0
APAM SAKURA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Mencuba apam gula hangus dari seberang. Nampak lain daripada kebiasaan sebab versi ni paduan gula hangus bersama spekuk. Lagipun nak rasmikan acuan sakura yang dah lama beli tapi tersorok lagi dalam lemari. First time rasa apam gula hangus berempah. Sedap jugak... lain sikit dari yang biasa. Tekstur kuih pun gebu segebu-gebu...


APAM SAKURA
by IzaAkma SSK
source : Resep Kita Hobi Masak


BAHAN A (Karamel):
  • 150 gm Gula Pasir
  • 150 gm Air Panas
BAHAN B :
  • 4 biji Telur
  • 100 gm Gula Pasir
  • 200 gm Tepung Gandum*
  • 1 sdt Rempah Spekuk*
  • 1 sdt Soda Bikarbonat*
  • 1/4 tsp Garam* (* diayak bersama)
  • 50 gm Butter, cairkan
  • 3 sdm Susu Pekat Manis

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Untuk Karamel: Panaskan gula pasir hingga cair kecoklatan. Tuang air panas, kacau rata dan biarkan mendidih. Angkat dan sejukkan
❀   Setelah karamel sejuk, campurkan susu pekat dan butter cair. Kacau rata dan ketepikan.
❀   Pukul telur dan gula pasir (bersama gula perang) sampai kembang dan putih
❀   Masukkan bahan yang diayak, kaupbalik rata dengan spatula.
❀   Masukkan campuran karamel, kacau rata
❀   Tuang adunan ke dalam acuan sakura yang telah disapu sedikit minyak.
❀   Apabila kukusan dah betul-betul mendidih, isikan adunan ke dalam acuan 3/4 penuh dan kukus selama 20 minit.

::My Note::
- telur.. gred (A)
- gula.. 40 gm gula pasir + 60 gm gula perang
- selepas karamel sejuk campurkan butter cair, kacau rata
- selepas telur dan gula dah kembang & putih, masuk susu pekat dan mixer lagi sekadar rata
- masuk tepung yang diayak, kaupbalik rata guna spatula
- masuk campuran karamel+butter cair, kaupbalik perlahan hingga rata
- jika adunan diisi 3/4 penuh acuan, akan naik menyenget selepas siap kukus
- jika diisi 1/2 penuh, naik sama rata separas acuan
- untuk sdt & sdm.. guna sudu sukatan metrik






0
SAMBAL TERUNG KOMBINASI

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Jenuh cari gambar, satu satu folder buka... rupanya terselit.
Masak nya lama dah... tengok lah watermark pun watermark lama, 2015...

Tercetus idea selepas menjamu selera di Bangi sekitar dua tahun lepas.
Selepas direalisasikan ini lah dia... my own style sambal terung.


Sambal terung iza style ni, selain bahan asas terung... ada udang segar bersaiz besar untuk memberi rasa manis dan juga petai untuk aroma yang lebih menggoda.

Makan nasi panas berlaukkan ini saja pun dah cukup menyelerakan... tak pandang lauk lain dah.


SAMBAL TERUNG KOMBINASI Iza Style
by IzaAkma SSK


BAHAN- BAHAN :
  • 3 biji Terung (bersaiz kecil), potong serong
  • 4 tangkai Kacang Panjang, potong 1 inci panjang
  • 4 papan Petai, dibelah 2
  • 10 ekor Udang Segar 
  • 8 ulas Bawang Merah, dihiris
  • 7 biji Cili Merah*
  • 3 ulas Bawang Putih*
  • 1 cm Kunyit Hidup*
  • 1 sdm Udang Kering*
  • 2 biji Buah Keras*
  • 1/2 inci Belacan*(*tumbuk/blend halus)
  • 3 sdm Cuka
  • 1/4 cwn Air
  • Garam & Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Panaskan minyak.
❀   Goreng udang, sekejap saja jangan lama dan angkat.
❀   Goreng kacang panjang, sekejap dan angkat.
❀   Goreng petai, juga sekejap dan angkat.
❀   Untuk terung, lumurkan terlebih dahulu dengan sedikit serbuk kunyit dan goreng. Bila dah nampak cantik kekuningan, angkat.
❀   Dengan minyak yang sama, masukkan hirisan bawang merah.
❀   Setelah gorengan bawang harum dan kekuningan, masukkan bahan tumbuk/kisar. Tumis sehingga bangkit bau dan pecah minyak.
❀   Perisakan dengan garam, gula secukup rasa dan cuka. Selepas dimasukkan garam, gula dan cuka, tumisan akan kelihatan berkilat. Teruskan menumis anggaran seminit sambil dikacau selalu supaya tumisan tak hangit.
❀   Kemudian masukkan air. Tujuan dimasukkan air supaya sambal tak kering dengan cepat dan membolehkan tumisan dapat dimasak lebih lama. Bila dah nampak terbit minyak kali kedua, masukkan sayuran dan udang yang digoreng tadi. Kacau-kacau hingga serata dan terus tutup api.
❀   Siap dan bolehlah dihidangkan.





0
DAGING PALEMBANG

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Wahai sang hitam menawan, Daging Palembang...
Biarpun rupa mu legam pada panahan mata, namun kau cukup istimewa.
Dah rasa... emmm boleh terkunci mulut tak terkata apa.
Pasangan Nasi Beringin @ Serai sehati sejiwa.
Hitam pada rupa... 5-Star pada rasa!



DAGING PALEMBANG
by IzaAkma SSK
rcp : Kak Maria Hakem



BAHAN-BAHAN :
  • 700 gm Daging, potong lebar & nipis
  • 2 btg Serai, dititik
  • 500 ml Santan Pekat
  • 1 cwn Kicap Pekat Lemak Manis
  • Minyak untuk menumis
BAHAN B (Kisar):
  • 1 labu Bawang Besar
  • 5 ulas bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2 cm Halia
  • 3 cm Lengkuas
  • 15 tangkai Cili Kering
BAHAN C (Tumis):
  • 3 cm Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 2 kuntum Bunga Cengkih
  • 3 biji Buah Pelaga

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Panaskan minyak, tumis bahan tumis sebentar. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
❀  Masukkan daging, gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana hingga keluar air daging. Masak seketika lagi.
❀  Masukkan kicap diikuti dengan santan (atau kerisik). Gaul dan masak hingga daging benar-benar lembut, kacau sesekali.
❀  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa sahaja. Masak hingga kuah agak pekat dan naik minyak. Tutup api.


Terima kasih kepada empunya dan semua yang berkongsi resipi.




1
NASI BERINGIN @ NASI SERAI

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Kali kedua menanak nasi beringin yang juga dipanggil nasi serai.
Walaupun resipi ini tak banyak lari dari yang pernah buat sebelum... namun tetap memberi rasa berbeza.
Saya kata tak banyak lari sebab masih menggunakan rempah.
Manakala berbeza rasa kerana nasi beringin dahulu guna rempah ketumbar, jintan putih, badam dan santan... tapi yang ini rempahnya cuma jintan kasar @ manis, serai yang banyak dan tanpa santan


Ikutkan asal, warna nasi asli... tak ada warna.
Saja warnakan warna ala-ala diraja..
Pastu gandingkan dengan pengiringnya yang hitam menawan... tampak kontras gitu..
Harum aroma jintan dengan serai sewaktu menumis... emmm menusuk selera...
Keenakannya mendapat pujian ramai oleh mereka yang dah mencuba


NASI BERINGIN @ SERAI
by IzaAkma SSK
source : SyidahMustafa @ MyResipi.Com



BAHAN-BAHAN :
  • 2 cwn Beras Biasa
  • 1 sdk Biji Jintan Kasar
  • 1/2 biji Bawang Besar Holland
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 5-6 batang Serai
  • 1 sdb Marjerin
  • Air untuk menanak nasi
  • Sedikit Garam

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Tumbuk bawang putih, bawang besar dan halia
❀  Titikkan serai
❀  Panaskan periuk dan cairkan marjerin
❀  Tumis dahulu jintan kasar
❀  Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik
❀  Masukkan air dan garam, masak nasi seperti biasa





2
SAMBAL TUMIS BILIS PETAI

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Kaedah memasak sambal yang saya pelajari daripada arwah opah masa zaman sekolah-sekolah dulu. Arwah opah berniaga nasi lemak dengan kuih muih. Jadi saya guna peluang tu belajar serba sikit macam mana masak sambal dengan buat kuih-kuih basah.

Biasa la orang tua kalau ajar main cakap lisan je... kita ni dok dengar tak mengerlip mata. Takde nyer la nak tulis satu satu... semua input simpan dalam kepala. Pastu pandai-pandai sendiri praktik untuk bagi ingat... tak praktik alamat lupa.

Kini dah lebih setahun arwah pergi...
Tunjuk ajarnya, ilmu dan petua masak memasak masih saya ikut sampai hari ni.
Begitu juga buku resipi arwah masih rapi dalam simpanan saya. Al-Fatihah..


Pernah banyak kali juga cuba ikut cara lain tapi di akhirnya balik semula ikut cara opah ajar.

Caranya, selepas tumisan cili pecah minyak... masukkan ikan bilis... biarkan ikan bilis bergoreng bersama-sama cili untuk beberapa minit... mesti kacau selalu supaya tak hangus. Dengan cara begini tak perlu khuatir, masak lama pun sambal... ikan bilis tak akan lembik. Dengan kaedah ini juga ikan bilis tak perlu digoreng dahulu... jimat masa, jimat gas.

Lepas beberapa ketika bila sambal dah pekat dan garing menyaluti ikan bilis baru masukkan santan pekat diikuti air sikit dengan air asam jawa. Penambahan air pun kena agak-agak ikut kepekatan sambal dan kepekatan santan yang diguna. Kalau guna santan yang tak berapa pekat tambah air jika perlu sahaja... takut nanti cair tak sedap.

Santan tu ikut suka... nak bubuh boleh tak bubuh boleh. Tapi lagi sedap bubuh. Jadi rasa sambal balance... ada pedas, manis, masam, lemak-lemak dan sedikit masin.

Tips ini sekadar perkongsian.
Tiap orang ada cara sendiri, ikut kesukaan dan keselesaan masing-masing...


SAMBAL TUMIS BILIS PETAI
by IzaAkma SSK


BAHAN- BAHAN :
  • 1 cwn Cili Kisar
  • 10 ulas Bawang Merah*
  • 4 ulas Bawang Putih*(*blend halus)
  • 1 sdt Pes Asam Jawa
  • 1 cwn Santan Pekat
  • 1 cwn Air
  • Segenggam Ikan Bilis
  • 1 labu Bawang Holland, dihiris tebal
  • Petai
  • Garam & Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Panaskan minyak. Tumis bahan blend sehingga naik bau.
❀  Masuk cili kisar, tumis sehingga betul-betul garing dan pecah minyak.
❀  Bila cili dah pecah minyak, masuk garam dan gula. Biarkan sebentar sambil dikacau.
❀  Masukkan ikan bilis dan gorengkan bersama cili seketika sehingga ikan bilis hampir-hampir garing bersama-sama cili. Masa ni sambal hendaklah selalu dikacau supaya tak hangus.
❀  Masukkan santan, air dan pes asam jawa. Masak hingga didih sambil sesekali dikacau.
❀  Masukkan petai dan hirisan bawang holland. Renihkan dengan api kecil sehingga nampak minyak naik ke permukaan sambal. Kacau sekali sekala.
❀  Rasakan semula masin, manis dan masam. Jika ada yang terkurang tambah ikut keperluan.
❀  Bila dah dapat kepekatan sambal yang diingini dan dah nampak cantik minyak naik di permukaan sambal, boleh lah diangkat. Hidangkan bersama nasi panas.





1
APAM LABU MANIS

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Apam labu petang semalam ada lebih sikit lagi.
Itu ler yang teman layan buat sarapan pagi ni.
Sedap tau apam ni... lembut... wangi dengan aroma labu.
Ikutkan malam tadi nak abihkan... tinggal dua tiga biji alang-alang simpan aihh.
But then teringat nak simpan... untuk try test tengok macam mana selepas simpan satu malam... lembut lagi ke...
Betul ler... apam maintain lembut dan still gebu lagi pagi ni walaupun selepas semalaman disimpan.


::My Note::
- labu siap rebus.. 180 gm
- gula pasir.. 130 gm (manis yang sesuai pada citarasa saya)
- tepung beras.. 200 gm
- tepung gandum.. 100 gm
- santan.. 150 gm santan kotak + 100 gm air
- tambah sedikit pewarna kuning
- blend labu yang dilenyek dengan 200 gm air
- tuang dalam campuran tepung, gula, yis, baking powder & kacau sebati
- masuk santan, kacau sebati
- perap adunan sehingga betul-betul kembang & nampak berbuih



APAM LABU MANIS
by IzaAkma SSK
rcp : Salmah Haron Singapore
ref : Amies Little Kitchen



BAHAN-BAHAN :
  • 1 cwn Labu Rebus, lenyek halus
  • 3/4 cwn Gula Pasir
  • 2 cwn Tepung Beras
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 200 ml Air
  • 250 ml Santan
  • 1 sdt Baking Powder
  • 1 sdt Yis Mauripan

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Satukan kesemua bahan (Amie masukkan dalam mixer) dan gaul hingga sebati.
❀  Perap adunan selama 1 jam.
❀  Sapukan acuan dengan minyak..
❀  Kukus selama 15-20 minit menggunakan api yang kuat





0
GULAI AYAM REMPAH ROSE TERENGGANU

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Kelazatan dan keenakan kari terserlah bila menggunakan Rempah Cap Bunga Rose.

Buktinya, pertama kali masak kari beberapa tahun lalu menggunakan rempah rose hati terus terpaut. Bermula dari yang pertama itu lah selagi stok masih ada saya terus guna rempah rose jika mahu masak kari ayam, daging mahupun ikan.

Saya kira semua dah jelas dan tahu akan rempah cap rose kan. Sekiranya ada yang kurang jelas boleh baca perihal Rempah Cap Bunga Rose di SINI

Resipi ni asalnya Gulai Daging Terengganu. Dapat dari satu blog lama dulu dah... print dan simpan. Tapi sebab saya bukan orang ganu dan tak mau timbul cakap-cakap yang resipi asli terengganu bukan macam tu bukan macam ni... maka saya ubah nama kepada Gulai Ayam Rempah Rose Terengganu.

Sebab apa ayam... sebab saya guna ayam menggantikan daging. Manakala nama terengganu dikekalkan kerana rempah rose ni asalnya dari sana.


Cara saya untuk resipi ni...
- guna 10 ketul ayam
- tambahan ubi kentang
- bahan-bahan lain sama
- santan, santan kotak anggaran 1/2 cwn + 1 1/2 cwn air
- walaupun guna santan kotak tapi karinya tetap sedap dan pekat.


Untuk bahan kisar...
- kisar asing cili dengan bahan lain.

Untuk step menumis...
- masuk dulu rempah empat sekawan
- kemudian masukkan bahan kisar bawang + bawang putih + halia + lengkuas
- dah wangi masukkan cili kering kisar + serbuk rempah + air sebatikan dan tumis sehingga pecah minyak
- jika perlu boleh tambah air lagi sikit semasa rempah sedang ditumis bertujuan supaya rempah tak kering/hangus dan dapat ditumis lama hingga betul-betul pecah minyak
- lain-lain step sama



GULAI DAGING TERENGGANU
by IzaAkma SSK
source : resepi trg.blogspot.com





CARA PENYEDIAANNYA :





0
KHANOM TUAY (Coconut Milk Custard)... Thai Dessert Yang Sedap!

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Khanom Tuay adalah sejenis dessert atau kuih Thai yang dibuat daripada tepung beras, santan dan gula. Mempunyai dua lapisan dengan dua rasa berbeza. Lapisan bawah rasa lemak manis adunan gula kabung dan diseimbangkan dengan rasa lemak masin santan pada lapisan atas.

Khanom Tuay Thai ni jika diamati dari segi rupa tak banyak beza dengan kuih talam melayu. Bahkan bahan yang digunakan pun sama. Cuma bezanya acuan yang mereka guna berdiameter besar sikit dan rendah berbanding acu lompang.


Lama dah kiv resipi ni sebenarnya, lepas terlihat dalam satu akhbar beberapa tahun lalu. Tengok resipi menarik dan mudah, saya gunting dan simpan. Hobi pun... pantang jumpa resipi mesti nak gunting, kumpul, simpan... tak pun snap dengan hp. Tapi selalunya bila dah simpan...buatnya pula selalu tertangguh... alasan tunggu masa sesuai.

Alhamdulillah, december lepas terjelma sudah Khanom Tuay depan mata. Tapi oleh kerana masa tu blog bercuti panjang, makanya hari ni baru post.

Yang lama nunggu buat kuih ni bukan apa... pasal acuannya tak ada. Merata jugak mencari di bakery sekitar KL, Shah Alam, Bangi, Kajang kot-kot ada... nampak gayanya belum ada rezeki lagi jumpa.

Kalau nak tunggu acuan specialnya tu lahai sampai bila pun tak merasa kuih ni. So saya decide guna acu lompang.


Step penyediaan dan masa mengukus saya follow exactly as recipe. Sebelum dipanaskan acuan dalam kukusan, saya sapu nipis dulu dengan minyak. Selepas kuih masak, biarkan betul-betul sejuk baru keluarkan daripada acuan.

Pada saya, rasanya lebih sedap dari kuih talam gula merah. Tekstur kuih lembut gemalai dan lemak-lemak manis pun just nice. Kalau tak sempat nak tunggu kuih sejuk, makan suam-suam pun sedap. Yang pasti, makan satu gerenti tak cukup!

Di sini saya sertakan resipi dari dua sumber yang kedua-duanya sama...
- sumber 1, simpanan keratan akhbar
- sumber 2, blog Taste of Siam

Jom intai macam mana buat...


KHANOM TUAY (Coconut Milk Custard)
by IzaAkma SSK
source 1: daripada keratan akhbar


source 2 : Taste of Siam

BOTTOM LAYER :
  • 1/2 cup Rice Flour
  • 2 tablespoon Arrowroot Flour
  • 200 cc. thin Coconut Milk
  • 50 cc. Water
  • 120 grams Palm Sugar
TOP LAYER :
  • 200 cc. Coconut Milk
  • 2 tablespoon Rice Flour
  • 1/2 teaspoon Salt

METHOD :
❀  If you use canned coconut milk likes me:-), make the thin coconut milk by placing 2 tablespoon of coconut milk in the measuring cup then add in water until the water level reaches 200 cc. Then you will get 200cc. thin coconut milk.
❀  In a mixing bowl mix all the bottom layer ingredient , stir until the sugar completely dissolves, set aside. Then with another mixing bowl, mix all the top layer ingredient, set aside.
❀  Line porcelain bowls in a steamer, steam over the high heat for 5 minutes until the bowls are hot. Pour in the bottom layer mixture, cover the steamer and let cook for 10-12 minutes until is done.
❀  Then pour in the top layer mixture, cover the steamer and let cook for another 5-7 minutes. The top layer should be succulent and soft but not runny. Be careful not to overcook otherwise the top layer will be too dry.
❀  Remove from heat, serve warm.





1
BANGKIT KACANG HIJAU MODEN

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Melayan selera teringinkan biskut. Tapi bukan biskut empat segi ka... biskut marie ka atau biskut lain hat selalu dok cicah dengan kopi teh. Saya ni plak jenis yang jarang sangat layan biskut seangkatan macam tu. Nakkan biskut raya... hat beli tak mau... nak buatan sendiri. Selera pun ada waktu nak manja-manja jugak kan... layan ja...


Biskut ini jadi pilihan. Walaupun ada satu bahan tak ada, projek mengukis tetap ON. Nak keluar gi beli memang tak la. Lagipun bukan nak guna banyak... secawan je sebab cuma buat separuh resipi. Jadi gunalah apa yang ada. Dalam fridge ada tepung kacang peas lebih buat kukis raya hari tu. Tepung itu lah saya jadikan sebagai ganti tepung kacang hijau.

Sebabkan tepung tu lama duduk dalam fridge, so saya sangai dulu kerana dibimbangi kelembapan tepung tu nanti akan mempengaruhi tekstur biskut. Begitu juga dengan tepung ubi sangai dulu berasingan dengan tepung kacang hijau. Saya adapt pengalaman buat biskut bangkit sebelum-sebelum ni, yang mana tepung harus disangai agar biskut jadi lebih ringan dan gebu.


Nah ini hasilnya...
Sebab derhaka tepung, bangkit kacang hijau dah jadi bangkit kacang peas. Aci tak?
Hehe... aci tak aci... biskut dah pun jadi.
Rangup, ringan dan gebu je... Sedap!
Untuk hiasan, guna apa ada... almond nib campur bijan hitam.
Agaknya kalau guna tepung kacang hijau yang sebenar sure sedap terlagi-lagi kan.


BISKUT BANGKIT KACANG HIJAU MODEN
by IzaAkma SSK
source: MyResipi (kak besah)


BAHAN-BAHAN :
  • 1 cwn mumbung (150 gm) Gula Aising / 1 cwn rata Gula Halus
  • 250 gm Butter
  • 2 biji Kuning Telur (B)
  • 2 cwn rata Tepung Kacang Hijau (dalam peket)
  • 2 cwn rata Tepung Ubi
  • 1/2 cwn rata Tepung Gandum
  • 1 sdt mumbung Baking Powder
  • 1 sdm Pewarna Hijau (jika suka)
BAHAN HIASAN :
  • Kuning Telur
  • Kekacang (badam flake atau kekacang lain)

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Putar butter & gula hingga sebati.
❀  Masukkan kuning telur & pewarna hijau, putar 10 saat agar sebati.
❀  Ayak semua tepung bersama baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut. Tambah sikit tepung gandum jika adunan masih lembik. Tak mengapa, jika doh nampak agak lembik pada awalnya. Selepas beberapa ketika doh akan jadi semakin keras kerana tepung akan mengembang.
❀  Gelek doh di antara 2 plastik, terap dengan bentuk yang digemari dan susun atas dulang yang telah disapu mentega.
❀  Sapu nipis kuning telur dan tabur apa-apa jenis kekacang yg disukai.
❀  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu, 160c selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak. Akak suka bakar dgn suhu 150c saja, agak lama lah tempoh membakarnya.. tapi hasilnya biskut akan jadi garing, ranggup & tahan lama.





0
STRAWBERRY FILLING HOMEMADE

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Jika ada yang perasan watermark ssk2016 di gambar, ni bukan entri ulangan ye... cuma entri tertunggak. Buatnya tahun lepas... baru hari ni nak entri. Nasib baik gambar strawberry filling ni selamat. Sempat upload and save dalam blog sebelum laptop problem. Kalau tak... entah bila lagi nak buat.

Punya lah lama berangan nak buat filling strawberi sendiri. Bila ke pasaraya, asal nampak je strawberi, filling lah yang pertama terlintas di fikiran. Kaki pun apalagi melangkah tuju ke rak strawberi... tangan lama membelek-belek memilih... tiga kali pegang tiga kali letak... last habis kat situ je tak beli sambil hati berbisik, tak apa lain kali.

Dan akhirnya boleh tersenyum puas... yang diangankan menjadi nyata. Pokoknya kena usaha, ye tak... bak kata peribahasa, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tak ada yang datang bergolek, turun dari langit kalau tak diserta usaha. Mahu seribu cara, tak mahu seribu alasan... If there is a will, there is a way!


Saya puashati dengan kejadian filling. Kepekatan dan masam manis semua secukup rasa. Buat sapuan pada roti pun sedap.

Filling ni juga saya gunakan sebagai topping Cheese Cake dan untuk Bahulu Gulung. Cuma sayang gambar untuk dua-dua tu tak dapat dikongsikan di sini... semua dah ghaib. Maybe next time... sebab saya sendiri pun perlu akan gambar dan resipi simpan di sini sebagai rujukan di samping platform diari projek dapur.

Ada rezeki mungkin selepas ni akan cuba pula dengan buah blueberry, kiwi atau buah-buah lain.


Strawberi saya tak blend sebab tak nak filling jadi halus sangat. Cuma potong kecil supaya bila makan masih boleh terasa ketulan-ketulan strawberi dalam filling. Bila tergigit tu yang buat rasa lagi umphh. Lagipun bila dimasakkan strawberi dengan sendirinya akan hancur.

::Note::
# guna cawan dan sudu sukatan metrik.
# perisa dan pewarna boleh disesuaikan


STRAWBERRY FILING HOMEMADE
source: IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 200 gm Strawberry ~ potong kecil
  • 1/2 cawan Air
  • 1 1/2 tbsp Tepung Jagung
  • 5 tbsp Gula Pasir (boleh tambah jika mahu lebih manis)
  • 1/8 tsp Pewarna Merah
  • Sedikit (1/2 drp 1/8 tsp) Perisa Strawberi
  • Secubit Garam

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Masuk semua bahan kecuali tepung jagung.
❀  Masak campuran tersebut dengan api sederhana sambil dilecek-lecek potongan strawberi supaya hancur.
❀  Ambil beberapa sudu campuran, bancuhkan dengan tepung jagung. Tuangkan bancuhan tepung jagung ke dalam campuran strawberi. Teruskan masak hingga pekat.
❀  Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum digunakan





0
PUDING SAKURA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

SSK belanja gambar je pagi ni...
Tak ada detail resipi.

Tak plan sebenarnya nak buat...
Terbuat pun sebab nak recycle lebihan kek dalam petisejuk.

Sebelum ni dah pernah buat Puding Kek (entri dalam posting terdahulu)
Jadi saya adaptasikannya untuk menghasilkan satu lagi puding dengan rupa, corak dan cara berlainan tapi masih mengekalkan penggunaan kek di dalam.



Walaupun banyak masa dicuri untuk menyiapkan, tapi Alhamdulillah...
Percubaan yang tak mengecewakan.
Satu kepuasan kala melihat corak dalaman puding...
Corak yang dihasilkan oleh kek bersama fruit cocktail
Namun perlu diperbaiki lagi untuk rupa lebih menawan...






2
KUIH LAPIS ROTI PAUN

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Jika ada lebihan roti yang dah tak dimakan ataupun yang dah hampir nak expired, jangan dibuang. Macam-macam kuih atau dessert boleh kita buat dengan roti. Sebelum ni saya dah post Kuih Lapis Gardenia yang menggunakan roti. Kali ni pun kuih lapis yang diadun dengan roti juga tapi resipi yang berlainan. Tak salah mencuba kan... untuk mempelbagai koleksi dan rasa... sekurangnya tidak lah terikat dengan satu resipi aje.

Jika Kuih Lapis Gardenia dulu menggunakan tepung beras dan sagu... lapis ini pula menggunakan campuran tepung beras, gandum dan jagung. Nahh tentunya memberi rasa yang berbeza biarpun masih guna roti di dalam bahan.


Lapisan boleh je ubah kaler apa suka. Kita yang buat dia... jadi terpulang pada kita nak buat macam mana pun. Layer last tu ntah kenapa ntah tetiba pi buh kaler hijau... asal nak bubuh kaler lain terbubuh hijau. Hmmm... apa-apa la... janji kuihnya sedap.

Cara saya...
- untuk dapatkan santan pekat dan santan cair, campurkan terlebih dahulu santan kotak dengan air ikut kesesuaian kepekatan dan kecairan
- rendam roti yang dicarik dengan santan Bahan A
- dah lembut, kisar halus 
- tuang dalam campuran tepung Bahan A, kacau rata dan sebati 
- masuk Bahan B yang dah suam, kacau rata dan sebati
- bahagi 2: 
# 1 bhg tambah pewarna merah/bright red & perisa rose
# 1 bhg biarkan plain 
# asingkan untuk satu layer & warnakan hijau
- kurangkan gula menjadi 1 cwn ~ tak suka manis
  

KUIH LAPIS ROTI PAUN
by IzaAkma SSK
source : Mommy Ryan Kitchen


BAHAN A :
  • 2 cwn Tepung Beras
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 2 sdm Tepung Jagung
  • 2 cwn Santan Pekat
BAHAN B :
  • 1 1/2 cwn Gula
  • 2 cwn Santan Cair
  • 1 cwn Santan Pekat
  • Secubit Garam
BAHAN C :
  • 3 keping Roti (dicarik dan rendam dalam air hingga lembut/hancur, kemudian kisar)

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Didihkan Bahan B sehingga gula hancur. Matikan api dan ketepikan seketika.
❀  Dalam mangkuk berasingan campurkan semua Bahan A + Bahan C, kacau rata dan sebati. Kemudian tuangkan Bahan B kacau sebati, tapiskan untuk mengelakkan tepung bergentel [iza kacau dengan whisk untuk dapatkan adunan yang halus, licin dan tidak bergentel... so tak perlu tapis]
❀  Bahagikan adunan kepada 2 warna atau ikut kesukaan.
❀  Panaskan kukusan. Loyang disapu dengan minyak dan alas dengan plastik tahan panas.
❀  Apabila air kukusan sudah mendidih, letakkan loyang dalam kukusan dan panaskan seketika. Setelah itu tuangkan 1 cawan adunan untuk lapisan pertama, kukus 5-7 minit. Tuangkan lapisan adunan seterusnya dan ulang proses melapis sampai habis.
❀  Untuk lapisan terakhir, kukus 30 minit atau sehingga masak.
❀  Pastikan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.





0
KEK SERIKAYA PELANGI

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Sekarang ni asal buka je facebook macam-macam resipi viral dok lalu lalang. Silau mata teman...he heh. Cuma belum berkesempatan mencuba. Nanti bila-bila free... bahan semua cukup... teman try. Buat masa ni banyak lagi dok tunggu giliran untuk dicuba. Termasuklah ulang buat resipi untuk gambar-gambar yang hilang hari tu. Takpe ler, pelan-pelan teman kayuh iyer..

Terhasil kek pelangi ni sebab nak perabihkan serikaya yang hampir expired. Ada lagi kek lain guna sekaya tapi teman dulukan yang ni dulu... berhabuk dah dalam list... lama benor simpannya. Moh kita semak resipi kek yang lembut dan moist ni...





KEK SERIKAYA PELANGI
by IzaAkma SSK
source : Norzailina Nordin






1
DAGING MASAK ROSE

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Sengaja tak buatkan kering... ikut selera ahli rumah ni nak kan berkuah.
Kot ada lebih nanti kita perangatkan balik sampai kering... ikut selera kita pulak
Makan dengan nasi boleh... nak cicah dengan lemang ketupat pun boleh...



DAGING MASAK ROSE
by IzaAkma SSK
source : Juicy Cafe


BAHAN A (bahan perap) :
  • 1 kg Daging, hiris kecil
  • 3 ulas Bawang Putih*
  • 1 inci Halia*(*cincang)
  • 2 sdb Cuka
  • 2 sdb Kicap Manis
  • 2 sdb Kicap Pekat
  • 4 sdb Gula Merah
BAHAN B (bahan hiris) :
  • 2 biji Bawang Merah Besar
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
BAHAN C (bahan kisar) :
  • 3 biji Bawang Merah Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 3 batang Serai
  • 20 tangkai Cili Kering, rendam air panas & toskan
  • 1 cwn Air


CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Panaskan minyak dalam kuali. Tumis Bahan B sehingga naik bau.
❀  Masuk Bahan C, kacau sebati. Biarkan sehingga cili masak selama lebih kurang 15 minit.
❀  Masukkan Bahan A, gaul rata. Tutup kuali dengan penutup, biarkan selama 30 minit dengan api kecil.
❀  Kacau lagi. Kalau kering tambah air sedikit. Tutup semula dan biarkan daging empuk selama 10 minit lagi.
❀  Tambahkan perasa dan garam. Siap dihidangkan.





0
KARI DEVIL PORTUGIS

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Merujuk kepada Wikipedia, Devil's Curry Portugis atau juga disebut Kari Debal Portugis merupakan menu ayam dalam sos cili, lengkuas, cuka dan buah kemiri (buah keras).

Kari devil biasa dengar... dalam internet pun banyak jumpa... cuma seru tak sampai.
Lepas buka balik majalah lama, tengok gambar dia... jadi kecur pulak dibuatnya.
Hmmm... Kari Devil in da house...


Nak kata rasa macam asam pedas, bukan... walaupun iras-iras rupa ada.
Tapi ada la sikit rasa ala-ala rendang gitu... cuma tak ada santan.
Walau tiada santan kuah tetap pekat kerana adanya buah keras.


KARI DEVIL PORTUGIS
by IzaAkma SSK
source ~ Majalah SAJI Jan 2008


BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor Ayam, potong 12
  • 3 labu Bawang Besar Merah*
  • 6 ulas Bawang Putih*|*kisar
  • 3 cm Halia**
  • 3 biji Buah Keras**
  • 3 cm Kunyit Hidup**|**tumbuk
  • 5 biji Cili Merah, dihiris [iza blend sekali dgn bawang]
  • 5 sdb Cili Kering Kisar
  • 1 sdk Biji Sawi
  • Garam, Gula & Cuka secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Bersihkan ayam dan toskan
❀ Tumis bahan kisar dan biji sawi sampai pecah minyak
❀ Masukkan ayam dan masak sampai kecut. Boleh juga masukkan 1 cwn air. Periuk haruslah ditutup agar ayam cepat empuk
❀ Masukkan semua bahan tumbuk dan gaul rata
❀ Masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa. Kacau lagi hingga sebati dan sesuaikan rasa. Biarkan mereneh
❀ Enak dihidangkan bersama roti