein flour untuk buat kek. Dah beberapa kali cubaan dengan berlainan resipi. Hasilnya memang superb. Kek tetap moist dan lembut.

Seperti Kek Pisang ini. Walau menggunakan 100% tepung roti, kelembapan kek jelas terlihat dan kelembutannya masih dapat dirasa. Saya tambahkan kacang walnut yang dicincang juga susu perisa strawberi untuk rasa kek yang lebih berperisa. Dengan taburan topping, campuran serbuk kayu manis dengan gula membangkitkan aroma fresh dan harum terutamanya bila baru keluar dari oven. Kek Pisang yang kaya rasa dengan tahap manis yang just nice...


Untuk topping boleh guna samada yang ini atau dalam resipi yang dinyatakan di bawah.
Saya gunakan topping yang ini...

Bahan Topping :
70 gm gula perang
60 gm tepung gandum
50 gm butter ~ cairkan
1 tsp serbuk kayu manis

Campurkan semua bahan-bahan topping dan gaul sehingga menjadi crumble


KEK PISANG TEPUNG ROTI
by IzaAkma SSK
source ~ Vivian Pang's Kitchen



Bahan-Bahan :
60 gm Butter
60 gm Gula Kastor
1/4 tsp Garam

1 biji Telur

150 gm Tepung Roti
1/2 tsp Baking Powder
1/2 tsp Soda Bikarbonat

150 gm Pisang Lecek
35 gm Air / Susu (iza guna susu berperisa strawberi)
50 gm Kismis (iza guna black raisin)
*iza tambahkan juga 20 gm kacang walnut, dicincang

Topping (optional) :
1 tsp Serbuk Kayu Manis
1 tsp Gula Pasir


Cara :
Putar butter, gula dan garam hingga lembut dan kembang
Masukkan telur sedikit demi sedikit sebanyak 3 peringkat, putar hingga sebati
Masuk tepung, baking powder dan soda yang diayak, kacau perlahan sekadar rata. Terus masukkan pisang, air/susu, kismis dan *walnut sebelum tepung sebati bersama adunan butter tadi....kemudian kaupbalikkan adunan hingga sebati tapi pastikan jangan over mix
Tuangkan adunan ke dalam loyang 23cm x 13cm x 8cm yang telah digris
Taburkan atas dengan bahan topping
Bakar 180C selama 25-28 minit (bergantung pada oven masing-masing)





2
KUIH TELAGA EMAS


Kuih Telaga Emas yang tak berapa nak emas.....terkurang pewarna kuning. Telaganya pulak sengaja saya buh pewarna konon nak nampak macam telaga usang. Usang kerr.....hihihi.

Mulanya untuk doh kulit tu saya buat satu adunan but then terpaksa tambah lagi satu sebab kastard ada lebih. Bancuhan doh kulit biar lembut jangan terlalu keras atau terlalu lembik. Untuk inti kastard pulak lebihkan sikit manis, kalau buat sedang elok je dah siap masak nanti bila makan bersekali dengan kulit hilang rasa manis sebab kulitnya tu kan ke tepung pulut

Rasa kuih ni sedap. Saya suka inti kastardnya.....lemak manis, lembut dan mulus aje


KUIH TELAGA EMAS
by IzaAkma SSK


Doh Kulit
source ~ Citarasawan

1/2 cwn Tepung Pulut Putih
1/2 cwn Tepung Pulut Hitam
1/2 cwn Santan
1/2 sdt Garam

** iza lebihkan tepung pulut putih, kurangkan pulut hitam & jadikan dalam timbangan metrik.....80gm tpg pulut putih, 50gm tpg pulut hitam, 100gm santan, 1/2 sdt garam dan pewarna


Inti Kastard
source ~ tokmalegacy.com

1 biji Telur
1 cwn + 2 sdb Santan (1/2cwn santan kotak + air)
1 senduk nasi rata Gula
1 senduk nasi rata Tepung Gandum
Secubit Garam
Pewarna Kuning

** iza guna telur A, 225gm santan (125gm santan + 100gm air), 45gm gula pasir, 30gm tpg gandum, secubit garam, pewarna kuning


Cara :
Panaskan kukusan

Satukan bahan kulit, masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh seperti doh buah melaka. Guna acuan lompang yang kecil, sapu minyak. Ambil doh dan tekan ke dalam acuan lompang, buat seperti membuat kulit tart. Trim bahagian atasnya. Kulit jangan terlalu tebal, buat nipis supaya tak keras

Satukan semua bahan kastard. Kacau dengan whisk supaya adunan tak bergentel. Masukkan adunan ke dalam doh kulit tadi

Kukus 12-15 minit dengan api sederhana. Jangan terlebih masa mengukus nanti kulit akan overcook, mengembang dan tak cantik

Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan





0
NASI GORENG BELACAN


Timbulnya idea ni selepas makan di salah sebuah kafe di area Ampang. Singgah situ dah petang ingat nak minum-minum je. Bila tengok jam dah pukul 6 alang-alang terus makan malam sekali. Pasal nak cepat sebab ada hal lain selepas tu saya pesan yang simple-simple, nasi goreng belacan and my daughter Puteri, nasi goreng tomyam. Bila makanan sampai, untuk Puteri nasi goreng tomyam dah betul tapi untuk saya nasi goreng belacannya lain tak macam yang selalu makan. Saya ingatkan diorang tersilap ambil order atau silap hantar ka.....rupanya bukan silap.....memang rupa itulah nasi goreng belacan style kafe diorang. Setakat ni belum pernah saya jumpa style gitu. Sesuatu yang menarik, lain dari yang lain.....atau orang lain dah lama tahu, saya aje yang tak tahu...

Selepas dirasa, nasinya nasi goreng biasa. Yang dikatakan belacan tu tang daging sebab ada rasa belacan dalam gorengan daging tersebut. Dari situ lah datang idea untuk entri kali ni. Bak kata orang, jauh berjalan luas pemandangan. Macam tu la jugak dalam bab masak memasak, dengan jjcm dapat kita kembang dan luaskan idea




Berdasarkan dari pemerhatian dan rasa, maka inilah hasil eksperimen saya di dapur petang semalam sekaligus menjadi santapan dinner kami. Walaupun tak 100% sama sekurangnya puas rasa hati, setelah dua tiga minggu memikir akhirnya terlaksana juga... ~ My Own Style Nasi Goreng Belacan

Ada dua part penyediaan untuk nasi goreng belacan ini :
- Nasi Goreng Planta
- Daging Goreng Belacan

Tak nak celoteh panjang di hari Jumaat mulia ini
Jomm intai resipi...


NASI GORENG BELACAN SSK Style

NASI GORENG PLANTA

Bahan-Bahan :
5 cwn Nasi Putih
2 sdb Majerin Planta
1 sdb Serbuk Lada Sulah
1 sdb Stok Ayam Pekat
1 sdb Minyak Bijan
Minyak Masak
Udang Segar secukupnya
Garam secukup rasa (jika perlu)

Bahan Tumbuk :
8 ulas Bawang Putih
7 ulas Bawang Merah

Bahan Sayuran:
Kobis ~ hiris halus
Karot ~ hiris halus

Bahan Telur :
4 biji Telur
Sedikit Serbuk Lada Sulah & Garam


Cara :
Campurkan majerin ke dalam nasi dan gaul sehingga bergaul rata, ketepikan
Campurkan bahan telur, pukul sikit dengan garfu dan ketepikan
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan minyak bijan. Tumiskan kesemua bahan tumbuk sehingga naik bau dan pecah minyak
Kemudian masukkan udang, kacau rata sehingga masak
Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau sehingga telur betul-betul masak. Kemudian campurkan semula dengan bahan tumisan tadi dan masukkan juga 6sdm air supaya tak kering
Masukkan bahan sayuran, lada sulah, stok ayam, setelah bahan-bahan bergaul rata masukkan nasi yang telah dicampurkan dengan majerin tadi. Gaul rata dan tambahkan garam jika perlu, padamkan api
DAGING GORENG BELACAN

Bahan-Bahan :
350 gm Daging Batang Pinang ~ hiris
1/2 labu Bawang Besar Kuning ~ hiris tebal
1/2 biji Lada Benggala Merah/Hijau ~ potong serong
7 biji Cendawan Butang (dlm tin) ~ hiris
3 biji Cili Api ~ ketuk
1 sdb Stok Ayam Pekat
1 inci Belacan
1/2 cwn Air
2 sdb Tepung Jagung ~ bancuh dengan sedikit air
2-3 tangkai Daun Ketumbar (jika suka)
Garam & Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk :
4 ulas Bawang Merah
1 inci Halia


Cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau
Masukkan belacan dan cili api, gorengkan sekejap
Masuk daging dan stok ayam pekat, gorengkan selama 10 minit (tutup kuali jika perlu)
Masukkan air, gula dan cendawan, kacau dan biarkan sebentar
Kemudian masukkan lada benggala dengan bawang besar
Setelah mendidih masuk bancuhan tepung jagung, kacau
Last patah-patahkan daun ketumbar, kacau rata dan padamkan api
Set Nasi Goreng Belacan





1
IKAN MASAK CUKA


Alhamdulillah, dapat jugak update blog hari ni...
Kejadian Ikan Masak Cuka tanpa dirancang. Alkisahnya, ternampak resipi ni lalu di Fb pagi tadi. Kebetulan bahan pun semua cukup, apa lagi terus la jadi lauk untuk hari ni. Sesekali berubah selera dengan menu ringkas. Ringkas-ringkas pun jangan pandang sebelah mata tau sebab memang sedap. Menyediakan Ikan Masak Cuka ni lebihkurang sama je macam masak taucu cuma yang ni tak ada taucu.


Saya guna 2 keping ikan tenggiri bersaiz medium. Resipi kata bubuh 1/3 cawan air, saya bubuh 1/2 cawan sebab tak nak la kering sangat. Tapi dah siap masak tak berapa nampak jugak kuahnya pun. Mungkin next time kena lebihkan sikit lagi air dan adjustkan masam, manis dan masin. Kekadang bila masak lauk pauk ni tak boleh nak strict sangat follow resipi, boleh ubahsuai ikut sesedap tangan

IKAN MASAK CUKA
by IzaAkma SSK
source ~ Che Eda



Bahan A :
2 ekor Ikan Tenggiri (saiz kecil) ~ kerat 3 setiap ekor, dibersihkan & toskan
1 sdt Serbuk Kunyit
1/2 sdt Garam

Digaul rata dan perap sekejap
Kemudian goreng hingga masak, tak perlu sampai garing sangat nanti keras
Angkat dan toskan

Bahan B :
1 biji kecil Timun ~ kerat 3, buang empulur & hiris panjang
1 biji Cili Hijau ~ kerat 3, buang biji & hiris panjang
1 biji Cili Merah ~ kerat 3, buang biji & hiris panjang
7 ulas Bawang Merah Kecil ~ belah 2
5 ulas Bawang Putih ~ belah 2
1/2 inci Halia ~ hiris halus
3 sdb Cuka
1 sdt Serbuk Kunyit
1/3 cwn Air
Garam & Gula secukup rasa

Bahan Tumis :
1 btg Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
2 biji Buah Pelaga
4 kuntum Bunga Cengkih
3/4 sdt Biji Sawi


Cara :
Panaskan kuali, masukkan 3 sdb minyak
Masukkan biji sawi dan masak sekejap
Kemudian masukkan semua bahan tumis, bawang putih, bawang merah dan halia. Masak hingga bawang layu
Masukkan serbuk kunyit, kacau rata
Tuang cuka, kacau dan masukkan air. Biar mendidih
Masuk timun dan masak hingga timun lembut sedikit
Masukkan cili merah, cili hijau dan ikan goreng, kacau rata
Tambah garam secukup rasa dan 1sdb penuh atau secukup rasa gula, masak hingga pekat





0
AYAM MASAK MINANG


Assalamualaikum
Selamat Tahun Baru...

Entri pertama pembuka bicara 2016
Saya tersedar ada sesuatu yang berubah dalam sini. Biarkan lahh..... malas nak pikir
Tahun baru semangat baru ingat nak buat 1 hari 1 entri. Fikir-fikir balik tergalas ka nak buat setiap hari...? Walau ada perancangan nak buat camtu tapi tak dapat la nak janji apa-apa memandangkan komitmen lain pun banyak yang harus didahulukan. Apapun akan saya cuba yang terdaya, In shaa Allah...


Beralih pada menu, Ayam Masak Minang...
Rasanya iras-iras masak lemak jugak. Cuma bezanya masak lemak yang selalu saya masak guna cili merah/cili api, tiada langsung bawang putih, lengkuas, halia, buah keras manakala bahan-bahan yang lain tetap sama.

Sedaapp.....kena betul dengan selera saya. Nak lagi sedap kann kenakan ngan regu.....tumbuk sambal belacan.....goreng ikan sepat masin.....pastu hidangkan dengan nasi putih.

Sebelum ke resipi asal, saya letak dulu note kat sini ikut cara saya sebab ada sikit penambahan/pertukaran dalam bahan dan kaedah penyediaan. Saya buat setengah daripada resipi asal

**Note (for 1/2 rcp)
Ikut resipi ada cili kering dalam bahan kisar tapi ganti dengan cili kisar

Untuk 1/2 rcp saya bubuh 4 biji cili api
Selepas minyak panas, masuk 2sdm cili kisar...tumiskan sekejap
Kemudian masuk bahan kisar, masak hingga airnya kering
Masuk ayam, kentang, daun kunyit, daun limau, garam dan sedikit saja gula (untuk berikan sedikit rasa manis sebab guna santan serbuk...kalau guna santan fresh tak perlu tambah gula)...biarkan ayam masak dan kentang empuk
Tuangkan santan (1 peket santan serbuk + 1-11/4 cwn air) bersama asam gelugor, biarkan mendidih dan kuah jadi sedikit pekat
Last, masuk 2sdm susu cair kacau-kacau sekejap...padamkan api. Siap!


AYAM MASAK MINANG
by IzaAkma SSK
source ~ Chef Joha Hassan



Bahan-Bahan :
1 ekor Ayam
1 helai Daun Kunyit
4 helai Daun Limau Purut
200 ml Santan (boleh gunakan santan segar)
2 keping Asam Gelugor atau 1/2 mangkuk Air Asam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :
1 inci Lengkuas
1 inci Halia
1/2 inci Kunyit
2 biji Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
5 biji Buah Keras
12 tangkai Cili Kering
4 biji Cili Api
4 batang Serai


Cara :
Bersihkan ayam, potong ikut citarasa dan toskan
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar
Masak sehingga bahan tumisan masak dan airnya kering
masukkan ayam, gaulkan rata-rata dan biarkan ia masak
Tuangkan santan bersama air sedikit supaya ia tak terlalu pekat
Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa bersama asam gelugor, rasakan kuahnya
Masak di atas api yang sederhana dan biarkan ia mendidih dan kuahnya pekat