2
KUIH LAPIS ROTI PAUN

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Jika ada lebihan roti yang dah tak dimakan ataupun yang dah hampir nak expired, jangan dibuang. Macam-macam kuih atau dessert boleh kita buat dengan roti. Sebelum ni saya dah post Kuih Lapis Gardenia yang menggunakan roti. Kali ni pun kuih lapis yang diadun dengan roti juga tapi resipi yang berlainan. Tak salah mencuba kan... untuk mempelbagai koleksi dan rasa... sekurangnya tidak lah terikat dengan satu resipi aje.

Jika Kuih Lapis Gardenia dulu menggunakan tepung beras dan sagu... lapis ini pula menggunakan campuran tepung beras, gandum dan jagung. Nahh tentunya memberi rasa yang berbeza biarpun masih guna roti di dalam bahan.


Lapisan boleh je ubah kaler apa suka. Kita yang buat dia... jadi terpulang pada kita nak buat macam mana pun. Layer last tu ntah kenapa ntah tetiba pi buh kaler hijau... asal nak bubuh kaler lain terbubuh hijau. Hmmm... apa-apa la... janji kuihnya sedap.

Cara saya...
- untuk dapatkan santan pekat dan santan cair, campurkan terlebih dahulu santan kotak dengan air ikut kesesuaian kepekatan dan kecairan
- rendam roti yang dicarik dengan santan Bahan A
- dah lembut, kisar halus 
- tuang dalam campuran tepung Bahan A, kacau rata dan sebati 
- masuk Bahan B yang dah suam, kacau rata dan sebati
- bahagi 2: 
# 1 bhg tambah pewarna merah/bright red & perisa rose
# 1 bhg biarkan plain 
# asingkan untuk satu layer & warnakan hijau
- kurangkan gula menjadi 1 cwn ~ tak suka manis
  

KUIH LAPIS ROTI PAUN
by IzaAkma SSK
source : Mommy Ryan Kitchen


BAHAN A :
  • 2 cwn Tepung Beras
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 2 sdm Tepung Jagung
  • 2 cwn Santan Pekat
BAHAN B :
  • 1 1/2 cwn Gula
  • 2 cwn Santan Cair
  • 1 cwn Santan Pekat
  • Secubit Garam
BAHAN C :
  • 3 keping Roti (dicarik dan rendam dalam air hingga lembut/hancur, kemudian kisar)

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Didihkan Bahan B sehingga gula hancur. Matikan api dan ketepikan seketika.
❀  Dalam mangkuk berasingan campurkan semua Bahan A + Bahan C, kacau rata dan sebati. Kemudian tuangkan Bahan B kacau sebati, tapiskan untuk mengelakkan tepung bergentel [iza kacau dengan whisk untuk dapatkan adunan yang halus, licin dan tidak bergentel... so tak perlu tapis]
❀  Bahagikan adunan kepada 2 warna atau ikut kesukaan.
❀  Panaskan kukusan. Loyang disapu dengan minyak dan alas dengan plastik tahan panas.
❀  Apabila air kukusan sudah mendidih, letakkan loyang dalam kukusan dan panaskan seketika. Setelah itu tuangkan 1 cawan adunan untuk lapisan pertama, kukus 5-7 minit. Tuangkan lapisan adunan seterusnya dan ulang proses melapis sampai habis.
❀  Untuk lapisan terakhir, kukus 30 minit atau sehingga masak.
❀  Pastikan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.





0
KEK SERIKAYA PELANGI

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Sekarang ni asal buka je facebook macam-macam resipi viral dok lalu lalang. Silau mata teman...he heh. Cuma belum berkesempatan mencuba. Nanti bila-bila free... bahan semua cukup... teman try. Buat masa ni banyak lagi dok tunggu giliran untuk dicuba. Termasuklah ulang buat resipi untuk gambar-gambar yang hilang hari tu. Takpe ler, pelan-pelan teman kayuh iyer..

Terhasil kek pelangi ni sebab nak perabihkan serikaya yang hampir expired. Ada lagi kek lain guna sekaya tapi teman dulukan yang ni dulu... berhabuk dah dalam list... lama benor simpannya. Moh kita semak resipi kek yang lembut dan moist ni...





KEK SERIKAYA PELANGI
by IzaAkma SSK
source : Norzailina Nordin






1
DAGING MASAK ROSE

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Sengaja tak buatkan kering... ikut selera ahli rumah ni nak kan berkuah.
Kot ada lebih nanti kita perangatkan balik sampai kering... ikut selera kita pulak
Makan dengan nasi boleh... nak cicah dengan lemang ketupat pun boleh...



DAGING MASAK ROSE
by IzaAkma SSK
source : Juicy Cafe


BAHAN A (bahan perap) :
  • 1 kg Daging, hiris kecil
  • 3 ulas Bawang Putih*
  • 1 inci Halia*(*cincang)
  • 2 sdb Cuka
  • 2 sdb Kicap Manis
  • 2 sdb Kicap Pekat
  • 4 sdb Gula Merah
BAHAN B (bahan hiris) :
  • 2 biji Bawang Merah Besar
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
BAHAN C (bahan kisar) :
  • 3 biji Bawang Merah Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 3 batang Serai
  • 20 tangkai Cili Kering, rendam air panas & toskan
  • 1 cwn Air


CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Panaskan minyak dalam kuali. Tumis Bahan B sehingga naik bau.
❀  Masuk Bahan C, kacau sebati. Biarkan sehingga cili masak selama lebih kurang 15 minit.
❀  Masukkan Bahan A, gaul rata. Tutup kuali dengan penutup, biarkan selama 30 minit dengan api kecil.
❀  Kacau lagi. Kalau kering tambah air sedikit. Tutup semula dan biarkan daging empuk selama 10 minit lagi.
❀  Tambahkan perasa dan garam. Siap dihidangkan.





0
KARI DEVIL PORTUGIS

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Merujuk kepada Wikipedia, Devil's Curry Portugis atau juga disebut Kari Debal Portugis merupakan menu ayam dalam sos cili, lengkuas, cuka dan buah kemiri (buah keras).

Kari devil biasa dengar... dalam internet pun banyak jumpa... cuma seru tak sampai.
Lepas buka balik majalah lama, tengok gambar dia... jadi kecur pulak dibuatnya.
Hmmm... Kari Devil in da house...


Nak kata rasa macam asam pedas, bukan... walaupun iras-iras rupa ada.
Tapi ada la sikit rasa ala-ala rendang gitu... cuma tak ada santan.
Walau tiada santan kuah tetap pekat kerana adanya buah keras.


KARI DEVIL PORTUGIS
by IzaAkma SSK
source ~ Majalah SAJI Jan 2008


BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor Ayam, potong 12
  • 3 labu Bawang Besar Merah*
  • 6 ulas Bawang Putih*|*kisar
  • 3 cm Halia**
  • 3 biji Buah Keras**
  • 3 cm Kunyit Hidup**|**tumbuk
  • 5 biji Cili Merah, dihiris [iza blend sekali dgn bawang]
  • 5 sdb Cili Kering Kisar
  • 1 sdk Biji Sawi
  • Garam, Gula & Cuka secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Bersihkan ayam dan toskan
❀ Tumis bahan kisar dan biji sawi sampai pecah minyak
❀ Masukkan ayam dan masak sampai kecut. Boleh juga masukkan 1 cwn air. Periuk haruslah ditutup agar ayam cepat empuk
❀ Masukkan semua bahan tumbuk dan gaul rata
❀ Masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa. Kacau lagi hingga sebati dan sesuaikan rasa. Biarkan mereneh
❀ Enak dihidangkan bersama roti





1
TALAM KRAKERS

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Dari segi rasa dah okay... sedap, lembut dan terasa lemak-lemak biskut.
Cuma keberhasilannya kurang puashati... mungkin ada silap sewaktu proses penyediaan.
Tapi tak mengapa, akan cuba lagi dalam masa terdekat dan lihat bagaimana hasilnya nanti.
Apapun simpan dulu resipi di sini sebagai rujukan.



TALAM KRAKERS
by IzaAkma SSK
source : Kak Fida @ MyResipi


BAHAN LAPISAN BAWAH :
  • 10 keping Biskut Krakers (7 keping haluskan, 3 keping patah-patahkan)
  • 1/2 cwn Susu Segar
  • 3/4 cwn Susu Sejat
  • 3 sdb Susu Pekat Manis
  • 2 sdb Gula Pasir
  • 1 biji Telur
  • 1 tsp Pandan Paste
  • Sedikit Garam
BAHAN LAPISAN ATAS :
  • 1/2 cwn Tepung Beras
  • 1/2 cwn Santan Pekat
  • 1 cwn Air
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Untuk lapisan bawah, satukan kesemua bahan kecuali biskut dan kacau rata lalu masukkan biskut dan kacau lagi. Ketepikan. [iza blend halus semua bahan]
❀  Satukan pula bahan-bahan lapisan atas dan tapis. Ketepikan.
❀  Panaskan kukusan. Tuang adunan biskut ke dalam loyang yang disapu minyak. Kukus selama 20 minit atau hingga masak.
❀  Tuang pula adunan lapisan atas perlahan-lahan ke atas lapisan bawah dan kukus lagi 12-15 minit atau hingga masak dengan api sederhana
❀  Biar kuih benar-benar sejuk, boleh dipotong dan hidangkan.





0
SERABAI & SERAWA DURIAN Yang Sedap..

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Sebelum ni saya dah post entri kuih serabai menggunakan yis tanpa nasi.
Hari ni saya kongsikan pula serabai menggunakan yis dengan nasi.
Menyediakan pun mudah sangat... cuma tunggu adunan naik dan kembang ambil masa sikit.
Sajian serabai bersama serawa durian yang enak sekali


Saya follow resipi ni untuk serabai.
Dua kali dah buat, pertama kali buat masak atas pan biasa then gulung... yang ni pakai acuan khas serabai.
Keenakan dan kelembutan serabai yang pasti tak mengecewakan.

Resipi SERABAI
by IzaAkma SSK
source : Mamak Haji



Serawa Durian pula saya follow yang ni.
Serawa yang sangat sedap pada citarasa saya... pekat, likat dengan lemak manis santan dan durian yang secukup rasa
Ditambah lagi sago dalam serawa... secocok sangat dengan serabai yang lembut gitu

Resipi SERAWA DURIAN
by IzaAkma SSK
source : Chef Arm




0
GULAI IKAN REMPAH BLEND

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Kehabisan stok rempah kari di dapur kini bukan lagi alasan.
Dengan rempah buatan sendiri, gulai idaman masih boleh tersedia di meja hidangan bila-bila masa

Resipi ditukil dari satu laman blog empat lima tahun lalu.
Nak entri hari ni search google cari balik blog tersebut, tak dapat dijejak.
Mujur lah saya dah print siap-siap dulu lepas tertarik dengan apa yang diwar-warkan oleh penyumbang resipi, kak Fatim.
Menurut kak Fatim, gulai/kari ni sedap sangat-sangat macam kari rempah giling.
Walaupun dipermudahkan dengan blender, hasilnya lebih kurang sama dengan rempah giling... cumanya kena blend berulang kali sampai betul-betul halus.


Saya follow as recipe.
Memang betul sedapp... cuma next time cili kena tambah lagi sikit for extra pedas
Part santan pula tiada sukatan tepat diberi, cuma dinyatakan rm1.
Kurang pasti seringgit banyak mana sebab sekarang santan bungkus paling kecil pun dah rm2.50... jika disukat anggaran secawan lebih sikit.
Jadi santan terpulang ikut sesedap tuan tangan yang memasak ya...


GULAI/KARI IKAN REMPAH BLEND
by IzaAkma SSK


BAHAN A (Dikisar sehingga lumat) :
  • 2 sdm Biji Ketumbar
  • 1 sdm Biji Jintan Manis
  • 2 sdm Biji Jintan Putih
  • (Biji rempah direndam terlebih dahulu selama 1-2 jam)
  • 10 tangkai Cili Kering (dibuang sebahagian biji dan direbus hingga lembut)
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 5 ulas Bawang Merah
  • 2 inci Kunyit Hidup
BAHAN B (Untuk ditumis) :
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 labu Bawang Besar dipotong dadu
  • 5 ulas Bawang Merah dihiris
  • 2 ulas Bawang Putih dihiris
  • 1 biji Buah Tomato dicincang
  • 1 sdm Halba Campur
  • 3 tangkai Daun Kari
BAHAN C (Dimasukkan kemudian) :
  • 1 mangkuk kecil Air Asam Jawa (dari sejemput asam jawa)
  • Santan RM1.00 [iza bubuh anggaran 1 cawan)]
  • Isi Ikan (Kacang-kacang/Bawal/Tenggiri atau lain-lain) [iza guna ikan merah]
  • 10 biji Kacang Bendi
  • 3 biji Buah Tomato dibelah empat
  • 4 biji Cili Hijau dibelah dua jangan putus
  • Garam secukup rasa


CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Panaskan minyak, tumis Bahan B sehingga garing, daun kari dimasukkan kemudian. Untuk mewangikan kari, perlahankan api dan tutup periuk semasa menumis, aroma wangi akan terperangkap di dalam periuk.
❀  Kemudian masukkan Bahan A dan kacau selalu untuk mengelakkan rempah hangit. Tutup periuk dan perlahankan api untuk mewangikan kari.
❀  Seterusnya masukkan air asam jawa, kacau campuran selalu. Sekiranya menggunakan ikan seludu, ploktan atau dari jenis yang agak liat, masukkan ikan ketika ini.
❀  Seterusnya masukkan santan dan kacau selalu. Sekiranya menggunakan ikan jenis lembut seperti kacang-kacang dan kembung, masukkan ikan pada step ini.
❀  Akhir sekali masukkan buah tomato dan kacang bendi, biar selama seminit dan tutup api. Selepas tutup api, taburkan cili hijau di dalamnya dan tutup periuk.





0
PUMPKIN CAKE

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera



KEK LABU (PUMPKIN CAKE)
by IzaAkma SSK
source : Chef Kevin Chai @ Easy Stir n Bake Cakes


BAHAN A :
  • 100 gm Tepung Naik-Sendiri
  • 30 gm Tepung Gandum
  • 20 gm Serbuk Hazelnut
  • 1/4 tsp Soda Bikarbonat
  • 3 biji Telur
  • 150 gm Gula Kastor
  • 120 ml Minyak Jagung
  • 1/4 tsp Garam
  • 150 gm Parutan Labu
  • 30 gm Parutan Coklat Masakan

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Gris dan alas acuan loaf 10cm x 20cm (4"x 8").[iza guna loaf pan 3" x 9"]
❀  Satukan tepung naik-sendiri, tepung gandum, soda & hazelnut dalam sebuah bekas. Ketepikan.
❀  Satukan telur, gula, minyak & garam dalam bekas yang lain. Dengan menggunakan senduk kayu, kacau sebati.
❀  Kemudian masukkan ke dalam campuran tepung bersama-sama-sama parutan labu dan parutan coklat. Kacau hingga sebati.
❀  Tuangkan adunan ke dalam acuan
❀  Bakar 35-40 minit. Selepas masak keluarkan, biarkan 10 min lalu terbalikkan atas redai, sejukkan [iza bakar 155C api atas bawah +fan selama 30 minit]. Suhu dan jangkamasa bakar bergantung pada oven.





0
BINGKA KEMBOJA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Kuih bingka kemboja sering didapati di bazar-bazar ramadan pada bulan puasa... bulan lain payah nak jumpa. Selalunya dibakar menggunakan acuan khasnya sendiri.
Pernah sekali dua beli bingka ni... saja nak try.
Larat makan sepotong kecil je... tekak tak boleh nak terima.
Tiap kali beli berharap tak manis... tapi tetap sama, maniss.
Selepas tu serik nak beli dah.
My mom cakap memang bingka kemboja ni orang buat manis.
Tapi ya ke... kuih bingka kemboja sememangnya diciptakan manis?


Penyediaan lebih kurang sama macam kuih bakar pandan biasa.
Cuma bezanya ada rempah... sebab tu aromanya berganda harum.
Yess... kuih bingka kemboja yang sesuai dengan my taste.
Sedapp, lembut dan harum beraroma pandan plus rempah.

::Note::
- kurangkan gula sikit
- tak ada acuan kemboja, bakar dalam loyang biasa bersaiz 6"sq
- selepas masuk adunan dalam loyang, terus tabur bijan putih, bijan hitam & almond nib... masuk oven dan bakar


BINGKA KEMBOJA
by IzaAkma SSK
source : Chef Liza Zainol


BAHAN A :
  • 6 helai Daun Pandan
  • 3 cm Kulit Kayu Manis
  • 1 sdk Biji Jintan Manis
  • 2 cwn Air
BAHAN B:
  • 2 biji Telur
  • 1 cwn Gula Pasir
  • 1 sdk Garam
  • 1 1/4 cwn Tepung Gandum
  • 1/4 cwn Tepung Jagung
  • 1/2 cwn Santan (campur dengan 1/2cwn susu cair)
BAHAN C :
  • 1/4 cwn Minyak Jagung
BAHAN D :
  • 1 sdb Bijan - tabur
  • 1 sdb Badam - dicincang

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Kisar Bahan A, tapis & ambil jus sahaja.
❀  Masukkan jus pandan bersama dengan Bahan B, kisar selama 2 minit.
❀  Masukkan minyak jagung.
❀  Gris loyang kemboja dengan minyak jagung. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Bakar 10 minit pada suhu 160C-170C.
❀  Lebih kurang 10 minit di bakar, taburkan bijan dan badam cincang atas permukaan bingka.
❀  Bakar lagi selama 15 minit sehingga masak kekuningan.
❀  Sejukkan lalu dipotong.





0
DENDENG PARU 3 RASA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Asalnya dendeng ni menggunakan campuran paru, daging dan hati lembu.
Memandangkan saya tak makan hati lembu, jadi guna paru sahaja.
Walaupun penyediaan agak remeh, tapi berbaloi... hilang segala penat.
Dendeng Paru 3 Rasa yang sedap!
Seakan rasa rendang pun ada...
Makin diperangatkan, warna jadi semakin gelap dan yang penting... Makin sedapp

Jika guna paru sahaja, follow as recipe.
Tapi jika mahu campuran paru, hati dan daging... portion yang diperlukan boleh refer Note di bawah.


::Note::
- untuk campuran paru, daging dan hati... guna 300gm Paru + 250gm Daging + 250gm Hati Lembu
- jika guna kicap masin, tambah garam jika perlu dan gula pasir secukup rasa
- jika guna kicap manis, tak perlu garam & gula
- untuk lebih pedas, tambah lagi 2 sdm cili kisar semasa menumis


DENDENG PARU 3 RASA
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 700 gm Paru
BAHAN B:
  • 1/2 cwn Kicap Manis
  • 1/2 cwn Cili Kisar
BAHAN C :
  • 3 sdb Sos Tomato
  • 3 sdb Sos Cili
  • 3 sdb Sos Tiram
  • 2 sdb Madu
BAHAN KISAR :
  • 1 labu Bawang Besar
  • 10 ulas Bawang Merah
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 3 cm Halia
  • 2 cm Kunyit
  • 2 btg Serai
BAHAN LAIN :
  • 1/2 cwn Minyak
  • 1 cwn Santan
  • 1 btg Kulit Kayu Manis
  • 3 sdb Kerisik
  • Garam
  • 2 sdb Air Asam Jawa
  • 1 cwn Bawang Goreng

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Rebus Bahan A hingga lembut.
❀  Toskan dan hiris nipis. Masukkan ke dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1/2 Bahan B, 1/2 Bahan C dan 1/2 Bahan Kisar. Perap selama 30 minit.
❀  Selepas 30 minit, goreng hingga garing. Ketepikan.
❀  Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kayu manis dan lebihan Bahan Kisar, lebihan Bahan B serta lebihan Bahan C hingga naik bau dan pecah minyak.
❀  Masukkan air asam jawa, kerisik dan santan. Kacau rata hingga mendidih.
❀  Masukkan paru yang digoreng tadi. Kacau balikkan dan tabur dengan bawang goreng. Kacau lagi sekali hingga rata.





1
KEK PISANG CRANBERRY OREO

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Kek pisang biasa je... cuma ada penambahan cranberry dengan oreo
Saya guna pisang berangan yang sudah masak ranum.
Selalunya pisang dilenyek tapi kali ni ada kerajinan lebih... pisang dicincang halus
Kemudian tambahkan oreo menggantikan walnut.
Lemak manis pisang yang masak ranum, bergabung pula dengan masam manis cranberry serta coklat oreo... Wallahh!
Menghasilkan kek pisang yang sedap dengan aroma yang semerbak harum...



KEK PISANG CRANBERRY OREO
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 100 gm Butter
  • 90 gm Gula Kastor  (asal 100gm)
  • 1/8 tsp Garam  (asal 1/4tsp)
  • 2 biji Telur (A)*
  • 1 tsp Esen Vanila* |*dipukul ringan terlebih dahulu & ketepikan
  • 140 gm Yogurt  (asal 120g)
  • 320 gm Pisang Tanpa Kulit**
  • 1 tbsp Jus Lemon** |**campurkan
  • 50 gm Cranberries
  • 5 pcs Biskut Oreo, buang krim & cincang kasar  (asal 50gm walnut)
  • 180 gm Tepung Gandum  (asal 150gm)
  • 50 gm Tepung Naik Sendiri  (asal 70gm tepung kek)
  • 1 tsp Soda Bikarbonat
  • 1/4 tsp Baking Powder

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Ayak tepung gandum + tepung naik sendiri + soda bikarbonat + baking powder, ketepikan
❀  Butter + gula kastor + garam, dipukul hingga kembang berkrim
❀  Masukkan telur secara bertahap sebanyak 3 kali  sambil di pukul sebati. Diikuti yogurt dan pisang
❀  Masukkan tepung yang telah diayak, cranberry dan oreo, mix hingga sebati
❀  Gris loyang 8" bulat dan alas dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam loyang
❀  Bakar 155c-160c api atas bawah selama 45 minit, atau sehingga masak (suhu dan jangkamasa masak bergantung pada oven)




1
KERUTUK DAGING BERSAMA KENTANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lauk iringan untuk Nasi Badam semalam.
Jom semak resipi...



KERUTUK DAGING BERSAMA KENTANG
by IzaAkma SSK
source : Chef Asma @ SAJI Mac 2013


BAHAN A :
  • 500 gm Daging
  • 3 biji Kentang, kupas kulit dan belah empat
  • 4 sdb Rempah Kerutuk
  • 2 sdb Cili Kisar
  • 1/2 labu Bawang Besar, dihiris
  • 250 ml Santan Pekat
  • 2 sdb Kicap Pekat
  • 50 gm Gula Melaka / secukup rasa
  • 2 sdb Kerisik
BAHAN B - TUMIS :
  • 1/2 labu Bawang Besar, dikisar
  • 5 cm Halia, dikisar
  • 2 ulas Bawang Putih, dikisar
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 3 kuntum Bunga Cengkih
  • 3 biji Buah Pelaga
  • 3 sdb Minyak


CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Potong daging nipis-nipis. Bersih dan toskan.
❀  Campurkan bahan kisar (Bahan B) dengan rempah kerutuk
❀  Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang dihiris (Bahan A) bersama rempah 4 sekawan (Bahan B) sehingga naik wangi.
❀  Kemudian masukkan campuran rempah tadi. Masak sehingga pecah minyak.
❀  Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan masukkan kentang. Masak hingga kuahnya betul-betul pekat.
❀  Akhir sekali, masuk kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 10 minit sebelum padamkan api. Sedia untuk dihidangkan





1
NASI BADAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Di musim raya ni jika hadiri rumah terbuka, sajian nasi yang seangkatan macam ni mesti tak ketinggalan. Timbul idea selepas tengok ada stock badam dalam petisejuk. Jadi saya manfaatkan lah bahan yang dah sedia ada untuk mencuba sesuatu yang belum pernah dicuba. Baru baca resipi belum buat lagi... dah seakan dapat bayangan betapa lemaknya rasa nasi yang dihasilkan nanti.

Memang sengaja saya biarkan nasi plain tanpa warna, cuma ada sikit-sikit yang diwarnakan kuning. Saya sajikan Nasi Badam bersama Kerutuk Daging dan juga salad ringkas timun dengan tomato.


Seperti biasa sebelum ke resipi saya catatkan juga some notes for my own reference.
Catat di sini lebih mudah, akan datang nak cari balik senang... tak payah pening-pening

::My Note::
- untuk semua jenis masakan nasi berperisa, rendam beras basmathi dalam air yang bercampur sedikit cuka supaya nasi jadi lebih gebu (tips ni saya dapat dari rancangan Lesung Pipit)
- abaikan Rempah Kulit Buah Pala, sebab tak ada
- guna pewarna kuning gantikan saffron... caranya, bila nasi dah hampir nak kering buat beberapa lubang pada nasi mengguna chopstick secara rawak dan masukkan pewarna kuning... biarkan nasi kering... dah betul-betul kering gemburkan dengan garfu atau senduk kayu berupa garfu perlahan-lahan supaya nasi tak patah
- untuk hiasan, jika tak ada gajus gantikan dengan almond flake yang digoreng sekejap dengan minyak sapi


NASI BADAM
by IzaAkma SSK
source : Chef Joha Hassan


BAHAN-BAHAN :
  • 1 kg Beras Basmathi (dicuci & direndam bersama garam selama 20 minit)
  • 2 biji Bawang Besar (1 dikisar, 1 dihiris)
  • 2 ulas Bawang Putih, dikisar
  • 1/2 mangkuk Badam, dikisar
  • 1 pokok Daun Ketumbar bersama akarnya, dikisar
  • 1 genggam Daun Pudina, dikisar
  • 1 sdt Rempah Kulit Buah Pala @ Mace
  • 1 biji Buah Tomato, dipotong dadu kecil
  • 1/4 sdt Serbuk Buah Pala
  • Sedikit Rempah Kuma2 @ Saffron (direndam dengan air suam panas)
  • Minyak Sapi/Canola/Mentega
  • Bawang Merah Goreng, Gajus Goreng & Daun Ketumbar untuk hiasan


CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hiris, tomato, rempah kulit buah pala.
❀  Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, kacau rata.
❀  Bubuh sedikit serbuk buah pala.
❀  Bila aroma bawang dan rempah sudah bangkit, masukkan beras, garam secukup rasa dan air. Tutupkan kuali dengan tudung periuk, dan perlahankan api. Boleh alihkan rempah yang sudah sedia di periuk letrik. Kalau berasnya 1/2 kilo saja, kurangkan sedikit badamnya
❀  Biarkan ia tanak hingga masak.
❀  Taburkan bawang goreng, gajus dan daun ketumbar. Sajikan bersama lauk pauknya





0
AYAM MASAK MADU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama betul simpan hajat nak merasa masakan ayam madu ni...
Asyik tertangguh sebab tengok bahan guna buah kurma.
Tapi akhirnya dapat juga merasa... masak kat kampung empat bulan lepas.
Masa tu mak ayah balik dari umrah... banyak bawa buah kurma dan kismis.
Dah nampak kurma dengan kismis banyak depan mata, teringatkan resipi ni yang lama dok tunggu untuk dilunas.


Ayam Madu ni sedap... ada rasa manis dengan rasa rempah-rempah sikit.
Cuma agak manis pada saya kerana penggunaan kurma yang agak banyak.
Mungkin sebab rasa manisnya tu kut maka masakan ni dinamakan Ayam Masak Madu.

::Untuk rujukan saya akan datang::
- kurangkan kurma
- kismis tak perlu kurangkan sebab memang nakkan rasa masam manis kismis
- ataupun jika nak kurangkan kismis, kurangkan sedikit saja
- gula ikut keperluan


AYAM MASAK MADU
by IzaAkma SSK
source : Mamak Haji


BAHAN-BAHAN :
  • 1 ekor Ayam (1.6kg-1.8kg dipotong 10, bersihkan dan sedia untuk digoreng)
  • 250 gm Buah Kurma (buang biji dan kisar dengan sedikit air)
  • 100 gm Buah Kismis
  • 50 gm Buah Gajus
  • 2 sdb Gula Pasir
  • 1 sdb Serbuk Cili
  • 1 sdb Serbuk Jintan Putih
  • 1 sdb Serbuk Jintan Manis
  • 1/2 sdk Serbuk Kayu Manis (atau tumbukkan kayu manis dan kisar kering)
  • 5-7 biji Buah Pelaga*
  • 5 kuntum Cengkih*
  • 5 kuntum Bunga Lawang*(*untuk ditumis)
  • 1 helai Daun Pandan
  • 2 inci Halia + 2 biji Bawang Besar + 5-7 ulas Bawang Putih ~ dikisar halus
  • Sedikit Bawang Goreng dan Daun Pudina untuk taburkan di atas hidangan
  • 1 labu Bawang Besar (dihiris)
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 2 sdb Jus Limau Nipis/Lemon


CARA PENYEDIAANNYA :

❀  Bersihkan ketulan ayam, tambahkan kunyit dengan sedikit garam dan goreng. Gorengan tidak perlu garing sangat.

❀  Panaskan kuali dan masukkan 3 sdb minyak. Goreng buah gajus dan kismis dengan api yang sederhana. Angkat dan toskan.

❀  Tambahkan 1 sdb minyak lagi dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila dah wangi masukkan hirisan bawang bersama daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum, masukkan pula bahan kisar bawang+halia+bawang putih

❀  Masukkan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini. Apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum, masukkan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukkan. Masukkan garam secukup rasa.

❀  Masukkan ayam yang telah dogoreng. Kacau rata supaya kuah berempah ini dapat serap ke dalam isi ayam. Kecikan api dapur, masukkan gajus dan kismis yang telah digoreng. Kacau serata.

❀  Angkat dan hidangkan. Curahkan sedikit madu ke atas hidangan (jika suka). Taburkan bawang goreng dan daun pudina (kalau tak ada pudina taburkan dengan cili merah)





0
PUDING AISKRIM OREO

SALAM AIDILFITRI, 10 Syawal 1438H

Terlebih dahulu SSK mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin kepada semua followers dan pengunjung SSK

Bersua kita kembali...
Dah hampir setahun menyepi, namun SSK masih terus dikunjungi pengunjung
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih SSK di atas sokongan anda semua

Selepas berdepan episod-episod yang berlakunya bukan atas kemahuan sendiri, cuma berharap diri ini diberikan kekuatan dan semangat. Tak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan. Tapi akan terasa indah ketika menyedari.. Bahawa Dia telah meminjamkan kepada kita beberapa saat. Setiap yang ada di dunia ini tak akan kekal dan hanya pinjaman. Tak perlu bimbang bila hilang kasih sayang manusia kerana Allah tetap kasih jika sering merayu dan memohon kekuatan daripadaNya. Hanya perlu lebihkan sabar, bertenang dan tabah serta percaya setiap kehendakNya bersebab dan pastinya juga berhikmah...


Berbalik pada entri, maaf ya... gambar agak blur.
Dalam setahun duk senyap banyak resipi dicuba
Macam biasa setiap resipi yang dah dicuba tentunya selepas tu capai kamera dan shoot
Beratus gambar dah simpan baik-baik dalam laptop...
Sudahnya abis hilang gara-gara laptop buat hal
Mana yang sempat backup, selamat... yang tak sempat hmmm... tak nampak bayang dah
Apa nak di kata tak ada rezeki.

Gambar puding ni pun nasib baik ada simpan snap dengan hp
Hp plak hp cap ayam... kira boleh laa kan dari takde
Kalau nak buat lain, snap yang baru... entah bila-bila


Puding oreo ni sememangnya tidak mengecewakan
Puding yang pastinya sedap dan memenuhi citarasa sesiapa saja.

Gula ikut kesesuaian rasa kerana aiskrim dan biskut oreo telah sedia manis
Untuk puding ni, saya guna 6 scoop aiskrim wall's perisa vanila (anggaran 200gm)
Biskut oreo saya blend bersama krimnya sekali (14 pcs)
Dengan tambahan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak pada puding


PUDING AISKRIM OREO
by IzaAkma SSK
source : Mommy Ryan Kitchen


BAHAN-BAHAN :
  • 25 gm Agar-Agar Bertali (dipotong kecil)
  • 1250 ml Air
  • 1 tin Susu Cair
  • 1 cwn Gula
  • 1 sdt Esen Vanila
  • 1 biji Telur
  • 1 bungkus Biskut Oreo (dikisar halus)
  • 1 cwn Aiskrim (5-6 scoop ice cream ~ apa-apa perisa pun boleh)


CARA PENYEDIAANNYA :

❀  Masak agar-agar dengan air hingga larut.

❀  Masukkan gula, kacau sebati.

❀  Blendkan telur, susu cair, aiskrim dan esen vanila. Kemudian satukan dengan larutan agar-agar (iza masukkan secubit garam). Kacau rata.

❀  Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dikisar. Kacau lagi biar sebati dan serata. Dah elok serata, tutup api

❀  Tuangkan ke dalam loyang/acuan pilihan dan sejukkan dalam petisejuk